Thursday, December 30, 2010

Malaysia Oh Malaysia...


Tahniah kepada team bola sepak Malaysia dengan kemenangan aggreget 4-2. Credit to Khairul Fahmi a.k.a penjaga gol Malaysia kerana sungguh bergam tanggannya menangkap bola :)Tahniah tahniah tahniah!

Wednesday, December 22, 2010

Makan² dengan opismet...

Salam

Memandangkan tahun ni ramai sangat yang bersalin & menerima cahaya mata di Jabatan zero, jadi kami buat keputusan untuk postpone our family day. Jadi susulan dari tu, kami adakan makan² di Kelab Darul Ehsan (KDE) last Saturday.

Kami ambil package BBQ RM50/kepala untuk dewasa & RM36/kepala untuk kanak². Oklah tempat yang cantik + menarik sebab tepi Pool. Makan oklah. Kalau kawan² blogger nak survey² jomlah kita click

Monday, December 20, 2010

This is My Family --> Munnyra Azmie

Salam

Tiba² rasa nak join contest dari rakan blogger Munnyra Azmie a.k.a contest pertama saya sepanjang bergelar blogger.

Amani Oh Amani...

Salam semua rakan² blogger,

Apa anda rasa bila sudah mempunyai anak? Perasaan? Kewangan? Tugas? Tanggungjawab? Minat?

Suatu ketika dulu zero tak paham apa perasaannya menjadi seorang ibu sehinggalah zero sendiri yang merasainya.

Dulu kata pada my sis :
1.Buat apa beli baju kat baby banyak² + mahal²? nanti jap je dah sempit
2.Buat apa bg susu, pampers & keperluan baby yg mahal²? nanti terbeban
3.Buat apa hantar anak belajar awal² & kat tempat yg mahal²?

Sebab bagi zero masa tu (sblm bergelar ibu) anak tidak perlu diberi kemewahan, cukup sekadar ada keperluan. Tapi hari ini mentality zero sudah jauh berubah. Semua benda yang zero kata tidak patut sudah jadi patut bila ada anak sendiri.

Monday, December 13, 2010

12.12...

Semalam 12hb Disember 2010 adalah anniversary kami berdua untuk kali ke-2. Usia perkahwinan yang terlalu muda & perjalanan masih panjang. Tiada apa yang menarik & berbeza cuma kali ini kami sudah pun bertiga. Alhamdulillah...

Part yang menarik & paling zero suka smlm bila en.asben sponsor satu course yang sangat menarik untuk zero attend (unplanned) N selama ber'course' (6jam) en.asben suka rela untuk menjaga amani(luckily amani sudah mula mix susu badan + formula). Zero tidaklah risau sgt tinggalkan amani dengan asben sebabnya asben sudah biasa. Feedback asben katanya, "ummi, mencabar jgkkan jaga baby sorang²". heh memang agak mencabar kalau duduk berdua je dengan baby. Bagus 3x, u did a good job dear :) Thank you so much!

Kembali Aktif...


Salam

Lama sungguh zero tidak mengemaskini blog ku ini. Perasaan yang bercampur baur - tiada idea, tiada masa & agak letih sejak kebelakangan ini. InsyaAllah akan kembali aktif semula untuk terus berblogging.

Friday, December 3, 2010

Fesyen & Trend Tudung

Salam

Ingin berkongsi yang mana lately saya kurang bersemangat untuk berblogging mahupun online. Kenapa? Saya kurang pasti. Kalau di ofis tugasan yang padat membantutkan niat & kalau di rumah kemalasan pula melanda. Adui...

Tapi hari ni terlintas satu idea untuk ditulis yang fesyen & trend tudung telah menarik perhatian saya. Saya bukan nak bercerita pasal fesyen & trend tudung orang lain kerana saya pasti setiap orang mempunyai cara & minat tersendiri. Tapi apa yang ingin saya kongsi adalah fesyen & tudung saya sendiri.

Wednesday, December 1, 2010

Giveaway Domain daripada MelRomeo.com

Salam

To Lina Rahim : Thanks sebab tag saya untuk giveaway dari blog otai ni tapi sorry sbb take so much time utk respond. Saya buat jgk sbb menarik jgk kan kalau ada website sendiri dgn .com Saya nak cuba :)



Giveaway Domain daripada MelRomeo.com

Friday, November 19, 2010

Cinta Itu Seperti Garam...

Salam

Ada satu cerita yang ingin saya kongsi, kisah suami & isteri. Secara kebetulan cerita ini memberi jawapan kepada saya mengenai satu keraguan. Sebagai wanita / isteri, saya juga seperti wanita yang lain yang selalu ingin tahu tahap cinta suami pada saya. Jadi selalulah keluar soalan "Abi, sayang ummi tak?" setiap kali soalan itu saya ajukan, pasti jawapannya tetap sama "biasa-biasa je". Kadang tu rasa sakit hati juga, tapi mungkin inilah jawapan untuk saya...

Ceritanya :

Amri dan isterinya sedang berada di dapur
"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini." Amir tersenyum. "Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah"

Thursday, November 18, 2010

Isteri vs Ibu...

Salam

Saya baru saja selesai membaca satu rencana bertajuk "JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU" yang dikongsi oleh seorang kenalan di FB dan kalau tak silap saya rencana ini oleh Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Pada rencana ini sangat menarik & boleh dikatakan sangat penting untuk kita kaum hawa esp yang telah bergelar ibu. Jadi saya kongsi rencananya untuk kebaikan & ingatan bersama insyaAllah...

Rencananya berbunyi :
" Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya telah melahirkan seorang anak atau 10 orang anak yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Monday, November 15, 2010

Perkembangan Bayi Bulan ke Bulan...

Amani genap 3 bulan 2 minggu hari ni. Alhamdulillah Amani dalam keadaan cergas & menunjukkan perkembangan yang sihat. As at today, inilah 'improvement' oleh Amani.

Tuesday, November 9, 2010

Perjalanan Amani...

Entry kali ni saja nak upload gambar-gambar amani dari 1st day, 1st month, 2nd month & terkini 3rd month atas permintaan en.asben katanya biar disimpan di sini sebagai memori kami.

Monday, November 8, 2010

Masak & Makan...

Konsep kami berdua (saya & asben) masak & makan. Kami lebih selesa mengamalkan cara ni memandangkan kajian yang kami buat membuktikan bahawa ianya sangat menjimatkan. Cara ni kami praktikkan sejak dari awal perkahwinan lagi. Alhamdulillah banyak yang boleh dinikmati berkat mengamalkan cara ini.

Macam biasa, hari-hari saya akan masak untuk suami & diri sendiri (2x sehari). Maksudnya kami akan bawa tapau ke ofis. Walaupun kadang-kadang saya buat sesimple yang boleh disebabkan kekangan masa. Nasib en. asben sangatlah tidak cerewet orangnya bab makanan ni yang penting makanan tu jangan terlalu pedas. Kesimpulannya hari-hari saya akan 'mengerah' diri sendiri untuk masak kecuali hari Sabtu (hari shopping kami). So maknanya, Ahad pun tak ada cuti untuk saya juga. Kadang tu rasa penat juga lagi-lagi bila dah ada Bb ni. Tapi saya selalu berkata-kata sendiri, "tak apalah masak dengan air tanggan sendiri lebih bagus & insyaAllah suami akan makin sayang". Semoga kecekalan saya ini akan berkekalan. Amin...

Wednesday, November 3, 2010

Mitsubishi ASX...


Monday, November 1, 2010

Handbag & Backpack

Salam

Entry ni sebenarnya untuk ucapkan terima kasih pada my sis yang belikan handbag untuk saya (lupa plk nak snap pic) last week. Thanks kak... Cantik beg tu, suka!

Masa akak saya bagi rasa sangatlah teruja. Tapi lepas dua hari baru saya perasan yang sejak amani ada, no more handbag baik utk keluar jalan2 or utk ke ofis. Sekarang dah tak ada masa nak pilih beg mana nak pakai utk sesuaikan dengan gaya & warna baju. 'handbag' saya sekarang hanya satu, jeng 3x inilah beg baru saya.....

Thursday, October 28, 2010

Breastpump & Breastmilk

Salam

Memandangkan saya baru je lepas bersalin, jadi sajalah nak berkongsi cerita & pengalaman menyusukan Bb. Alhamdulillah sehingga hari ni saya masih susukan amani dengan hasil breastmilk saya. Maksudnya amani masih fully breastfeed (BF). Terima kasih & thumbs up utk Ms. Mandela.

Wednesday, October 27, 2010

WNA 5352

Pemilik kereta waja WNA5352 sila belajar untuk bersopan sikit !!

Pagi-pagi cari hal, dahlah langgar lampu merah, lepas tu langgar kereta orang & bila suh benti tepi tak mau benti. Apa ni ??? Biadap sungguh. Sakit hati! Pagi-pagi dah buat orang panas hati. Stupid!!!

Tuesday, October 26, 2010

Lempeng & Madu

Di sebabkan sejak akhir-akhir kerap hujan, makanya cuaca agak sejuk & nyaman. Bila keadaan begini, mula tekak terasa nak makan benda yang panas-panas. Contohnya macam lempeng. Sebelum ni buat lempeng cara tradisional, tp semalam dapat resipi baru dari officemate saya Kak Zu. Thanks Kak Zu utk resipi lempeng ala baru ni : ) Mmg sgt sedap tau! walaupun lempeng saya rupanya ala-ala roti canai. Lagi-lagi kalau makan dengan kopi o.Cubalah sebab memang best, kalau tak percaya tanya en. asben saya.

Friday, October 22, 2010

'For the rest of my life'



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Like very much!!!

Thursday, October 21, 2010

"Fire Drill"

‘Fire Drill’ atau dalam bahasa melayunya latihan kebakaran sudah menjadi kemestian untuk semua bangunan contohnya pejabat, sekolah dll. Semua orang pasti merasainya bagi menghadapi masa kecemasan kelak.

Ini adalah pengalaman pertama saya untuk ber”fire-drill” di PNB pagi ini. Bekalan elecktrik diputuskan makanya lif juga tidak berfungsi. Maksudnya semua penghuni bangunan 40 tingkat ni perlu turun melalui tangga. Aduuuuiiiiiiiiiiii……

Bayangkan jabatan saya berada di tingkat 33. Laratkah saya dengan keadaan yg masih kurang cergas (baru baik demam & masih selsema + batuk) ini utk turun sejauh itu? Bencinya!

Come Back - Part III (Berusaha utk mengandung, Mengandung, Bersalin & Jaga Anak Sendiri)

Salam

Saja nak menulis juga walaupun macam dah kekeringan idea utk part III a.k.a part terakhir utk entry come back ni. Rasanya macam nak bercerita serba sedikit sekaligus menutup pengalaman dlm usaha utk mengandung, mengandung, bersalin & skg mempunyai + menjaga anak sendiri.

1. Berusaha utk mengandun

Alhamdulillah usaha kami selama hampir setahun membuahkan hasil bila saya disahkan mengandung di usia perkahwinan kami mencecah setahun (12.12.09). Kami rasa amat bersyukur kerana rezeki utk kami tetap ada akhirnya.

Selama tempoh ini, kami berusaha bermacam cara seperti merujuk kepada pakar, mengurut & ambil ubat bagi mendapatkan zuriat walaupun kata orang kami tidak perlu terlalu risau kerana masih baru. Bagi kami usaha itu perlu bagi mendapatkan hasilnya. Alhamdulillah mungkin salah satu ikhtiar kami telah membuahkan hasil.

Wednesday, October 13, 2010

Come Back - Part II (Berpantang)

Salam…

Pantang ?? Bagi saya edisi berpantang utk ibu bersalin merupakan adat orang melayu yang diwarisi sejak turun temurun. Kalau ikut orang lama2, ibu bersalin yang sedang menjalani tempoh berpantang perlu berpantang makan & perbuatan. Contohnya, ibu bersalin ditegah daripada makan sebarangan (terutama makanan yang berangin/sejuk) atau buat apa jua kerja rumah (seperti memasak + mengemas + membasuh dll). Ibaratnya dalam tempoh tersebut semua ibu bersalin diberi cuti rehat dari melakukan tugasan harian bagi memulihkan kembali kesihatan luar & dalam.

Ikut kata orang lama2 berpantang selain utk memulihkan kesihatan luaran & dalaman adalah kerana utk mengelakkan bentan di mana akan rasa sakit di ari-ari atau kemaluan, keluar nanah atau darah dari saluran peranakan ataupun berlakunya buasir. Ketika dalam berpantang juga, ibu dikehendaki memakai stoking bagi mengelakkan angin memasuki badan.

Monday, October 11, 2010

Motor...



Salam…

Motor : Honda CBR (blue as per pic)
Year : 2007
Condition : Excellent
Price : RM7000
Reason to let go : to find more comfortable motor for daily used (for two)

For those who are interested, please email to mr_imransadiman@yahoo.com. Immediate buyer is required.

Tuesday, October 5, 2010

Come Back - Part I (Pengalaman bersalin)

Assalammualaikum semua…

Entah ada yang membaca atau tak saya pun tidak pasti. Maklumlah sudah hampir tiga bulan saya meninggalkan blog ini bersawang. Sepanjang berpantang, jari jemari saya turut serta berpantang walaupun terlalu banyak cerita yang boleh dikongsi. Kata orang sharing is caring :) Tapi bila lama tidak menulis ni mulalah tak tahu bagaimana nak mulakan cerita.

Surprise!!! I’m a mother now dan semuanya telah selamat pada 1st August 2010. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada juga ada yang masih belum mengetahui. Alhamdulillah kehidupan saya hampir lengkap kini. Teruskan membaca jika anda peminat saya.hahaa…Chopp silap, continue reading kalau nak tahu apa aktiviti saya sepanjang berpantang jari ni : )

Monday, July 12, 2010

9 Bulan...

Lama sangat rasanya tidak mengupdate blog. Hampir seminggu jugalah blog ni ditinggalkan bersawang. Jangan kata mengupdate, nak buka baca pun tidak. Adui! Mungkin kerana kesibukan di pejabat akhir-akhir ni antara puncanya. Kesibukan kian terasa bila sudah masuk 9 bulan. Kenapa? Sebolehnya semua tugasan ingin dibereskan sebelum mula bercuti panjang.

Berada dalam usia kandungan 9 bulan membuatkan saya selalu rasa gundah gulana. Risau yang teramat bila memikirkan bagaimana agaknya saat kelahiran kelak & bagaimana situasi saat itu? Harapan saya biarlah saat sedang dalam kesakitan en.asben ada disisi supaya saya lebih tenang nanti. Mudah-mudahan…

Walaupun sudah berada dalam 9 bulan, saya masih belum terasa seperti sedang menunggu hari. Sejujurnya sehingga hari ini, saya masih kuat untuk berjalan, masih kuat untuk memasak & masih kuat untuk uruskan rumah. Alhamdulillah… Semoga saya juga kuat untuk menghadapi saat kelahiran kelak. Amin…

Thursday, June 24, 2010

Adwa' Nazran..



Cerdik & aktif,itulah gambaran untuk my nephew Adwa’ Nazran.Adwa’ adalah satu-satunya anak kepada abang saya.Geram sangat dengan keletah si adwa’ ni.Bayangkan baru berusia 2 tahun 6 bulan tapi sangat petah bercakap & bila ditanya sangat cekap menjawabnya.Kami rasa amat kagum dengan kecerdasan minda adwa’ berfikir.Bijak bijak…
Sangat seronok rasanya melayan keletah adwa’.Teringin juga untuk dapat anak yang sebegitu petah & bijak.Bukan ingin memuji tapi saya teramat kagum dengan kecerdikan adwa'.Inilah realiti anak-anak sekarang,sangat cerdas mindanya.Apa faktor disebaliknya?Apa rahsiannya?Adakah faktor pemakanan si ibu ketika hamil member impak besar?Saya rasa ada logiknya...

Pada sesiapa antara rakan blogger yang punya pengalaman & pendapat,silakongsi dengan saya :)

Thanks

Wednesday, June 16, 2010

Aiskrim Goreng...

Hari ni saja mahu berkongsi pengalaman mencuba menu aiskrim goreng yang saya dapat dari sahabat saya Firuz Shahida Sulaiman. Credit to mama firuz!

Bila cakap pasal aiskrim goreng saya pasti ramai yang terpingga-pingga,mungkin juga tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan aiskrim goreng ini.Realitinya,saya boleh katakan agak susah mahu jumpa hidangan aiskrim goreng lagi-lagi di KL.Saya pun mula kenal dengan aiskrim goreng ketika belajar di UNITEN (pantai timur) yang kebetulan aiskrim goreng memang sudah dikenali.

Bila dapat saja resipi dari mama Firuz kita,saya terus beritahu en.asben.Kebetulan seminggu sebelum itu en.asben ada menceritakan kepada saya perihal membuat aiskrim goreng.Jadi dengan keterujaan tahap ke-3,saya terus cari bahan2 untuk menyediakan aiskrim goreng ini.Setakat hari ini,sudah 3x membuatnya.

Friday, June 4, 2010

Amalan...

Sementara tiada apa yang ingin dilakukan tika ini,sajalah nak share info dengan rakan-rakan blogger yang lain especially untuk kawan2 yang baru sahaja disahkan hamil contohnya macam Kiree.Tahniah!Ambillah info ni sebagai amalan k :)

Surah yang baik diamalkan ketika hamil :

1. Surah Al-Fatiha : Untuk Terang Hati
2. Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar+taat
3. Surah Luqman : Untuk memperoleh anak cerdik akal & jiwa
4. Surah Yusof : Untuk Merperoleh anak cantik rupa & akhlak
5. Suruh Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu
6. Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati & Anak tidak terpengaruh godaan syaitan
7. Surah At Taubah : Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat
8. Surah An Nahl : Untuk melahirkan anak yang berdisplin

Selamat mencuba!

Tuesday, June 1, 2010

Checklist...

Sedar tidak sedar hari ini kandungan saya sudah berada di usia 30minggu.Maknanya, hari kelahiran puteri kami semakin menghampiri.Persiapan bagaimana?Secara jujurnya kami hampir terlupa dek kerana kesibukan menguruskan rumah baru.Jadi apabila tersedar sahaja,saya terus ajak suami untuk shopping keperluan baby.

Lokasi kami seperti kebiasaan adalah Midvalley yang juga merupakan tempat favourite untuk berwindow shopping.Bukan apa,bagi kami senang ke sini kerana segalanya ada.Cakap saja mahu cari apa,pasti boleh dicari.Jadi bermulalah misi kami membeli apa-apa yang perlu untuk si baby.

Friday, May 14, 2010

Panduan Potong Kuku...

Rasanya semua pun tahu bahawa memotong kuku adalah amalan sunat samalah seperti amalan memotong misai dll.Ada juga hari-hari sunat dan cara-cara terbaik untuk kita praktikkan.Contohnya,kita disunatkan memotong kuku pada hari Jumaat.Saya sudah agak lama praktikkan benda ini sejak diberitahu oleh arwah atuk kalau tak silap ketika saya dalam tingkatan dua.Kata arwah atuk,"kalau nak potong kuku ada caranya dan ada harinya supaya kita dapat manfaat".

RASULULLAH S.A.W juga ada bersabda "Barang siapa yang memotong kuku pada:

Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Maksudnya kita disunatkan memotong kuku pada hari Isnin,Khamis & Jumaat dengan kaedah tertentu.Untuk kawan-kawan blogger,ini adalah kaedah yang betul untuk memotong kuku.



Walaupun bunyi semacam remeh,tapi seharusnya kita ikuti.Ingat selain hari & kaedah memotong,kita dinasihatkan buang kuku kita ke tanah kerana kerana kita juga datangnya dari unsur tanah.

Wallahu'alam

Thursday, May 13, 2010

tag from kiree...

TAG DARI KIREE 1

1. Adakah anda mempunyai lesen memandu?
-Yup

2.Bilakah anda mempunyai lesen memandu?
-Both kereta & motor pada usia 18 tahun

3.Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
-sudah hampir 7 tahun rasanya,tp kalau kata secara aktifnya baru 5 tahun bermula
ketika dalam tahun ke-2 universiti

4. pengalaman pahit ketika memandu?
-Langgar kereta MPV ketika memandu kereta abg (iswara aerobic merah) pada usia 19
tahun

5. pengalaman manis?
-Mak bagi kereta savvy biru utk kegunaan di universiti dari tahun ke-2 sehingga
kawin.lepas je kawin,saya pulangkan semula utk kurangkan beban kami berdua

6. 3 tebiat ketika memandu?
-Jarang sgt nak dengar lagu / radio
-Suka buka tingkap & tak pakai air-cond
-Suka potong “Q”

7. 3 pantang jika tengah memandu
-Orang depan drive macam kura-kura,hangin je lagi2 time nak pg keje
-Orang kereta sebelah pandang-pandang
-Orang belakang bawak mcm nak langgar bontot kereta kita

8. tag kepada 5 orang pemegang lesen bertuah
kawan-kawan blogger yang rajin & nak menambahkan entry dlm blog masing2

TAG DARI KIREE 2

1. barang pertama yang dipakai
Maksudnya?Bila?Soalan ni agak tergantung.Tp :
- Kalau barang pertama yang saya pakai bila keluar je ke dunia ni mungkin
selimut
- Kalau barang pertama saya pakai tiap-tiap pagi adalah olive oil


2. Barang elektrik pertama yang dibeli bersama pasangan setelah bergelar suami isteri
Kebanyakkan barang elektrik di rumah kami dapat masa hadiah kahwin jadi tak banyak barang elektrik yang kami beli sendiri.tp lepas je beberapa hari kawin,kami terus cari mesin basuh & peti sejuk sbb ianya sgt diperlukan

3. Barang pertama milik peribadi
Kalau kata barang pertama milik peribadi yang dibeli dengan duit sendiri HP la kot

4. Barang pertama dibeli selepas bergelar isteri
Isssh tak ingatlah

5. Barang mahal pertama dibeli sebagai suami isteri
Rumah

terima kasih :)

Tuesday, May 11, 2010

Hidup tak sempurna...

Rasanya macam sangat lama tidak menulis dalam blog ni.Rindu juga ingin menulis walaupun tiada cerita terbaru untuk d’update di sini.

Kehidupankami berdua sekarang agak berbeza dari kebiasaan.Senang kata,hidup tengah huru hara dan tidak sempurna buat kata asben.Bila agaknya dapat masuk ke rumah sendiri,bila agaknya dapat bebas melakukan apa-apa yang disukai,bila agaknya dapat bemesra,bila agaknya boleh masak semula untuk suami, bila agaknya akan rasa selesa.Macam-macam yang kami rasa.Urm apa yang boleh saya katakan,pergerakan agak terbatas ketika ini sebab kami sedang menumpang di rumah orang.

Sudah hampir 2 minggu kami menumpang di rumah akak.Kenapa?Rumah kami masih dalam proses ubahsuai mungkin untuk tempoh selama 1 minggu lagi.InsyaAllah…
Sepatutnya ikut perancangan awal,kami akan terus tinggal di rumah sewa sehingga rumah baru kami siap sepenuhnya.Tapi malangnya kami terpaksa keluar awal atas beberapa sebab tertentu.Antara penyebab kami terpaksa keluar awal :

- Ada penyewa baru yang akan masuk pada tarikh yang sama kami keluar
Tapi yang membuatkan kami geram dan sakit hati,boleh pulak si penyewa baru tu push landlord untuk arahkan kami keluar pada tarikh tersebut walhal kami sudah pun berbincang dengan landlord kami akan keluar pada pertengahan may
- Duit 2 bulan deposit kami sudah habis tempoh
So terpaksalah kami menumpang di rumah akak.Tak sabar-sabar & betul-betul selfish la ini orang,sakit hati kami!Bayangkan,30 April pagi kami keluarkan semua barang,malam itu juga dia & keluarga masuk ke rumah tersebut.Sangat menyusahkan kami.Nasib baik barang-barang kami sudah boleh park di tingkat atas rumah.Kalau tidak mana kami nak campak.

Thursday, April 29, 2010

Khasiat Pisang...

Saya nak share something yang saya rasa amat berguna untuk kita semua.Info ni saya peroleh dari email yang dipanjangkan.Check it out!

Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit.

Friday, April 23, 2010

Muadzam,kami kembali...

Hujung minggu lepas,saya dan asben ke Muadzam Shah Pahang untuk menghadirkan diri ke majlis persandingan dua sahabat kami iaitu Khairunnisa & Mohd. Fairuz.Untuk pengetahuan,di sinilah tempat pertemuan kami berdua(UNITEN).Belum lagi sampai di Muadzam,keterujaan kami sudah pada tahap maksimum.Al-maklumlah mahu mengimbau saat indah zaman bercinta.

Secara jujurnya,kami tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sini sejak meninggalkan kampus dulu.Terasa juga rindu pada Muadzam!Jadi di kesempatan ni,kami gunakan untuk meronda-ronda di sini.Kami sampai di Muadzam tepat jam 10pg Sabtu dan seperti kebiasaan Muadzam Shah agak panas.


Sampai-sampai je kami tengok ada banyak perubahan di sini,baguslah satu kemajuan.Sampai je di Muadzam tempat pertama yang kami jejak adalah Wisma Sultan Abdul Samad yang juga merupakan bangunan pentadbiran a.k.a tempat kuliah/perpustakaan (yang juga boleh dikatakan tempat pertemuan/dating kami satu ketika dulu) sebelum wujudnya kampus baru.Sempat juga kami meronda-ronda di situ sambil bergambar.Nak dijadikan cerita sampai pak guard dari guard house cari kami sebab kata kami nak masuk sekejap untuk buat u-turn je,tup 2x sampai ke atas kami meronda :)










Destinasi kedua adalah Pekan Muadzam.Kami pusing-pusing saja dalam kereta sambil memerhatikan perubahan yang berlaku di sekitar pecan ini.Di sini jugalah terletak pasar sehari (setiap Sabtu pagi hingga malam).Wajib tiap Sabtu jika tidak pulang ke kampung kami akan ke sini.Saya ajak juga asben turun ke pasar,tapi katanya tak perlulah sebab tidak sesuai dengan berpakaian begitu.Agak terkilan saya dibuatnya,tak dapatlah merasa aiskrim goreng & murtabak favourite saya :(

Destinasi seterusnya adalah penginapan asben iaitu Kolej BESTARI a.k.a penginapan pertama pelajar UNITEN sebelum wujudnya kolej penginapan kedua (HARMONI) & ketiga (ILMIAH).Trademark UNITEN di setiap penginapannya pasti akan ada tasik di tengahnya.Sungguh menarik!Apapun,BESTARI yang dulunya agak suram kini sudah berwajah baru.




Kemudian kami ke Kampus yang menempatkan bangunan akademi,dewan kuliah,auditorium,perpustakaan,surau,cafeteria.Kami pusing-pusing sambil snap beberapa gambar.Niat di hati untuk ke rumah Prof. Madya Rusinah Siron a.k.a mak angkat asben tapi malangnya beliau & keluarga tiada di rumah.Jadi ucapan salam sahaja dapat kami tinggalkan.






Apapun saya agak kagum bila kami lihat Muadzam yang dulunya agak suram dek pembangunan kini makin pesat membangun.

Setelah agak puas meronda sekeliling Muadzam dan jam menunjukkan jam 11.30 pagi,kami pun bergerak ke tujuan utama kami ke mari iaitu untuk menghadirkan diri ke majlis persandingan dua sahabat kami Khairunnisa & Mohd Fairuz di Teratak Warisan Pinggir Pelangi.Kami antara tetamu yang terawal sampai kerana majlis hanya akan bermula pada jam 12.00 tghr.

Sementara menunggu ketibaan rakan-rakan lain contohnya fast,yusrina,fairuz shahidah & paan,abg man & kak mai,kami cari pot terbaik untuk dijadikan tempat berlindung dari panas.Jadi tempat kami di bawah khemah makan dan betul-betul di depan kipas  Sambil berteduh dengan segelas air,sempat kami memerhati keadaan sekeliling.


Secara keseluruhannya,saya suka pada dekorasi pada majlis mereka walaupun pada dasarnya tiada warna khusus yang ditetapkan untuk majlis tersebut.Dekorasi yang simple,tetapi susun atur yang sangat menarik.Baik dari hiburan (Kugiran & Gamelan),pintu gerbang,gubahan hantaran sehinggalah pelamin.Yang lagi menarik bila ada persembahan silat & pantun dari adik-beradik si mempelai.














Walaupun cuaca agak terik,tapi kami gagahkan juga diri untuk berada di situ sehingga jam 3.30 petang.
Sempat jugalah kami berpossing dengan kawan 2x yang lain sementara menunggu giliran untuk berposing dengan dua mempelai pula.













Akhirnya mereka ke jinjang pelamin dan akan berdaftar ke kelab kami :)Tahniah untuk kamu berdua!Apapun ucapan terima kasih juga untuk kawan 2x yang lain kerana telah hilang rindu kami pada kamu semua di sini.

Thursday, April 22, 2010

Keperluan...

Ikutkan kami tidak mahu membeli lagi barang baby.Alasan pertama kerana masih terlalu awal dan alas an kedua kerana jantina baby kami masih belum diketahui.Kalau diikutkan,mungkin tak banyak barang-barang yang akan kami beli kelak atas nasihat orang-orang berpengalaman.Lagipun banyak barang baby dari akak yang disedekahkan kepada saya contohnya macam pakaian,kasut,baby coat dll.Thanks kak :)

Tapi bila difikirkan semula,kesian pula baby kami kalau semuanya terpaksa pakai yang lama.Jadi kami rasa perlu juga untuk beli benda baru untuk baby kami kelak.Lagi-lagi sejak dua menjak ni keterujaan untuk membeli barangan baby mula membuak,maklumlah kandungan sudah mencecah 6 bulan.

Tidak banyak yang kami beli.Barang pertama yang kami beli adalah set botol ni semasa Baby Fair di MidValley sebab harganya murah jika dibandingkan tanpa promosi.


Kemudian kami beli pula stroller ini di Mamours One Utama.


Rupa & warna begini,malas nak buka kotak kami :)


Teringin juga kami untuk membeli Maxi-Cosi CabrioFix untuk baby kami supaya boleh digunakan seperti di bawah,tapi budget tidak mengizinkan.Jadi tengoklah nanti kalau ada rezeki lebih.


Lepas tu,kami dapat pula tilam baby yang comel ni pemberian dari mak yang dibeli dari Madinah.Saya sangat suka yang ini,serius!!




Nampak gayanya bila sudah mula membeli,semua orang pun akan terus membeli.Lagi-lagi bila tengok barang baby yang comel-comel belaka!Mungkin juga tiada lagi peruntukan shopping untuk kami berdua kerana semuanya perlu diketepikan untuk si baby.

Friday, April 16, 2010

Cuti -> Penat -> Puas Hati

Kelmarin merupakan hari yang agak memenatkan saya & asben,ke sana ke mari menguruskan beberapa urusan penting.Jadi mahu tidak mahu saya yang kedekut cuti terpaksalah mengambil cuti untuk menguruskan beberapa perkara.Bayangkan dari rumah seawal pagi dan hanya sampai ke rumah jam 8.15 malam.Bermula dari Serdang -> Bandar Baru Bangi -> Sg. Besi -> Balakong -> KL -> Putrajaya -> KL -> pulang ke rumah.

Penat memang memenatkan,tapi agak tidak sia-sia. Akhirnya semalam kami memutuskan yang kami akan berpindah juga ke Bandar Sri Putra. Semua lampu-lampu & kipas-kipas sudah pun dibeli. Urusan renovasi juga sudah diuruskan. Harapan kami supaya rumah cepat siap dengan memuaskan supaya ianya berbaloi dengan nilai 30k yang kami laburkan. Jadi konklusinya,operasi berjimat cermat akan bermula antara saya & asben selepas ini :)

Apapun ucapan terima kasih tidak terhingga buat asben tersayang kerana menjadi "financial planner" terbaik untuk keluarga kami. Katapun akauntan kan!Kalau beri tanggungjawab itu pada saya pasti hancus dibuatnya.heh

Doakan kami supaya kami tenang & selamat di penginapan baru kelak.Amin…

Tuesday, April 6, 2010

Tanda Awal Kehamilan...

Entry kali ni saya saja nak share info mengenai tanda awal kehamilan terutamanya untuk mereka yang sedang menunggu saat kehamilan,contohnya macam 'kiree' :)Bukan apa,mungkin ada yang tidak sedar yang sebenarnya mereka sedang hamil.Situasi sebeginilah yang saya hadapi di awal kehamilan dulu.Saya hanya tersedar apabila 'diyang' bertanya adakah tanda-tanda/perubahan tertentu pada diri saya.Selepas dari itu,saya terus membuat pemeriksaan dan alhamdulillah sympthom itu benar menandakan saya hamil dan saat itu usia kandungan sudah pun mencecah 2 bulan.

Apalagi,jom kita share info.So check it out!!

1. TIDAK HAID
Petanda utama kehamilan ialah tidak keluar haid.Jika ini berlaku,segeralah dapatkan pengesahan samaada melalui alat ujian kehamilan atau pergi terus berjumpa doktor untuk keputusan yang lebih tepat.

2. PEMBESARAN PAYUDARA
Payudara akan membesar kerana peningkatan hormon kehamilan yang mengakibatkan pelebaran pembuluh darah dan memberi nutrisi pada jaringan payudara.Anda mungkin akan terasa bra mula sempit dan tidak selesa.Tiada pilihan terpaksalah kita membeli koleksi yang baru.Tapi harus kita ingat,jangan buang yang lama kerana payudara akan kembali ke ukuran asal setelah anda berhenti menyusu kelak.

3. NIPPLE & DAERAH SEKITAR KEHITAMAN

Dalam 3 bulan pertama ini,biasanya daerah sekitar puting akan berubah warna kepada lebih gelap,membesar dan mungkin akan merekah.Jadi apa yang saya lakukah,gunakan olive oil seawal kehamilan.

4. SERING BUANG AIR KECIL
Anda akan merasa lebih kerap buang air kecil kerana adanya pertumbuhan rahim yang menekan salur kencing.Tapi ingat,jangan kurangkan minum air kerana anda memerlukan air yang secukupnya dan yang paling penting lapkan bahagian tersebut setiap kali selepas membersihkannya.

5. SEMBELIT
Anda mungkin akan terasa susah membuang air besar dan warna najis agak kehitaman,tapi jangan khuatir kerana ini mungkin berpunca daripada ubat yang diberi oleh doktor.Cara untuk mengatasi sembelit dengan minum air secukupnya dan makan makanan yang berserat tinggi contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan.

6. MORNING SICKNESS
Laporan menunjukkan bahawa separuh dari wanita hamil akan mengalami mual/loya-loya/muntah-muntah pada awal kehamilan dan adakalanya tidak boleh mencium bau makanan tertentu. Malah kadangkala bukan si isteri sahaja yang mengidam macam-macam,bahkan si suami juga.Ada juga kes,si isteri maintain je tapi si suami pula yang loya-loya dan muntah-muntah. Tetapi masalah ini akan hilang pada akhir trimester pertama.

7. MERASA MENGAH / TERCUNGGAP
Anda akan merasa sedikit tercunggap kerana tubuh anda sedang bekerja secara aktif untuk menyesuaikan secara fizik dan emosional untuk kehamilan ini.

8. SAKIT KEPALA
Anda mungkin akan merasa sakit kepala yang lebih kerap daripada biasa.Ini mungkin disebabkan rasa mual,kepenatan,lapar,dan tekanan darah rendah.Cara mengatasi dengan beristirehat,dan makan dengan kuantiti sedikit tapi kerap.

9. EMOSIONAL
Pada trimester awal kehamilan ini juga emosi bakal-bakal ibu menjadi tak stabil kerana adanya perubahan hormon.Kepada para suami,harap anda dapat lebih bersabar menghadapi perubahan ini.Kata pada diri anda bahawa semuanya harus ditelan demi anak.

10. PENINGKATAN BERAT BADAN
Pada akhir trimester pertama ini,anda akan merasakan perubahan pada susuk tubuh kerana pengaruh dari hormon estrogen yang menyebabkan pembesaran rahim dan hormon progesterone yang menyebabkan tubuh menahan air. Kesimpulannya,berat badan akan meningkat.

Itu saja yang dapat dikongsi.Pada sesiapa rakan bloggers yang tahu lebih dari ini,jomlah share untuk makluman bersama.Sharing is caring what?

Monday, April 5, 2010

Happy birthday...

Last weekend 3 April 2010 ulang tahun kelahiran nephew saya, Edrin Razin a.k.a jibam yang ke-2. Perancangan pada mulanya teringin sangat nak bawa si jibam jalan-jalan untuk raikannya, tapi keadaan kurang mengizinkan kerana jadualnya pack sangat dengan aktiviti mama & daddy. Jadi kami tak sempat nak bawa si jibam ni celebrate pagi mana-mana untuk birthday dia, hanya wish and ciuman dari kami untuk si jibam selain hadiah di bawah.







Ini ada gambar terbaru Edrin Razin pada usia 2 tahun. Happy birthday Razin!!Sayang kamu sangat.muaaah muaaaaah muaaaaaaah…………………

Thursday, March 25, 2010

Zero d’tag oleh Kiree

1. Adakah anda rasa anda HOT..?
Hot? Nop, I’m cold :)

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang?

3. Cerita pasal gambar ini?
Because I’m preggy mom, so letak gambar macam tu dengan harapan akan dikurniakan baby secomel itu

4.Kali terakhir makan pizza?
Sejak mengandung saya sudah mula kurangkan makan fast food, tapi makan jugak la KFC.Tapi kalau Pizza rasanya last makan pun bulan 12 kot

5. Lagu terakhir anda dengar?
Ringing tone HP, selain tu no more lagu for the momment

6.Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Makan bubur, yummy!

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
“ummi” – my hubby & soon it will be taken by my baby.so what are your going to call me,abi?
“zero / zv” - kawan-kawan blogger
“aunty ayu / mak cu”– my nephew & niece
“stylo” – kawan-kawan masa zaman university dulu

8. tag lagi 5 orang

1. travel and living
2. big blue sky
3. duniadahlia
4. munira azme
5. less talking alone

9. siapakah orang no.1 pada anda?
Kawan se’office’ yang awet muda bagi saya :)

10.katakan sesuatu kepada orang no.5
Selamat kembali berjuang sebagai seorang pelajar, ciyok!

11.no.3 ada hubungan dengan sape?
Semestinya dengan en. tunangnya Adli, dua-dua pun cikgu pendidikan khas.so sweet!

12. bagaimana pulak dengan no.2?
Kawan se’office’ yang selalu je cool & pengemas orangnya

13. Kata-kata cinta untuk orang no.4
Semoga kamu berbahagia dengan suami tercinta & baby yang bakal lahir kelak

14. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang tag anda
- mulut & matanya amat kecil :)
- senyumnya selalu nampak macam tersipu-sipu walaupun pada hakikatnya tidak
- suka membeli sesuatu untuk orang yang tersayang
- suka pada power puff girl (pink) satu ketika dulu.sekarang?
- terror akaun & tidak bahasa melayu (zaman sekolah)

Ok kiree, I’m done…

Thursday, March 18, 2010

Update terbaru...

Rasanya sudah lama tidak berblogging, baik untuk mengupdate blog sendiri atau menjenguk ke blog kawan2 blogger yang lain.Alasan?Kurang masa.Hakikatnya kalau di office jarang sangat berpeluang, apalagi bila di rumah pelbagai komitment menanti. So konklusinya, jarang ada masa untuk berblogging. Tapi tak mengapa,kerana bagi saya sebulan dengan satu entry sudah memadai :) So hari ni saja mahu menulis sesuatu mengenai perkembangan terkini kerana ada juga yang meminta (kiree|casio) walaupun pada dasarnya saya kekeringan idea.

Update mengenai diri sendiri :
Kini saya sedang hamil 5 bulan. Tapi keadaan perut masih belum mahu membesar seperti yang saya harapkan walaupun berat badan naik mendadak, 3kg untuk bulan ke-4  Kadang tu, sedih jugak bila pergi sana orang asyik kata mana perut, aduiiiiiii sabar jela.Pegalaman membawa baby dalam perut selama 5 bulan ni biasa-biasa je, malah Alhamdulillah saya masih boleh aktif ke sana ke mari dan menjalankan komitmen di pejabat / rumah seperti kebiasanaanya. Setakat hari ini saya tidak mengalami sebarang alahan, saya tak pernah lagi muntah atau mengidam mahu makan itu dan ini. Kalau pening - pening / migrain itu sudah menjadi kebiasaan. Tapi sejak dua minggu kebelakangan ni, entah kenapa saya mula rasa sakit pinggang berpanjangan dan kaki. Tak mengapalah asalkan saya masih sihat. Untuk barangan dan kelengkapan baby, setakat hari ni kami masih belum membeli satu pun, mungkin bila mencecah masuk bulan ke-7 insyaAllah.

Update mengenai aktiviti hujung minggu :
Kebiasaannya kami menghabiskan masa hujung minggu dengan sehari meronda dan sehari beristirehat di rumah.Mr. I merupakan pengemar movie,asal ada cerita baru confirm diajaknya saya ke panggung, tapi saya pula kurang gemar menonton di panggung. Jarang saya mahu menonton, jadi Mr.I selalunya terpaksa membeli CDs dan menonton di rumah sahaja.Sorry Abi!Dan setiap bulan kami akan pulang ke kampung. Macam minggu lalu kami pulang ke Melaka walaupun baru 2 minggu yang lepas tapi kami pulang jugak. Ini jarang berlaku kecuali ada urusan yang memerlukan. Macam minggu lepas, sepupu saya berkahwin. So adalah sikit gambar terbaru saya, Mr.I serta keluarga.

saya yang terkini


kami


3 beranak


my sis & jibam aka edrin razin


my sis & her lil son edry ruzain


both my nephew : edrin razin & adwa' nazran


Lain-lain update secara ringkasan :
- kami berdua masih bergelar pelajar (ACCA & Master student)
- bagi saya komitmen sebagai pelajar amat membebankan, tapi tidak bagi Mr.I
- secara jujurnya kami rasa agak tertekan dengan bayaran yuran pengajian untuk setiap semester
- jadi kami mula belajar untuk berjimat untuk masa depan & kestabilan, so no more monthly shopping
- kami akan berpindah ke Bandar Sri Putra sekiranya rumah kami tidak terjual dalam masa beberapa bulan akan datang
- teringin sangat untuk sama-sama ke tempat kerja, tetapi agak mustahil selagi Mr.I masih di Putrajaya
- kesian Mr.I yang terpaksa berhujan dan berpanas menaiki motor ke tempat keje, risau keselamatannya
- sangat berterima kasih kerana Mr.I adakalanya datang untuk lunch bersama
- makin bernafsu makan sejak mengandung,bayangkan hidangan berat wajib sekurang-kurangnya 3x sehari
- penggemar epal hijau & merah sejak mengandung
- sudah lama tidak memakai jeans,khuatir selepas bersalin semuanya tidak boleh digunakkan lagi 
- sejak mengandung, saya hanya menggunakan 1 jenis kasut (flat shoe) sahaja
- kami sedang confuse memilih tempat bersalin samada Gleneagles / Pantai Bangsar (dua-dua pun jauh!)
- tak sabar mengetahui jantina baby kami.bila agaknya?
-biasanya kami akan berjalan-jalan menghirup udara segar setiap pagi Sabtu
- Midvalley merupakan tempat persinggahan kami pada hujung minggu selain econsave
- kucing kami semakin membesar dan Mr.I sangat menyayangi (wajib cium tiap hari)
- teringin untuk selalu bersama mak ayah dan adik-beradik saya. Ianya sangat bermakna walaupun tanpa sebarang aktiviti
- saya rindu zaman masa muda-muda,rindu kawan-kawan semuanya
- saya rindu ingin bersukan macam dulu,serius rindu!!
- Mr.I peminat setia MU & pasti akan berjaga untuk games MU tak kiralah pukul berapa
- wajib ambil edrin razin (nephew – depan pintu rumah) setiap hari untuk bermain & membulinya 
- rasa macam nak menambah koleksi baju kerja tapi terpaksa batalkan niat sehingga lepas bersalin (takut size badan berubah)
- mula suka untuk menyimpan koleksi beg
- Mr.I sudah makin sporting / slumber kata family saya.suka!!
- sekarang kami tekad tak mahu makan di mamak lagi sebab sebelum ni asal nak makan roti canai / tosei pasti ke mamak la jawabnya
- Mr.I jarang mahu makan di warung, tapi saya tak kisah
- kadangkala rasa macam nak berhenti kerja, duduk rumah jaga anak & keluarga.bahagiannya kalau impian saya tercapai satu hari kelak 
- teringin mahu bercuti dengan Mr.I

Itu saja buat masa ni yang terlintas di minda saya 

Friday, March 12, 2010

Tolong!!!

Front View






Front Yard


Kitchen


Toilet (Ground Floor)


Ada sesiapa yang berminat untuk membeli / mempunyai kenalan (agensi hartanah) yang boleh membantu menjual rumah di atas??Kami amat memerlukan pertolongan dari anda.

Butir-butir perumahan :
Lokasi Bandar Seri Putra (Bangi).Keluasan 24×70 bersamaan 1680 kaki-persegi serta 1970 kaki-persegi kawasan binaan.Kebanyakan populasi setempat adalah bumiputera dan rumah ini dijangka boleh didiami pada April 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...