Thursday, November 18, 2010

Isteri vs Ibu...

Salam

Saya baru saja selesai membaca satu rencana bertajuk "JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU" yang dikongsi oleh seorang kenalan di FB dan kalau tak silap saya rencana ini oleh Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Pada rencana ini sangat menarik & boleh dikatakan sangat penting untuk kita kaum hawa esp yang telah bergelar ibu. Jadi saya kongsi rencananya untuk kebaikan & ingatan bersama insyaAllah...

Rencananya berbunyi :
" Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya telah melahirkan seorang anak atau 10 orang anak yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan untuk menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami akan menjadi bosan. Penat di pejabat tambah di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Ramai suami tidak tahan dan rasa terpinggir setelah isterinya menjadi ibu.

Di luar rumah, banyak terdapat gejala-gejala wanita lain yang ingin mengambil alih tugas isteri di rumah seperti melayan makan-minumnya. Contohnya ada wanita lain dengan ramahnya bertanya, "Encik nak minum? saya siapkan kopi. encik nak makan? nanti saya hidangkan nasi". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah tidak. Kalau di rumah hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah".

Itu baru bab lahiriah yang dipinta. Bayangkan jika alasan itu juga di beri waktu suami berkehendakan hubungan intim. Takut nanti ada suami menyatakan hasrat utk beristeri satu lagi disebabkan benda ini. Senantiasalah kita beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puas hati terhadap tolakan kita itu, makanya sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat sehinggalah suami kita memaafkannya. Oleh itu, seboleh2nya jangan biarkan si suami tertidur sendirian menantikan kehadiran kita menemaninya. Kalau boleh hentikan dulu kerja2 yang dilakukan dan temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya. Harus diingat, tak setiap masa si sumai inginkan seks semata2 kerana ada masa mereka hanya perlukan belaian manja.

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Apa yang penting, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Jika berkesempatan, sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya untuk dua atau tiga minit. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini,akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini. Biasanya lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk melepaskan diri dari bebanan kerja dengan bermesra dengan anak isteri.

Ramai wanita, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan jadi lalai. Mereka rasa tidak perlu menjaga tubuh badan atau perkataannya. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Si isteri pula kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang sentiasa diperlukan oleh anak. Ini silap... sekalipun berapa anak yang diperolehi, suami tetap merupakan "Anak Sulung". Walau isteri sayang banyak mana sekalipun pada anak, suami harus sentiasa didahulukan.

Lumrahnya, lelaki berumur atau tua kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua, tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali dengan keimanan yang tebal. Lelaki yang ada "pendinding" akan sengaja membahasakan diri dengan perempuan muda 'Pak Cik'. Ini sengaja di lakukan untuk memadam berbagai keinginan dan kemungkinan.

Secara keseluruhannya, orang lelaki mudah perasan bila mana keadaan dirinya tak tenteram dan diberi perhatian. di kala ini apabila ada wanita lagi2 yang muda menunjukkan minat & berbuat baik, mereka akan lebih mudah tertarik. Malah dirasakan ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri di rumah yang biasanya mengomel dan memperkecilkan diri suami."

Itulah rencana penuh "JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU". Rencana ini memberi impak baik pada diri saya supaya beringat dan terus memperbaiki diri hari ini dan untuk masa akan datang.

Kerja sebagai isteri dan ibu bukan kerja mudah, lagi-lagi bila isteri dan ibu ini juga seorang pekerja. Sangat mencabar! Pada saya apa yang paling penting suami perlu faham tugas dan bebanan isteri. Sebagai pasangan suami isteri pula, perbincangan & toleransi amat penting. Bagi saya, masih banyak yang perlu dipelajari. Semoga rencana ini akan sentiasa segar di ingatan saya. Mudah-mudahan insyaallah. Untuk isteri semuasebagai ingatan bersama "jangan lupa menjadi isteri".

10 comments:

Anonymous said...

Bagus rencana ini dari Dr Fadzilah...cuma dari sudut rencana ini hanya tumpu pada perbualan berkaitan "jangan lupa menjadi isteri selepas bergelar ibu"...saya berpendapat perlu ada perbualan berkaitan "JANGAN LUPA JADI SUAMI SELEPAS BERGELAR AYAH"...saya yakin apabila kedua2 perbincangan ini dihuraikan barulah suami & isteri memahami kedudukan masing-masing....post by IMRAN

Anonymous said...

insya allah kita masih seorang isteri walaupun sudah bergelar ibu..Thanks for sharing and reminding ^_^

ZERO VENDETTA said...

IMRAN : i like! TQVM for your suggestion, should proposed to Dr Fadzilah Kamsah :)

MUNNYRA : Sama-samalah kita, InsyaAllah...

Unknown said...

ayu, i'm glad ur husband have that kind of thnking...yup...true enough...both party have their own role to play and must understand each other...

btw, i love the article:))

Cik Cip Puding said...

"JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU"

Kenapa topik ni dituju kepada wanita kerana yang kebanyakan terjadi adalah kepada wanita. Isu ni jarang berlaku pada lelaki.

Selalunya lelaki ni senangnya, bila dia tak dapat perhatian dirumah, carik je diluar.

As simple as that.

ZERO VENDETTA said...

LADY D : hopefully it will be end forever :) kak ana, apa yg penting? kerjasama... hahahaa

CIK CIP PUDING : Itu sangat tidak adilkan??

Cik Cip Puding said...

Mungkin salah agaknya cara saya menyampaikan sampaikan kita yang wanita menampakkan betapa tidak adilnya disitu.

Yang pertamanya, mengapa topik ini ditulis adalah kerana kebanyakan masalah rumahtangga atau kaunseling yang telah dilakukan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ni, kebanyakannya mengalami masalah si suami yang rasa tersisih dari belaian isteri apabila sudah ada anak.

Saya percaya, sekiranya dipandang dari sudut seorang isteri itu sendiri, betapalah kita mengorbankan segala²nya bagi memberi kasih sayang terhadap anak². Itu adalah tanggungjawab seorang ibu, mak, umi terhadap anak²nya. Dan dikala itu juga para isteri yang begitu sibuk dgn anak² ini sering kali terlupa akan tanggungjawab mereka terhadap suami mereka. Mereka lupakah yang syurga itu dibawah tapak kaki suami?

Suami bukan tak faham. Dia lah orang yang paling memahami. Tapi apakan daya mereka bila mereka ini Allah jadikan berfitrah. Fitrah seorang lelaki.

Seperti kata Ustaz HAsrizal dalam salah satu artikelnya melalui pengalaman beliau sendiri dimana:

"Amat banyak kes penceraian berlaku, walaupun rumah tangga sudah mencecah 15 ke 20 tahun. Dan hasil kajian, puncanya pelbagai tetapi ada di antaranya yang sungguh menyedihkan. Apabila mencecah usia pencen, wanita kita sering meninggalkan suami. Mereka suka berkawan dengan anak-anak yang sudah dewasa. Wanita kita akan bersama anak-anak pergi ke masjid untuk belajar mengaji dan mendengar kuliah. Isteri sibuk berkawan dengan anak, suami pula ditinggalkan.

Suami pula sedang menempuh proses ‘pemudaan’ pusingan kedua."

Buat sang lelaki yang bernama suami:

"Ingatkan diri, betulkan pandangan terhadap isteri. Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita. Walaupun sudah dimamah usia, dialah separuh hidup kita. Separuh yang manis, kata pepatah Arab. Adanya isteri dan suami, sempurnalah sifat seorang insan. Bayangkan sahaja Adam di Syurga, segala-galanya sudah sempurna. Tetapi tetap terasa kurang kerana dirinya tiada pasangan…

Hargailah kasih sayang suami dan isteri, pandanglah dengan pandangan hati, kerana ia pandangan hakiki."

ZERO VENDETTA said...

saya setuju dengan pendapat cik cip puding. sangat setuju! N saya dapat rasakan bila seseorang mempunyai anak, tumpuan & kasih saya akan lebih pada anak. ini adalah realiti...

tp sebagai isteri kita perlu mula belajar untuk seimbangkan antara keduanya anak & suami. N sebagusnya melebihkan suami. aduiii tak mampu rasanya :(

Soul D'sign said...

kalau both of them..yakni isteri dan suami back to basic,masalah pun xkan la timbul..

kadang² bila seseorang tuh dah lama kawen,dia dah merasa arif sgt pasal hal² umah tangga...tapi bila ada masalah nih timbul,mula la serabut..padahal apa yg perlu dilakukan hanyalah "back to basic"...

apa yang dimaksudkan dengan "back to basic" ?heheheh..tanya la cik azrul...khekhekhekh

ZERO VENDETTA said...

zero2hero : aah confuse la abg sya, ni, apa yg dimaksudkan "back to basic" tu. tolong jelaskan or cik cip puding tolong jelaskan sbb kami (ayu & imran) suka baca coretan kamu. heh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...