Friday, April 16, 2010

Cuti -> Penat -> Puas Hati

Kelmarin merupakan hari yang agak memenatkan saya & asben,ke sana ke mari menguruskan beberapa urusan penting.Jadi mahu tidak mahu saya yang kedekut cuti terpaksalah mengambil cuti untuk menguruskan beberapa perkara.Bayangkan dari rumah seawal pagi dan hanya sampai ke rumah jam 8.15 malam.Bermula dari Serdang -> Bandar Baru Bangi -> Sg. Besi -> Balakong -> KL -> Putrajaya -> KL -> pulang ke rumah.

Penat memang memenatkan,tapi agak tidak sia-sia. Akhirnya semalam kami memutuskan yang kami akan berpindah juga ke Bandar Sri Putra. Semua lampu-lampu & kipas-kipas sudah pun dibeli. Urusan renovasi juga sudah diuruskan. Harapan kami supaya rumah cepat siap dengan memuaskan supaya ianya berbaloi dengan nilai 30k yang kami laburkan. Jadi konklusinya,operasi berjimat cermat akan bermula antara saya & asben selepas ini :)

Apapun ucapan terima kasih tidak terhingga buat asben tersayang kerana menjadi "financial planner" terbaik untuk keluarga kami. Katapun akauntan kan!Kalau beri tanggungjawab itu pada saya pasti hancus dibuatnya.heh

Doakan kami supaya kami tenang & selamat di penginapan baru kelak.Amin…

3 comments:

Mr I said...

Ur pleasure dear...thats my job to done well..Thanks to you for your supportive character.

Anonymous said...

best2 rumah baru = baby baru ^_^

ZERO VENDETTA said...

a'ahkan...
baru sedar right timing :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...