Bila cakap pasal aiskrim goreng saya pasti ramai yang terpingga-pingga,mungkin juga tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan aiskrim goreng ini.Realitinya,saya boleh katakan agak susah mahu jumpa hidangan aiskrim goreng lagi-lagi di KL.Saya pun mula kenal dengan aiskrim goreng ketika belajar di UNITEN (pantai timur) yang kebetulan aiskrim goreng memang sudah dikenali.
Bila dapat saja resipi dari mama Firuz kita,saya terus beritahu en.asben.Kebetulan seminggu sebelum itu en.asben ada menceritakan kepada saya perihal membuat aiskrim goreng.Jadi dengan keterujaan tahap ke-3,saya terus cari bahan2 untuk menyediakan aiskrim goreng ini.Setakat hari ini,sudah 3x membuatnya.
Cara & penyediaan amat mudah dan tidak keterlaluan jika saya katakan yang budak dalam sekolah rendah juga mampu menyediakannya :) Bagi saya hidangan ini sangat ringgan & sangat sedap terutama pada bahagian roti yang digoreng garing itu. Cumanya,kalau makan 1keping pasti tidak akan rasa puas kerana saiz yang sangat kecil.Jadi anda semua kena pastikan yang 2/3 set untuk setiap orang okeh!
Satu saja saya nak mohon jasa rakan blogger utk berikan saya tips bagaimana mahu mendapatkan kemasan yang elok & rapi pada bahagian tepi roti sebelum digoreng supaya aiskrim di dalamnya tidak cair.Tolong ya,anda buat experiment & share dengan saya. Apa lagi jom cuba & berikan comment pada saya.
Ini resipi & cara menghasilkan aiskrim goreng :
Bahan – bahan
1. Aiskrim
2. Roti potong (2 keping utk 1 set)
3. Penceduk aiskrim
4. Acuan telur / benjo
5. Plastik
6. Minyak utk mengoreng
Cara – cara
1. Letakkan aiskrim di atas roti (1 keping)
2. Lapitkan kepingan tadi (roti + aiskrim) dengan 1 keping roti lagi
3. Tekan kepingan yang tersedia dengan kuat mengunakan acuan telur / benjo
4. Masukkan ke dalam plastic yang bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk selama 3jam/semalaman
5. Kemudian kepingan tadi digoreng dengan mengunakan minyak yang betul-betul panas
6. Siap






Sedap dimakan ketika masih panas :) Mudahkan?Cubalah…
7 comments:
selama nie dok dengar je..tak cuba2 makan lagi.. nie dah ada resepi nanti bolehlah cuba..thank u for sharing =)
oppss baru perasan yg saya lupa utk ambil gambar aiskrim goreng yg siap dimasak.hurm nmpk sgt keterujaan nak makan tu :)
munira - bolelah cuba nnt tp make sure jgn byk sgt sbb awak baru je lps berpantang okeh!
ala bestnya...ai penah makan tp x tau pun nk buat...maceh ye coz sudi kongsi cara2 nk buatnya...best2...mesti nk cuba nih...maceh bnyk2 tau...hehhe...ank ai yg paris tu sgt suka makan,beli kat pasar malam...heheh
so pasni bolehla mummy paris tnjuk skill pd paris okeh :)
ces.. masa pregnent aku ngidam sampai rasanak ke tgganu sb kat sana je aku penah nampak.. huhu.. nak try. tapi kene beli platik n tmpt goreng telor tu..huhu
wah..tq2..saya suka resepi ni
jihan - ngidam masa preggy eh jihan,nasib aisya x meleleh air liur :) so psni boleh la try hilangkan rasa ngidam tu.heh
alinac lover - u should try,simple sgt!
Post a Comment