Monday, July 12, 2010

9 Bulan...

Lama sangat rasanya tidak mengupdate blog. Hampir seminggu jugalah blog ni ditinggalkan bersawang. Jangan kata mengupdate, nak buka baca pun tidak. Adui! Mungkin kerana kesibukan di pejabat akhir-akhir ni antara puncanya. Kesibukan kian terasa bila sudah masuk 9 bulan. Kenapa? Sebolehnya semua tugasan ingin dibereskan sebelum mula bercuti panjang.

Berada dalam usia kandungan 9 bulan membuatkan saya selalu rasa gundah gulana. Risau yang teramat bila memikirkan bagaimana agaknya saat kelahiran kelak & bagaimana situasi saat itu? Harapan saya biarlah saat sedang dalam kesakitan en.asben ada disisi supaya saya lebih tenang nanti. Mudah-mudahan…

Walaupun sudah berada dalam 9 bulan, saya masih belum terasa seperti sedang menunggu hari. Sejujurnya sehingga hari ini, saya masih kuat untuk berjalan, masih kuat untuk memasak & masih kuat untuk uruskan rumah. Alhamdulillah… Semoga saya juga kuat untuk menghadapi saat kelahiran kelak. Amin…


Persediaan dari segi keperluan sudah ada, keperluan fizikal sudah ada, cuma persediaan dari segi metal masih belum cukup kuat tika ini. Macam mana tu? Sedaya upaya saya sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi saat itu dengan cara memperbanyakkan bacaan al-quran supaya hati lebih tenang.

Tapi yang kelakarnya sampai ke hari ini kami masih belum punya nama untuk anak kami kelak. Entahlah, bagi saya dan asben biarlah nama sesuai datang pada hari ketiga / ketujuh kelahiran anak kami nanti. Bukan tidak pernah berbincang atau mencari nama yang sesuai, bincang dan bincang tapi masih tiada shortlist yang dibuat. Boleh kata pening juga memikirkan soal nama yang bersesuaian. Kita tunggu sajalah apa nama yang terkeluar nanti.

Hujung minggu lepas selesai sudah persiapan terakhir untuk anak kami. Rasanya sudah tidak ada apa lagi yang ingin dibeli setakat ini. Barang terakhir yang kami beli adalah towel mandi & Maxi Cosi Carrier/Carseat yang akan kami guna dengan Quinny Zapp Stroller yang sudah dibeli lebih kurang 4 bulan lepas. Saya suka sangat sebab akhirnya dapat juga saya dengan carrier/carseat ni. Thanks Abi akhirnya termakan juga dengan pujukan ummi :) Tapi yang kelakarnya, en.asben pulak yang terlebih excited bila semalam dibelek-beleknya carrier/carseat tu pastu terus park masuk kat dalam kereta :)

Secara keseluruhannya, saya kini berada di zone merbahaya.heh..standby nak bersalin. Perasaan? Bercampur baur, 70% = takut + risau 20% = teruja nak tengok anak kami 10% = tawakal

Cuma yang agak merisaukan kami berdua bila berat baby pada hujung minggu lepas baru mencecah 2.066 kg. Kecil sangatkah anak kami nanti? Kata doktor, u don’t worry everything will be ok. With your weight if your baby is more than tis, u will be in trouble during delivery. Benarkah? Kami hanya mampu berserah & berdoa supaya semuanya selamat & anak kami sihat.

9 comments:

Najed said...

as at today 27 days to go...hehe, all the best ZV.

nama tu spontan je pun nanti boleh dpt nama yg best...tp jgn lupa check maknanya ye...tersilap, kesian baby nak menanggungnya seumur hidup :)

ZERO VENDETTA said...

takutnya BBS...seyes!

insyaAllah kami akan pastikan nama baby kami nnt penuh dgn makna :)

mRs.fAriDnAnA said...

salam...
hye ayuuu....
hehe macehhhh...i follow u 2!!
(^^,)

ZERO VENDETTA said...

wslam nana...will follow u too :))

jiHAN said...

bagusla kecik ayu.. kang besar susah nak kuar mcm aisya.. huhu... aku doakan sume ok! mkn banyak bagi tenaga tau.. pape sms/ call jer k =)

ZERO VENDETTA said...

doc pun cakap cmtu jgk.nnt mmg nak cal ko tau jihan, nak mintak tips berpantang :))

Cik Cip Puding said...

Orag tua tua kate nak cepat baik dari pantang, jangan makan bende yang basah.. sume kene makan hat kering2 so that luka cepat sembuh.

It all depends. Dalam medical nih anything is possible. Sometime, besar pun susah nak lahir, kecik sangat pun adakalanya susah jugak. BUkannak susah kan hati awak.. Tapi apa yang ayu patut risaukan ialah sepanjang dalam tempoh nak bersalin nanti zikir yang awak perlu baca.. dan doa dari suami supaya dipermudahkan segalanya.. Akak yakin sangat Ayu bersalin nanti will be very easy.. Insyallah... You have to believe... and have faith.. Apa sahaja yang nak jadi kesemuanya atas keizinan Allah swt..

hafiq-izan said...

bestnya tunggu baby lahir...

ZERO VENDETTA said...

cipuding - sorry kak baru baca :) by the way thanks for your nasihat & doa.Alhamdulillah semuanya dh selamat.bestla kak azrol ni,walaupn ibu akak dh tak ada tp akak concern benda2 ni.thumb up!

hafiz izan - itulah seronok & bila semuanya selamat lg happy tau.nnt akn smpi turn awak plk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...