Ini adalah pengalaman pertama saya untuk ber”fire-drill” di PNB pagi ini. Bekalan elecktrik diputuskan makanya lif juga tidak berfungsi. Maksudnya semua penghuni bangunan 40 tingkat ni perlu turun melalui tangga. Aduuuuiiiiiiiiiiii……
Bayangkan jabatan saya berada di tingkat 33. Laratkah saya dengan keadaan yg masih kurang cergas (baru baik demam & masih selsema + batuk) ini utk turun sejauh itu? Bencinya!
Jadi saya ambil kata putus untuk berada di zon rendah (tingkat 3) kononnya membuat tugasan di sana. Alhamdulillah cubaan itu berjaya & kuranglah peluh di badan saya : )
Gambarannya tadi, saya nampak langsung tidak ada riak cemas atau pn kelam kabut. Semua turun tangga dan berjalan lenggang kangkung ala-ala mahu pergi berwindow shopping. Mungkin juga kerana ada yg sudah tahu jadi tidak apa yang perlu ditakutkan.
Apapun pada saya banyak aspek yg perlu diperbaiki oleh semua pihak. Tidak mantap!
Walau bagaimanapun, tahniah utk pihak terlibat kerana sekurang-kurangnya telah berjaya menjalankan latihan ini bagi persediaan waktu kecemasan kelak.





0 comments:
Post a Comment