Monday, November 15, 2010

Perkembangan Bayi Bulan ke Bulan...

Amani genap 3 bulan 2 minggu hari ni. Alhamdulillah Amani dalam keadaan cergas & menunjukkan perkembangan yang sihat. As at today, inilah 'improvement' oleh Amani.



Actually Amani sudah meniarap sehari selepas cecah 3 bulan. Maksudnya Amani sudah mampu meniarap di usia 3bulan sehari. "Good girl Amani, anak ummi kuat". Saya dapat rasakan yang Amani agak boyish sikit nanti. heh
Selain tu, saja nak share perkembangan bayi bulan ke bulan esp untuk ibu-ibu yang ada / bakal ada bayi dalam stage ini contohnya kiree, my inspiration, BBS & munira azme. Check it out!

1 Bulan

• Tangan mampu ke arah mata & mulut
• Menggeleng-gelengkan kepala apabila dibaringkan
• Mampu fokus pada objek lebih kurang 6 inci dari muka
• Bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan dengan menangis ketawa dll
• Memandang ke muka anda

2 Bulan

• Tersenyum
• Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk
• Tidur lebih banyak dari berjaga
• Gerakan tangan dan badan lembut

3 Bulan

• Bermain dengan tangan (menutup & membuka)
• Mampu mencapai objek
• Mata lebih fokus & mampu mengikut objek ke arah lain (lebih jauh)
• Mula membuat bunyi seakan bercakap
• Senyum mendengar suara ibubapa
• Khusyuk memandang muka

4 Bulan

• Mampu untuk bermain tanpa perlu ditemani sepanjang masa
• Menyahut kata-kata anda
• Suka melihat warna yang terang
• Tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali

5 Bulan

• Kepala lebih tegap apabila duduk atau didirikan
• Mampu mencapai objek dengan baik
• Sudah mengenali orang
• Senyum secara spontan
• Menggolek-golekkan badan pada satu arah

6 Bulan

• Kawalan tangan dan badan lebih baik
• Menggolek-golekkan badan pada pelbagai arah
• Mula membuat bunyi

7 Bulan

• Mampu duduk tanpa sokongan
• Boleh memindahkan objek dari tangan ke tangan
• Kenal nama sendiri & akan menoleh bila ditegur
• Boleh bermain

8 Bulan

• Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap
• Perkembangan ketara, bayi boleh meniru ibu atau ayah seperti ketawa & senyum
• Ekplorasi objek dengan menggoncang, menjatuhkan, menghentak dan sebagainya

9 Bulan

• Menunjukkan rasa sedih. Contohnya apabila permainannya diambil
• Merangkak
• Cuba untuk berdiri dengan memegang sesuatu atau seseorang
• Menyebut perkataan dua suku kata seperti "mama" atau "baba"
• Cuba untuk mencapai permainan yang jauh

10 Bulan

• Merangkak dengan laju
• Jari lebih cekap, boleh memegang objek dengan baik
• Mula belajar memegang cawan
• Personaliti sebenar mula kelihatan
• Mula faham perkataan dan ayat mudah

11 Bulan

• Mula banyak bercakap walaupun perkataan yang disebutnya anda tidak faham
• Mampu bermain secara bersama dengan bayi lain
• Lebih berdikari, mula berdiri & menghentakkan kaki

12 Bulan

• Mula berdiri tanpa sokongan
• Boleh berjalan selangkah dua
• Mampu bangkit & duduk daripada posisi meniarap
• Mula menyebut "mama" atau "baba" kepada orang yang betul
• Sudah mampu minum menggunakan cawan
• Boleh menepuk tangan tanpa bantuan
• Melambaikan tangan

Nasihat saya, anda perlu pantau perkembangan anak anda supaya tumbesaran & perkembangan anak anda berada dalam garis yang sepatutnya.

3 comments:

Anonymous said...

he he ..Thanks... So far My princess .. improve very well on development... lepas nie entah ape lagi yg dia boleh buat ^_^

Lina Rahim said...

semoga Amani menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua ibu bapa...

ZERO VENDETTA said...

MUNNYRA : good 2x! mesti cute :)

LINA RAHIM : Amin... mudah-mudahan insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...