Entry kali ni saya saja nak share info mengenai tanda awal kehamilan terutamanya untuk mereka yang sedang menunggu saat kehamilan,contohnya macam 'kiree' :)Bukan apa,mungkin ada yang tidak sedar yang sebenarnya mereka sedang hamil.Situasi sebeginilah yang saya hadapi di awal kehamilan dulu.Saya hanya tersedar apabila 'diyang' bertanya adakah tanda-tanda/perubahan tertentu pada diri saya.Selepas dari itu,saya terus membuat pemeriksaan dan alhamdulillah sympthom itu benar menandakan saya hamil dan saat itu usia kandungan sudah pun mencecah 2 bulan.
Apalagi,jom kita share info.So check it out!!
1. TIDAK HAID
Petanda utama kehamilan ialah tidak keluar haid.Jika ini berlaku,segeralah dapatkan pengesahan samaada melalui alat ujian kehamilan atau pergi terus berjumpa doktor untuk keputusan yang lebih tepat.
2. PEMBESARAN PAYUDARA
Payudara akan membesar kerana peningkatan hormon kehamilan yang mengakibatkan pelebaran pembuluh darah dan memberi nutrisi pada jaringan payudara.Anda mungkin akan terasa bra mula sempit dan tidak selesa.Tiada pilihan terpaksalah kita membeli koleksi yang baru.Tapi harus kita ingat,jangan buang yang lama kerana payudara akan kembali ke ukuran asal setelah anda berhenti menyusu kelak.
3. NIPPLE & DAERAH SEKITAR KEHITAMAN
Dalam 3 bulan pertama ini,biasanya daerah sekitar puting akan berubah warna kepada lebih gelap,membesar dan mungkin akan merekah.Jadi apa yang saya lakukah,gunakan olive oil seawal kehamilan.
4. SERING BUANG AIR KECIL
Anda akan merasa lebih kerap buang air kecil kerana adanya pertumbuhan rahim yang menekan salur kencing.Tapi ingat,jangan kurangkan minum air kerana anda memerlukan air yang secukupnya dan yang paling penting lapkan bahagian tersebut setiap kali selepas membersihkannya.
5. SEMBELIT
Anda mungkin akan terasa susah membuang air besar dan warna najis agak kehitaman,tapi jangan khuatir kerana ini mungkin berpunca daripada ubat yang diberi oleh doktor.Cara untuk mengatasi sembelit dengan minum air secukupnya dan makan makanan yang berserat tinggi contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan.
6. MORNING SICKNESS
Laporan menunjukkan bahawa separuh dari wanita hamil akan mengalami mual/loya-loya/muntah-muntah pada awal kehamilan dan adakalanya tidak boleh mencium bau makanan tertentu. Malah kadangkala bukan si isteri sahaja yang mengidam macam-macam,bahkan si suami juga.Ada juga kes,si isteri maintain je tapi si suami pula yang loya-loya dan muntah-muntah. Tetapi masalah ini akan hilang pada akhir trimester pertama.
7. MERASA MENGAH / TERCUNGGAP
Anda akan merasa sedikit tercunggap kerana tubuh anda sedang bekerja secara aktif untuk menyesuaikan secara fizik dan emosional untuk kehamilan ini.
8. SAKIT KEPALA
Anda mungkin akan merasa sakit kepala yang lebih kerap daripada biasa.Ini mungkin disebabkan rasa mual,kepenatan,lapar,dan tekanan darah rendah.Cara mengatasi dengan beristirehat,dan makan dengan kuantiti sedikit tapi kerap.
9. EMOSIONAL
Pada trimester awal kehamilan ini juga emosi bakal-bakal ibu menjadi tak stabil kerana adanya perubahan hormon.Kepada para suami,harap anda dapat lebih bersabar menghadapi perubahan ini.Kata pada diri anda bahawa semuanya harus ditelan demi anak.
10. PENINGKATAN BERAT BADAN
Pada akhir trimester pertama ini,anda akan merasakan perubahan pada susuk tubuh kerana pengaruh dari hormon estrogen yang menyebabkan pembesaran rahim dan hormon progesterone yang menyebabkan tubuh menahan air. Kesimpulannya,berat badan akan meningkat.
Itu saja yang dapat dikongsi.Pada sesiapa rakan bloggers yang tahu lebih dari ini,jomlah share untuk makluman bersama.Sharing is caring what?
Tuesday, April 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
sharing is caring...he he... dulu masa nak pregnant sampai naik lemas suami tgk munira..asyik nak beli pregnantcy test je... tanda2 mcm sembelit ngan emotional tue yg munira kena..ha ha.. habis semua kena marah
sebagai seorang suami n bakal bapa...bagi sy fasa ini cukup mendebarkan. apapun doa n tawakal pdNYA penawar paling mujarab
munira - saya gitu jgk awal2 dulu,excited!tp masa betul pregnant tak plk.ikutkan mcm mls pk,tp alhamdulillah at last ada :)
mcm saya muntah2 tak ada cuma seminggu dua ni mula datang muntah,pelikkan?cuma mengandung ni saya kerap migrain / sakit kepala
najed - tula mcm saya kata,kena ada mind set kata semua harus ditelan demi anak.kesabaran dari suami yang paling penting ok!
Bagi Mr. I, once je wife saya pregnant sya dah tahu tanggungjawab sya untuk membina keluarga semakin lebih bebannya..sungguhpun begitu percayalah bahawa ALLAH takkan bebankan hambanya melainkan dalam lingkungan kekuatan hambannya menghadapi..so, sya bersyukur dikurniakan anak pertama tak lama lagi...however, i still hav work to do...i should ensure what colour that i want to paint to my child...thats an important role as a father...sejak wife pregnant je byk benda sya pikir sampai lebam bawah mata...tapi takpe apa yg difikirkan adalah untuk anak kita sendiri...thats good actually...so guys, be prepared when ur time come!
alaaa siannya dia!
ke lebam sbb tgk bola je ni Abi :)
apapun mmg saya mengaku semua pasal financial on Mr.I's shoulder darilah sekecil-kecil benda...kdg rasa mcm saya tak ambil tahu pun ada.salah ke saya??
mulai hari ni dah tak perlu lagi bangun tengah malam tgk bola...Man Utd dah kalah so permainan tgk malam dah stop tuk UCL...so hanya ada weekend je tuk premier league..:)
tak salah pun cume at least amik tahu je la ek.mana tahu Allah lagi sayang kan abg so abg g dulu ke...so at least dah ada idea nak survive nanti...
Zero : saya lak muntah bila dah sebulan pregnant... sakit kepala itu biasalah..munira pun kena gak... mungkin perubahan hormone... ^_^
Post a Comment