Memandangkan saya baru je lepas bersalin, jadi sajalah nak berkongsi cerita & pengalaman menyusukan Bb. Alhamdulillah sehingga hari ni saya masih susukan amani dengan hasil breastmilk saya. Maksudnya amani masih fully breastfeed (BF). Terima kasih & thumbs up utk Ms. Mandela.
Pada saya, eloklah kita BF Bb kita selagi susu masih ada. Free what…dari habiskan duit utk formula milk yg sangat mahal skg ni. It’s a good way utk berjimat jgklah kiranya : ) Berbaloi-baloi…
Yg penting kena buang rasa malas, malu dan sebagainya. Malas? Kenapa mahu malas sedangkan kita hanya perlukan lebih kurang 10 minutes sahaja. Malu? Kenapa mahu malu kalau ianya utk kebaikan Bb kita sebab breastmilk sgt kaya dengan zat & boleh tinngkatkan antibodi Bb kita. InsyaAllah…
Zaman sekarang ni dah tak susah nak bagi Bb breastmilk sebabnya berlambak pump kat market. Manual ada, electric pun ada. Kalau nak yg murah ada, serdahana murah ada & kalau nak yg mahal pun ada. Pilih je yg mana berkenan sesuai dengan budget kita. Cuma yang membezakan spesifikasi.
Bagi saya sendiri, 2-2 saya guna (manual pump & elektrik pump). Mula-mula dulu sebab nak test susu ada ke tidak (sbb history family kurang susu) saya beli yg manual je dulu. Bila tengok susu ok memuaskan, baru invest utk beli elektrik plk.
Pada saya, tak ada beza sangat guna manual pump ataupun electric pump. Dari segi kuantiti susu & masa memang tak banyak beza. Katakan saya guna manual pump, masa utk dapatkn 5oz = 6-8 minutes & bila guna elektrik pump plk 5oz = 5-7minutes.
Jadi 2-2 saya guna. Waktu kerja khidmat elektrik pump sangat membantu. Yela setidak-tidaknya ia memudahkan kerja kita plus kurangkan tenaga & sakit tanggan untuk memerah. Lgpn tak jadi masalah besar pun kalau nak pump masa di ofis. Siap pump, simpan dlm cooling bag beserta cooling pad kat dalam tu (bekukan slma 8jam) bagi menggelakkan susu dari basi.
Tengok ni, beli pump siap dapat dengan handbag lg. Sangat mudah!


Macam saya, masa di ofis saya akan pump 3x = 15oz. Jadi susu ni cukup utk stok sehari amani kat daycare. Harap-harap susu masih macam ni at least for another 2-3 months. pastu baru plan nak campur susu.
Inilah stok susu amani saya pump masa kat ofis.

Pump manual plk macam mana? Saya gunakan masa berjalan-jalan esp bila pg shopping mall. Saya akan standby manual pump ni sebab ada tempat yg tidak sediakan tempat for nursing. Jadi manual pump juga membantu. Kesimpulannya, 2-2 saya guna.
Bagi bakal-bakal ibu ambillah tindakan bijak. Percayalah once kita ada anak, perbelanjaan bulanan keluarga akan bertambah. Contohnya macam saya kos nursery RM300, pampers RM100 dll kos perlu diambil kira. Jadi pada saya, kita perlu cari alternatif utk kurang beban tu. Contohnya, tak salah rasanya kita buat pelaburan utk beli breastpump. Maksudnya kita guna breastmilk & say good bye to formula milk (tp ni sementra susu ada je).
Invest sekali utk breastpum insyaAllah kita masih boleh guna utk anak ke-2 ke-3 dan seterusnya. Lg1 pesan saya, tak perlu risau breast kendur ke apa kalau ianya baik utk Bb kita teruskan je.
9 comments:
huhuh...mmg ramai yg kata takut breast kendur...sampai masa..mmg dia akan kendur pun...orang dulu kata, takyah pakai pump..guna tangan je..hukhuk..pengsan woo..
sgt setuju...bf boleh mjimatkan n mengeratkan kite dgn bb...so kire reramai jom bf bb...(^^,)
kiree : adooii,kalaulah kena pakai tanggan alamatnya 5oz = 20mins kot & confirm ramai org muda-muda mcm kita ni tak mau BF. biarlah kendur idak malas pk. boleh?heh
faridnana : betul 3x, setuju! make sure nnt bila start keje nnt, b4 pg keje & blk je keje trs BF baby k
mmg terbaik ayu :)
ingat lagi tgh cemas2 kat hospital hari tu bila madela tu cam tak brapa 'menjadi' mujur dpt call ayu...hehehe.
Untuk syaurah, kami pun berdoa moga dia dpt susu ibu hingga tempoh terbaik utk dia.
p/s : cun la template baru. paling mahal sebab ada pic amani lagi :P
najed : sama2 kita usaha yg terbaik utk our Bb. yg penting amani kena jd sesihat syaurah nnt.doa2 jgk susu mencukupi : )
tahniah ayu.. teruskan penyusuan ibu sehingga amani berusia 2 tahun.. akak pun giat berusaha menyusukan elly&emmy sehingga umur diorang 2 tahun.. semoga usaha kita dipermudahkanNya..amin
akak memang tak ada stok EBM.. sebab budak berdua ni hanya nak minum cara direct jer... mujur laa akak tak kerja.. duk umah jer.. so anytime boleh bagi diorang ...
Elly & Emmy : bestnya kak, saya teringin jgk. any tips to share ??
hi ayu...ni kak ana baru nak belajar dari senior mother nih...hehhe...ayu pakai yang manual tu brand ape ek? masa kat hospital lepas deliver tu terus ada susu ke? kak ana dah beli electric pump brand spectra 3. hopefuly ok la. ayu pki medela free style ek? brape rm ek?
hi kak ana...
heh jgnla ckp senior mama, malu tau : ) masa kt hospital lps je deliver ptg tu breast ayu dh bengkak. terpaksa pump time tu. tidak sakit sgt!
by the way kak, ayu pakai event manual. oklah sgt mudah + perlu both electric & manual
Post a Comment