Secara jujurnya,kami tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sini sejak meninggalkan kampus dulu.Terasa juga rindu pada Muadzam!Jadi di kesempatan ni,kami gunakan untuk meronda-ronda di sini.Kami sampai di Muadzam tepat jam 10pg Sabtu dan seperti kebiasaan Muadzam Shah agak panas.

Sampai-sampai je kami tengok ada banyak perubahan di sini,baguslah satu kemajuan.Sampai je di Muadzam tempat pertama yang kami jejak adalah Wisma Sultan Abdul Samad yang juga merupakan bangunan pentadbiran a.k.a tempat kuliah/perpustakaan (yang juga boleh dikatakan tempat pertemuan/dating kami satu ketika dulu) sebelum wujudnya kampus baru.Sempat juga kami meronda-ronda di situ sambil bergambar.Nak dijadikan cerita sampai pak guard dari guard house cari kami sebab kata kami nak masuk sekejap untuk buat u-turn je,tup 2x sampai ke atas kami meronda :)





Destinasi kedua adalah Pekan Muadzam.Kami pusing-pusing saja dalam kereta sambil memerhatikan perubahan yang berlaku di sekitar pecan ini.Di sini jugalah terletak pasar sehari (setiap Sabtu pagi hingga malam).Wajib tiap Sabtu jika tidak pulang ke kampung kami akan ke sini.Saya ajak juga asben turun ke pasar,tapi katanya tak perlulah sebab tidak sesuai dengan berpakaian begitu.Agak terkilan saya dibuatnya,tak dapatlah merasa aiskrim goreng & murtabak favourite saya :(
Destinasi seterusnya adalah penginapan asben iaitu Kolej BESTARI a.k.a penginapan pertama pelajar UNITEN sebelum wujudnya kolej penginapan kedua (HARMONI) & ketiga (ILMIAH).Trademark UNITEN di setiap penginapannya pasti akan ada tasik di tengahnya.Sungguh menarik!Apapun,BESTARI yang dulunya agak suram kini sudah berwajah baru.


Kemudian kami ke Kampus yang menempatkan bangunan akademi,dewan kuliah,auditorium,perpustakaan,surau,cafeteria.Kami pusing-pusing sambil snap beberapa gambar.Niat di hati untuk ke rumah Prof. Madya Rusinah Siron a.k.a mak angkat asben tapi malangnya beliau & keluarga tiada di rumah.Jadi ucapan salam sahaja dapat kami tinggalkan.



Apapun saya agak kagum bila kami lihat Muadzam yang dulunya agak suram dek pembangunan kini makin pesat membangun.
Setelah agak puas meronda sekeliling Muadzam dan jam menunjukkan jam 11.30 pagi,kami pun bergerak ke tujuan utama kami ke mari iaitu untuk menghadirkan diri ke majlis persandingan dua sahabat kami Khairunnisa & Mohd Fairuz di Teratak Warisan Pinggir Pelangi.Kami antara tetamu yang terawal sampai kerana majlis hanya akan bermula pada jam 12.00 tghr.
Sementara menunggu ketibaan rakan-rakan lain contohnya fast,yusrina,fairuz shahidah & paan,abg man & kak mai,kami cari pot terbaik untuk dijadikan tempat berlindung dari panas.Jadi tempat kami di bawah khemah makan dan betul-betul di depan kipas Sambil berteduh dengan segelas air,sempat kami memerhati keadaan sekeliling.

Secara keseluruhannya,saya suka pada dekorasi pada majlis mereka walaupun pada dasarnya tiada warna khusus yang ditetapkan untuk majlis tersebut.Dekorasi yang simple,tetapi susun atur yang sangat menarik.Baik dari hiburan (Kugiran & Gamelan),pintu gerbang,gubahan hantaran sehinggalah pelamin.Yang lagi menarik bila ada persembahan silat & pantun dari adik-beradik si mempelai.







Walaupun cuaca agak terik,tapi kami gagahkan juga diri untuk berada di situ sehingga jam 3.30 petang.
Sempat jugalah kami berpossing dengan kawan 2x yang lain sementara menunggu giliran untuk berposing dengan dua mempelai pula.






Akhirnya mereka ke jinjang pelamin dan akan berdaftar ke kelab kami :)Tahniah untuk kamu berdua!Apapun ucapan terima kasih juga untuk kawan 2x yang lain kerana telah hilang rindu kami pada kamu semua di sini.
4 comments:
ayu...baju ko sangat cantik...aku suka... :) nampak dah tembam sket...hehehehe...dah tau girl ke boy tak..?
bestnye...imbau kenangan lama ye..siap bawa baby dalam perut ke situ...he he
smlm mawar lalu muadzam. last skali lalu situ was 6 years back!mmg btol, da byk berubah.da makin maju.dlu lalu sunyi je..
btw, take care ayu!jage baby dlm pewot tu leklok kayh.=)
kiree - mekacih!baju tu hubby yg pilih & belikan :) serius mmg saya dah makin gemuk tau.berat every month naik 2-3kg.hahaaa
btwn,baby tak mau nampak lgla nad
munira - tula,teruja sgt ke sana,rindu muadzam!nak tunjuk jgk muadzam yg kami dah ada baby :)
mawar - thanks cik mawar.aah kan muadzam mmg dah byk berubah.tak jd tmpat jin bertendang lg.heh
Post a Comment