Thursday, February 22, 2024

Konvokesyen

Alhamdulillah .. 
Selepas hampir 2 tahun tamat program Pegawai Integriti Bertauliah ..

22/2/2024 ..
tiba hari penganugerahan sebagai Certified Integrity Officer.

Difahamkan ..
Seramai 2000 orang dari seluruh Malaysia telah diwartakan oleh SPRM sebagai Pegawai Bertauliah, sejak tahun 2010 ..



















Aku perlu teruskan kerja keras ..
Melengkapkan CIPS pula .. 
Selewat-lewatnya tahun 2025 ..

Moga Allah bersama Aku ..
Untuk berjuang ..
Dibukakan tiap jalan ..
Dilancarkan segala urusan ..

Aamiin ..

Tuesday, February 20, 2024

Her First Overseas Fencing Competition

2019 ..

Kami berdua ke Bangkok, Thailand.

Disebabkan waktu ni, Im sedang fasa " lompat parti korporat " saja kerja dia.

Terpaksa aku jadi wanita berdikari.
Buat pertama kali berdua ke luar negara.
Bawa Irdina ke Bangkok.
Untuk pertandingan lawan pedang.

Masa ni umur Irdina 9 tahun. 
Masih baru² bermula.
Bertatih lagi orang kata.

Jadi, tidak hairan dia tak tersenarai dalam 8 teratas kategori U9.

Apapun.
Pengalaman dan permulaan berharga.
Yang mungkin telah menyuntik semangat Irdina terus mara.



























First Birthday Invite for Her

Seseorang Nailah..

Setakat ke hari ni, 

Sangat mementingkan ketepatan dalam segala segi ..
Sangat menjaga perancangan ..
Dan akan pastikan tersusun jadualnya kehidupannya ..

Kalau bab mengigat sesuatu,
serah saja pada dia.
A ke Z, slumber je dia cerita.
Bak seorang penglipur lara.
Kadang geleng kepala kami semua.

Makanya,
Dengan karakter begini,
Dia soal kita bertubi-tubi itu perkara biasa.

Antara soalan sering ditanya, 
" Kenapa kakak .. abang Umar .. 
Always have birthday invites. 
Untuk saya tak ada satu pun "
Lebih kurang begini lah soalan dia.

Akhirnya,
Kesedihan dan rasa cemburu tak pernah dapat jemputan ke party hari jadi kawan², berakhir !

18/2/2024 
Dia dapat jemputan ke party hari jadi kawan tadika Nimblebee (Hannah, Nea & Izzat).

Seronok ? 
Tak perlu dijelaskan, teruja tak terkata !

Sesuai dengan sifat yang ada pada dirinya, dia akan menghintung setiap hari sebelum tibanya hari tersebut.

Menuju ke apapun tarikh yang dia tunggu.
Strateginya sama.
Bangun sahaja tiap pagi, dia akan palangkan tarikh hari tersebut agar dia tahu bilangan hari yang dinanti makin hampir. 

Moga Allah kekalkan apa sahaja yang baik dalam diri awak Nailah dan pupuk segala yang baik² dalam diri awak hari ke hari. 

Aamiin.






Thursday, January 20, 2022

Melepaskan kau pergi !

Berat ..
Untuk melepaskan kau pergi.

Berat ..
Mana tidak.
Pemilikan hartanah pertama kami suami isteri.

Rumah baharu.
2 storey terrace.
Di Bandar Seri Putra, Bangi.
Hasil usaha .. titik peluh bersama .. 

2008 berkahwin.
2009 kami memilikinya.
Satu kebanggaan buat kami.

Tapi.
Hampir enam tahun.
Kami tidak bermastautin di situ.

Asbab anak-anak.
Sekolah di tengah kota.
Latihan kelas setiap masa.
Walaupun.
Jiran tetangga hebat semuanya.

Tetap juga.
Akhirnya ..
Hujung tahun 2021.
Kami sepakat untuk melepaskan.

Kurang 24 jam iklan.
Pembeli.
Sudah pasti membeli.

Masya-Allah.
Mudah sungguh Allah dah aturkan.
Alhamdulillah.

Moga Allah redha.
Agar yang terbaik sahaja buat kita sekeluarga.
Aamiin ..
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...