Ingin berkongsi yang mana lately saya kurang bersemangat untuk berblogging mahupun online. Kenapa? Saya kurang pasti. Kalau di ofis tugasan yang padat membantutkan niat & kalau di rumah kemalasan pula melanda. Adui...
Tapi hari ni terlintas satu idea untuk ditulis yang fesyen & trend tudung telah menarik perhatian saya. Saya bukan nak bercerita pasal fesyen & trend tudung orang lain kerana saya pasti setiap orang mempunyai cara & minat tersendiri. Tapi apa yang ingin saya kongsi adalah fesyen & tudung saya sendiri.
Fesyen & trend tudung terlalu banyak malah cepat peredarannya. Bagi saya ini merupakan perkembangan yang sihat dalam menggalakkan wanita islam untuk bertudung. Walau bagaimanapun pemakaian tudung tidak boleh atas trend tetapi hati si pemakainya perlu ikhlas untuk bertudung kerana tuntutan agama. InsyaAllah...
Pemakaian tudung secara eksklusif untuk diri saya sendiri bermula di tingkatan 3. Alhamdulillah sehingga hari ini saya masih kekal bertudung walaupun masih tidak sesempurna ini.

Saja ingin berkongsi dalam entry kali ini antara fesyen & tudung yang pernah saya gunakan mengikut turutan.
1. Bawal
2. Shawl
3. Syria

4. Tudung "Ariani"


5. Shawl

6. Gipsy (eh betul ke? lupa la apa nama tudung ni)

Ini ada beberapa cara bertudung yang saya google & mungkin boleh dipelajari :)





Itu sahaja!
Pada sesiapa yang mempunyai cerita menarik mengenai tudung, sudi² kongsi saya dengan cara memasukkan link mana-mana website yang menceritakan perihal tudung, trend & fesyen dalam box comment di bawah. Terima kasih semua :)
1 comments:
i like tudung...
Post a Comment