Monday, July 30, 2012

Hari ke-9 di Krista

Salam,

Hari ini hari ke-9 irdina di hantar ke taska. Irdina masih lagi menanggis dan meronta. Sampai sahaja di hadapan pintu taska, irdina seolah-olah sudah dapat menghidu. Jadi tiap kali irdina disuruh bersalaman dengan daddy, tiap kali beliau enggan dan terus menanggis. Tidak seperti kebiasaan. Apalagi bila irdina nampak kelibat teacher yang akan mengambil beliau, terus sahaja kuat tanggisannya dan waktu itu juga irdina mula meronta. Perkara yang sama berulang dari hari pertama hingga ke hari ini. Kesudahannya, tiap hari beliau akan balik dengan suara yang serak. Menanggis sepanjang hari lagaknya.  

Sangat kesian pada irdina. Mungkin kami akan buat keputusan mengalihkan semula irdina ke rumah makcik pengasuh. Ada pros & cons, tapi apa boleh buat. Biar orang akan kata zero berubah-ubah, janji hati zero puas dan senang. Berbeza dengan en.suami yang berkeras untuk biarkan irdina di taska. Tapi sampai bila? Sampai bila mahu lihat anak sendiri menanggis, meronta sebab tidak suka. Zero tidak sanggup.

Dua hari lagi irdina akan masuk umur 2tahun. Zero harap zero dapat buat keputusan yang tepat sebelum beliau mencapai ulangtahun keduannya. Semoga doa zero dimakbulkan. Semoga Allah bantu zero untuk buat keputusan dalam masa terdekat. Insyaallah...

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Oh Ramadhan

Salam,

Ini ada sedikit maklumat untuk semua. Mungkin ada yang sudah tahu & lebih arif, tidak mengapa sama² kita berkongsi ilmu. Niiat zero sekadar ingin berkongsi untuk kebaikan bersama. Mudah²an insyaAllah.

Nabi Muhammad bersabda, perbanyakkan 4 perkara sepanjang Ramadhan :
1. Syahadah
2. Istighfar
3. Doa mohon ke syurga & keluarkan dari neraka
4. Doa mohon keredhaan Allah s.w.t

Lagi satu, zero mahu berkongsi 'link' yang sangat bagus 'for daily use' terutama sepanjang ramdhan ini. Quran online. Cepat & Mudah! Baca siap dengan maksud & suara pembaca. Bila² masa atau di mana² pun boleh baca w/p tanpa wuduk. InsyaAllah...

http://tanzil.net/

Selamat beramal…

Thursday, July 19, 2012

An-Nur Montessari --> Pengasuh --> Krista

Salam,

Semalam 18hb Julai 2012 bermula episod baru untuk nur irdina amani yang mana beliau terpaksa dihantar ke taska@Krista, Bandar Seri Putra. Makanya, sejarah lama berulang kembali. Dari tinggal di taska (2bulan - 1tahun 2bulan) kami tukarkan ke rumah pengasuh (1tahun 2bulan - 1tahun 11bulan) dan kemudian ke taska semula.

Mengimbas cerita lama, tujuan asal menukarkan irdina dari taska An-Nur Montessori ke rumah pengasuh semata-mata ingat lebih perhatian. Sebaliknya keputusan itu tidak kekal lama dan hanya mampu bertahan untuk tempoh singkat iaitu 7bulan sahaja. Akhirnya, semalam kami membuat keputusan menghantar irdina ke taska semula.

Sebab? Pertama; emak pengasuh sakit & kedua; kurangnya cuti tahunan (16hari setahun dan perlu tolak 5hari lagi untuk cuti wajib). Bayangkan... Jadi ketika emak pengasuh sakit, kami sedikit kalut. Cuti tiada. Sudahnya, 3x irdina terpaksa di hantar ke sana ke mari. Kali pertama ke rumah kakak zero. Kali kedua, ke rumah jiran berdekatan (emak za) dan yang terbaru ke rumah kakak kepada jiran (cik ngah). Percubaan menghantar irdina ke 3-3tempat ini bermula dengan tanggisan dan kemudiannya beransur tenang.

Pagi semalam, kami keluar lebih awal sebagai persediaan kerana kami pasti irdina pasti akan meraung kesedihan atau mungkin juga meraung ketakutan. Drama bermula sebaik sahaja kami melangkah masuk ke pintu pagar taska. Bayangkan baru sahaja zero mahu menarik pintu pagar tetapi irdina sudah menangis semahu-mahunya. Zero teruskan juga langkah dan bawa irdina masuk dalam keadaan irdina masih menangis sunguh² dan langsung tidak buka mata. Disebabkan irdina masih tidak boleh bercakap, jadinya zero sukar untuk faham apa makna disebalik tanggisannya. Berat hati irdina, berat lagi hati ummi. Sudahnya, tanggisan beliau diiringi dengan tanggisan umminya juga.

Zero cuba untuk tenangkan irdina untuk tempoh lebih kurang 7minit, tetapi masih tidak berjaya. Jadi, zero ambil keputusan untuk beransur (kerana semalam zero lewat akibat menguruskan irdina ke rumah cik ngah). Kesian, sebak semua ada. Tapi langkah terpaksa diteruskan dengan harapan teacher² di situ berjaya menenangkan irdina semula.
Ketika dalam perjalanan ke ofis, entah kenapa macam² persoalan bermain di benak zero. Lepas itu, ini. Terfikir juga pasti akan bermulanya episod demam/selsema/sakit bila sudah mula tinggal di taska. Alamak, sangat kesian dan sangat tidak suka bagi anak makan ubat. Alhamdulillah, setakat hari ini irdina jarang demam berkat kurniaan dariNYA. Harap bila sudah masuk ke taska, keadaan akan sama juga. Itu satu, lagi yang buat zero ragu² bila  terfikir pasal kes dera, kes anak² di taska diberi minum ubat batuk untuk tido (zero sendiri pun tidak pernah beri) dan sebagainya. Tapi zero cuba jadi sekuat mungkin dan sepositif mungkin. Harapnya, semua itu tidak berlaku di Krista. Doa zero supaya irdina selamat di sana. Aamiin...

Petang semalam waktu ambil irdina dari taska, keadaannya elok & tenang² saja. Semua budak² di situ sedang tengok cerita cartoon dari CN channel dan irdina berada di barisan paling depan dan sedang khusyuk menonton. Dalam hati, haaa lega sebab itu adalah kegemarannya. Syukur sangat² kerana irdina makan umpan jika disuapkan dengan cartoon. So, Lega!

Hari ini, waktu mahu menolak pintu pagar taska irdina sekali lagi berdrama & menanggis lagi. Zero tidak sanggup takut menanggis sama minta en.suami bawa irdina masuk ke dalam. Kami terus tinggal kan. Bila telefon salah seorang teacher keadaannya sudah tenang semula. Syukur alhamdulillah. Mungkin drama akan berterusan untuk 3-4hari lagi dan kemudian tenang² sahaja. InsyaAllah...

Monday, July 16, 2012

Gold Cost Morib, Banting

Salam,

Cerita sudah basi tapi zero tetap mahu simpan memorinya di sini. 2 minggu yang lalu, kami bertiga ke Gold Coast Morib, Banting. Dekat je pun... Pada mulanya, kami cuba merancang trip ini 2 bulan lebih awal untuk bersama-sama dengan teman rapat en.suami ketika di universiti tetapi atas kekangan masing² hanya 2keluarga dapat sertai iaitu keluarga kami serta keluarga man & mai. Ini bermakna 2/5. Alasan? 1. keluarga ezhar & suri : menetap di filipina 2. keluarga fairuz & uni : berkursus 3. keluarga usop & ana : terpaksa menghadiri seminar di saat akhir. Sedikit ralat, tapi trip perlu terus diteruskan. Kesudahannya, tempat keluarga usop yang sepatutnya bersama kami diganti oleh keluarga kakak saya di saat akhir.

Kami berada di sana hanya selama 2H1M. Walaupun hanya untuk tempoh yang singkat, tapi ianya cukup menghiburkan. Tarikan utama semestinya taman tema air mini yang ada di sana. Walaupun mini, tapi ianya sudah cukup bagi menampung kebanjiran pengunjung yang ramai ketika itu. Keadaannya menarik & selesa.
Seperti kebiasaan, orang yang paling teruja dengan air ialah cik irdina selain en.suami. Bagus juga sebab motif kami ke sini pun mahu menghiburkannya. Temanya, irdina suka, kami gembira.

Irdina sangat suka dan teruja dengan air. Nampak saja air, tak tentu arah kami dibuatnya. Cik irdina juga sangat berani, dan yang pasti lebih berani daripada umminya. Ketika di sana, semua slide yang daddy naik irdina juga akan turut serta. Berbeza dengan ummi yang hanya mencuba 2slide itupun sudah menjerit ketakutan. Sabar saja lah, tapi cik irdina tidak. Irdina menjerit juga, bukan menjerit takut tapi jerit suka. Dalam hati zero, ‘hero’ sungguh anak aku ni. Bayangkan irdina juga tahan diselam dalam air. Ini antara ilmu yang dipelajari sejak usia 6bulan bersama dengan daddy.


Apapun, kami suka dengan trip yang sebegini, cuti berramai²an. En.suami yang kebiasaannya lebih sukakan privasi dengan keluarga sendiri, pun sudah mula selesa. Bagus, ini petanda yang baik. Lepas ini boleh kami bawa bersama keluarga/kawan² dalam trip akan datang. InsyaAllah.

Secara keseluruhan, zero puas hati bercuti di Gold Cost Morib, Banting ini. Cuma yang paling kecewa adalah cafe & makanannya. Keadaan seperti makan di warung. Tidak tersusun, tidak kemas, dan kurang bersih. Bagi yang mahu ke sini, cadangan zero cari makanan di luar atau bawa bekalan bersama (kedai makan tiada di kawasan sekitar dan anda perlu memandu sejauh lebih kurang plus minus 10km jauhnya). Secara ringkas, ini 'review' dari zero untuk Gold Cost Morib, Banting.

Lobi : Ringkas tetapi menarik, jadi zero berikan B


‘Public Area’ : Agak kotor & kurang dijaga, jadi zero berikan C. Mungkin juga kotor disebabkan adanya taman tema air di kawasan berdekatan jadinya orang bebas keluar masuk dalam keadaan basah / kering

Café : Sangat tidak memuaskan hati. Tidak kemas & tidak tersusun, bersepah, tiada kawalan dari pihak hotel & makanan tidak membangkitkan selera. Rasa makan bukan di restoran tapi di warung gayanya. Jadi zero berikan C

Bilik : Zero sangat suka walaupun tidak semewah mana kerana tiada karpet dan hanya beralaskan tiles biasa. Temanya coklat pada dekorasi perabot hiasan hingga ke langsir memukau pandangan mata. Bilik besar menambah keselesaan. Jakuzi menambat hati kami. Jadi zero berikan A



Taman tema : Walaupun tidak sebesar mana, tapi ianya cukup selsesa & bersih. Kemudahan tersedia untuk pelbagai lapisan usia dari bayi sehingga mak ayah bayi juga. Jadi zero berikan A


Nota Kaki : Kualiti gambar kurang menarik. Guna 'Hp' murah je pun

Thursday, June 14, 2012

Anak Tidak Berselera Makan...

Salam,

Hari ni terasa mahu berkongsi cerita berkenaan anak dara zero yang telah pun mencecah usia 1tahun 10bulan. Pantas! sangat pantas, masa berlalu begitu pantas. Gayanya memang sudah layak untuk dapat adik, tapi bila pula agaknya... Jeng jeng jeng *heh*

Ok², bukan itu isunya. Isunya ialah anak dara zero tidak mahu makan. Bukan tidak makan langsung, tetapi tidak berselera untuk makan atau kata lain makan tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Makanan hariannya cuma sedikit ikan/ayam/roti kosong/biskut dll. Walaupun pada hakikatnya, zero masih gigih menyediakan bekal tiap pagi (lauk bersup+ikan/ayam goreng) untuk hantar ke rumah pengasuh, tetapi tetap tidak dimakannya.

Kebiasaannya, tiap kali disuapkan/diletakkan nasi jarang sangat mahu dijamahnya. Kalau makan, itu kira cukup bertuah. Kalau cerita waktu hujung minggu waktu kami bersamanya, biasanya dia akan makan 2-4 keping biskut sahaja. Bayangkan...

Bab minum susu pula, pada zero kuantiti yang diminum agak sedikit iaitu 5oz x 3/4 botol ketika bersama pengasuh antara jam 7am - 7pm dan 5oz x 1/2 botol antara jam 7pm - 7am. Adakah ini kuantiti yg wajar bagi kanak² seusia anak zero?

Keadaan ini membuatkan zero sedikit risau. Kalau boleh, kami mahu anak kami membesar dengan sihat dan kuat jadi atlit macam ummi dan daddy satu masa dulu :P

Jadi, kalau ada yang sudi beri pandangan berkaitan dengan hidanagan atau cara terbaik dalam menambat selera makan anak zero, sila kongsi. Tolong ya kawan²...

                                                   gambar sesi belakang anak zero a.k.a cik nur irdina amani

Peace!

Friday, June 8, 2012

Kes Penipuan Melalui Telefon Bimbit

Salam,
Untuk semua keluarga, kawan² atau sesiapa sahaja yang membaca suka saya kongsikan pengalaman suami saya semalam yang mana beliau telah ditipu oleh seseorang yang tidak dikenali melalui telefon bimbit.
Cerita bermula begini,

Semalam suami saya telah menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali 019-4271751 yang kononnya mencari kawannya bernama Faizal. Si pemanggil mengelarkan diri sebagai Fairuz ingin menawarkan barangan rampasan dari kastam dengan harga yang murah iaitu RM1500 = Handphone Samsung Note & Notebook Acer


Entah bagimana, dengan tidak semena-mena suami saya telah terpedaya dengan tipu helah si pemanggil dan berlaku terlalu pantas sehingga beliau sanggup keluar dari ofis semata-mata ingin memasukkan wang berjumlah RM1500 ke akaun BSN si pemanggil bernombor 0822441000030986 atas nama Fairuz ZambriSi pemanggil juga telah cuba meyakinkan suami saya dengan memberi nama penuh (Fairuz Zambri), ic (870526-08-6403).


Selepas pembayaran di buat, si pemanggil berjanji akan menghantar barang tersebut pada hari yang sama dan menetapkan masa, lokasi, jenis+warna kereta yang bakal digunakan. Setelah 1jam 30minit menunggu, beliau tidak kelihatan malah talian telefon beliau mula ditutup dan tidak dapat dihubungi.


Apabila sudah rasa ada sesuatu yang tidak kena, saya & suami terus ke balai polis untuk membuat aduan. Suami memaklumkan cerita sebenar kepada pihak polis. Nombor pendaftaran kereta AHK9097 (Caldina Hitam) & butir² lain juga kami maklumkan bersama. Walau bagaimanapun, polis maklumkan  kepada kami bahawa nombor plat tersebut di daftarkan atas motor dan bukan kereta seperti yang dimaklumkan oleh si pemanggil.


Sah! Kami telah ditipu. Kesudahannya, nombor tersebut masih tidak dapat dihubungi. Duit kami RM1500 lepas begitu sahaja hanya dengan satu panggilan. Suami yang sebelum ini sangat sensitif & peka terutama perkara yang melibatkan wang ringgit juga terperdaya. Terasa bagai dipukau dari jauh lagaknya.



Apapun tiada kata yang mampu diungkap. Kali ini kami lebih kuat & tenang. Entah kenapa, tiada langsung rasa mahu marah atau menunding jari menyalahkan antara satu sama lain. Kekuatan itu semua datang dariNYA.


Satu perkataan yang boleh digambarkan, kami redha. Semuanya Allah telah tetapkan untuk kita dengan sebab. Kata suami, duit itu bukan hak kami. Kami ambil perkara ini sebagai satu ikhtibar juga pengalaman yang perlu dikongsi pada semua supaya tiada lagi mangsa seterusnya selepas kami. Amin...


Nota Kaki : Jangan tamak & mudah percaya terutama mereka yang tidak dikenali. Biar keluar banyak (duit), janji akhirnya selamat & puas hati.

Tuesday, May 22, 2012

Lawatan ke Langkawi : Horse Drawn Carriage (video)

Ini antara faveret Irdina. Ummi pun tidak pasti kenapa suka sangat Irdina pada kuda. Jadi ummi & daddy ada niat ummi hantar Irdina belajar menunggang kuda, tapi rasanya hajat tidak akan kesampaian kerana atas nasihat orang yang mahir kuda, katanya anak perempuan tidak digalakkan untuk berkuda atas sebab tertentu. Dan katanya lagi, risiko kecederaan ketika menunggang kuda adalah tinggi dan biasanya kecederaan teruk. Jadi, ummi & daddy harus kata "NO". Maaf ya sayang.

Walaupun hajat kami tidak mungkin kesampaian, tapi sekurang-kurangnya Irdina sudah pernah rasa nikmat naik kuda (w/p kuda berjalan sahaja) ketika usia 1tahun 2bulan. Dan ketika di Langkawi, kami bawa pula Irdina naik kereta kuda. Kira ianya sudah memadai.. 

Monday, May 21, 2012

Lawatan ke Langkawi : Deer Feeding (video)

Lawatan ke Langkawi : Elephant Feeding (video)



Lawatan ke Langkawi : Langkawi Lagoon Part II - cont (video)

Lagi,

Lawatan ke Langkawi : Langkawi Lagoon Part II (video)

Memori untuk Irdina





Salam,

Irdina ada video untuk irdina.


Lawatan ke Langkawi : Oriental Village & Langkawi Cable Car

Sambungan dari entry lepas.

Masa di Langkawi, tempat terakhir kita bertiga kunjungi adalah Oriental Village & Langkawi Cable Car. Walaupun agak terkilan sebab ummi tidak dapat bawa irdina merasai nikmat menaiki cable car (ketika itu masih tempoh baik pulih), tetapi syukur tarikan di kawasan sekitar sudah cukup menghiburkan ummi, daddy apalagi irdina.

Kalau irdina nak tahu, Oriental village ini lebih kepada kawasan riadah yang penuh dengan pemadangan cantik dan menarik selain terdapatnya beberapa tempat yang boleh menjadi tarikan pengunjung seperti elephant ride, horse ride, tiger village, deer feeding dll.

Berbaloi lah sesiapa yang datang ke sini kerana selain mata kita dijamu dengan pemandangan indah, kita juga boleh bermesra dengan haiwan yang ada dengan cara membonceng juga memberi makan kepada mereka. Tetapi untuk harimau, kita hanya dibenarkan menikmati kopi sambil menyaksikan mereka dari cermin sahaja.

Jadi irdina ini untuk kamu ,

Thursday, May 17, 2012

Lawatan ke Langkawi : Perdana Quay


Irdina,

Sejujurnya kalau tanya ummi tempat yang paling menambat hati ummi ketika berada di Langkawi adalah Perdana Quay (tidak lupa juga kedai Idaman Suri yang buat ummi naik gila). Allahuakbar, ummi sangat suka & sangat teruja.

Tempat ini memang mempersonakan. Ummi percaya siapa saja yang melihat pasti terpesona. Kehebatannya mampu menarik mata sesiapa pun yang melalui jalan ini. Bayangkan ianya mampu buat ummi terjerit² minta daddy berhentikan kereta apabila lihat sahaja tempat ini sehinggakan daddy jadi kelam kabut di buatnya *terbayang kekalutan waktu itu*.

Walaupun tiada apa yang menarik dan hanya menjadi tempat kapal² berlabuh, tapi ummi sangat suka. Seronok! Walaupun apa yang mampu di buat hanya melihat & merakam gambar. Apapun, tempat ini & laut di sini memang sangat cantik & menarik.

Jadi, nasihat ummi pada yang ke Langkawi satu hari nanti, pastikan anda tidak lupa untuk singgah di sini. Setidak²nya untuk merakam gambar kenangan. Hasilnya, pasti anda semua puas hati insyaAllah.


Lawatan Ke Langkawi : Galeria Perdana

Salam,

Irdina maaf yea ummi agak terlewat untuk menyambung kerja² menyimpan memori kita ketika berada si Langkawi di sini. Jadi, hari ini ummi cuba juga gagahkan juga jari jemari ini untuk teruskan penulisan ummi.

Sejujurnya ketika di Langkawi, daddy tidak berminat ke tempat² bersejarah tetapi lebih kepada tempat² yang ada tarikan untuk Irdina semestinya. Bayangkan tempat paling penting seperti makan mahsuri juga beras terbakar juga tiada dalam senarai perjalanan kita masa itu. Tetapi berbeza pula ceritanya dengan Galeria Perdana yang mana daddy sangat teruja untuk ke sana. Mana tidaknya, di sini lah tempat himpunan pelbagai koleksi milik Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengalaman yang sungguh mempersona. Ummi & daddy sangat kagum melihat setiap koleksi di sini. Cantik & menarik. Itulah gambaran yang terlontar dari mulut kami. Sungguh hebat kedudukan seseorang sebagai Perdana Menteri sebenarnya. Mereka sungguh dihargai & disanjung seluruh pelusuk dunia. Ini tergambar dengan koleksi mewah dari pelbagai pihak di Galeria Perdana ini sendiri. Apalagi untuk seorang pemimpin yang bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sememangnya cukup disanjung malah dikenang hingga kini.

Tiada apa lagi yang ingin ummi katakan. Ini ummi buat khas buat Irdina,

Wednesday, April 25, 2012

Lawatan ke Langkawi : Wildlife Park & Bird Paradise

Irdina, tempat pertama yang kita kunjungi ketika di Langkawi adalah Wildlife Park & Bird Paradise. Bukan saja tempat pertama, tapi kita juga jadi pengunjung pertama berada di depan kaunter di situ. Bayangkan waktu kebanyakan dari pelancong masih dibuai mimpi di bilik hotel, tetapi sebaliknya berlaku pada kita bertiga. Pengembaraan telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan sebelum jam 8.30 pagi (taman beroperasi), kita bertiga sudah berada di situ. Tergambar keterujaan kita waktu itu.

Orang yang paling teruja semestinya daddy irdina. Daddy sangat beria-ria utk ke situ. Ummi? Biasa² saja. Tapi akhirnya semua pun suka dan gembira. Irdina juga.

Di situ, kita bukan saja dapat menyaksikan keletah haiwan, tetapi kita juga diberi peluang untuk memberi haiwan² makan dengan makanan yang dibekalkan. Daddy semestinya tidak akan lepaskan peluang keemasan ini, Irdina juga turut terima tempiasnya ketika itu. Irdina berani bermain dengan menepis² burung serindit yang berterbangan riang dan rendang. Comel sungguh aksi Irdina waktu itu. Tercuit hati ummi dan daddy.

Untuk ummi secara peribadi, ada satu aksi terbaik yang pernah ummi lakukan. Ummi berani membiarkan burung² serindit hinggap mendapatkan makanan di telapak tanggan ummi. Ini adalah saat yang paling indah buat ummi walaupun keberanian ummi tidak sehebat Irdina dan daddy. Tapi ummi sedikit terkilan apabila momen indah itu tidak dirakam.

Ketika di situ, kita juga diberi penerangan dan ilmu tentang haiwan² yang ada. Ilmu yang tidak pernah ummi dan daddy tahu dan baca. Ilmu yang sangat berguna dan menarik. Antaranya, ilmu mengenai haiwan jantan kebiasaannya lebih cantik malah menarik dari haiwan betina. Daddy baru tahu mengenai ini, ummi apa lagi. Lain² ilmu seperti sifat & perwatakan haiwan juga kita perolehi ketika di situ.

Apapun secara keseluruhan, ini antara tempat paling menarik ketika ke Langkawi. Menarik tertarik memang debom. Daddy orang yang paling suka pastinya. Ini gambar untuk Irdina.


Nota Kaki : Kami recommend tempat ini terutama untuk bawa anak²

Tuesday, April 24, 2012

Percutian ke Langkawi : Memori di Langkawi Lagoon Resort


Pengalaman di hotel @ Langkawi Lagoon Resort sangat mengujakan. Tempat dan pemandangan yang sangat menarik dan cantik. Sepanjang berada di sini kita bertiga berpeluang merasai tinggal di bilik atas laut. Takut tapi seronok.

Pada mulanya kami (ummi & daddy) agak risau lagi² mengingatkan peristiwa gempa di Indonesia baru² ini, risau takut² peristiwa tsunami berulang kembali. Akhirnya, kita sama² berjaya melelapkan mata dengan nyenyaknya. Alhamdulillah.

Semasa di hotel tidak banyak aktiviti bersama yang boleh dibuat. Sekadar mandi kolam dan main pasir di tepi pantai. Kolam yang cantik juga pantai yang menarik menaikkan keterujaan bersama. Walaupun aktiviti sangat terhad, tapi keseluruhannya ummi dapat rasakan kita semua gembira dan teruja. Seronok tidak terhingga!

Ummi buatkan slides video ini untuk tantapan irdina. Buat masa ini mungkin irdina hanya mampu lihat sahaja. Tapi esok lusa insyaAllah irdina akan mengerti. Ummi dan daddy harapkan irdina hargai kasih sayang ummi dan daddy.


Nota Kaki : Kami recommend hotel ini 

Tuesday, April 10, 2012

Untuk Nur Irdina Amani 2

Salam  

Hari ini ummi menulis lagi khas buat tatapan irdina. Mungkin selepas tiga tahun, mungkin empat, atau mungkin lebih, waktu itu irdina sudah bisa membaca, ummi harap irdina akan baca tulisan ummi.

Seperti kebiasaan, hujung minggu terutama pada hari Sabtu, kita bertiga akan keluar beriadah. Paling tidak pun ummi dan daddy akan bawa irdina window shopping di mana². Tapi selalunya, buat masa sekarang ummi dan daddy kerap bawa irdina ke pool atau taman² kerana itulah pun kecederungan irdina buat masa ini.

Kalau bab air atau mandi kolam, irdina lah orangnya. Ini macam sudah jadi kesukaan irdina sejak umur 5 bulan lagi. Irdina langsung tidak takut dengan air walaupun daddy selam muka irdina ke dalam air. Disebabkan daddy ada privilege card, jadi selalu lah kita bertiga ke sana. Rasanya daddy sudah set kan sebulan sekali.

Minggu lepas sekali lagi kita bertiga ke Sunway Lagoon. Kebiasaannya kita hanya ambil masa sekitar 2-3 jam sahaja. Tapi kelmarin, kita berkampung dalam Sunway dari pukul 11.00 pagi ke 4.00 petang. Sengaja kami duduk lama di situ sebab sebolehnya tidak mahu patahkan kegirangan kamu irdina. 

Rasanya kali ini lebih seronok. Sampai tahap bila ummi nak bawa irdina keluar dari main air, irdina menjerit. Bila ummi ambil irdina dari pasir, irdina menjerit. Yang paling kritikal bila ummi angkat irdina keluar dari permainan kuda, irdina terus menangis. Irdina terus menerus keraskan badan sambil menangis dan kemudian lembikkan badan macam sotong walaupun sudah habis pusingan yang ke-3. Irdina tak mahu bangun tinggalkan kuda waktu itu. Tergambar keseronokan irdina masa itu.

Alhamdulillah bila irdina seronok, ummi tumpang gembira. Daddy pula rasa puas hati. Tiba² ummi bersuara pada daddy, "B, untung kan irdina sebab macam² dapat rasa. nanti kalau ada adik, belum tentu kita ada masa dan kudrat nak buat macam ni kan?" jawab daddy, "hurmmm entahlah. tapi abg akan cuba beri sama rata untuk anak²". entahlah, ummi pun tidak pasti, masanya akan tiba nanti.

Ummi perhatikan, irdina budak yang sangat aktif. Bagi ummi irdina anak yang berani tapi penakut *heh* Contohnya, irdina sudah tidak mahu didukung atau dipimpin ketika naik tangga. Irdina juga berani melunsur slides sendiri seawal usia 1 tahun 4 bulan jika di rumah. Bukan setakat turun yang biasa, tapi sekarang irdina sudah berani turun dengan kepala dahulu. Irdina juga berani memapah belakang badan daddy sambil mengocak² kaki di kolam berkedalaman 1.7m. Irdina tidak menangis diselam ke dalam air kolam. Irdina juga berani tidak menangis dan tidak menjerit bila ummi dan daddy bawa irdina main permainan orang dewasa di sunway lagoon contohnya permainan cawan, kasut dan juga flyer. Cumanya, irdina ada merengek ketika di cawan mungkin kerana pening sebab ummi dan daddy juga pening lalat di situ itu.

Walau bagaimanapun, ada juga benda yang buat irdina takut. Contohnya, irdina takut pada bunyi² kuat seperti bunyi kilat, guruh atau lori. Lagi, irdina akan takut bila ummi sebut momok. Dengar sahaja perkataan momok, irdina terus lari lintang pukang sambil menjerit2. Kelakar sungguh gelagat irdina waktu itu. Apapun, semuanya mencuit hati ummi dan daddy.

Ok, setakat itu sahaja. Ummi tidak ambil peduli irdina berani atau tidak, yang penting irdina membesar jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Amin...

Nota Kaki : Gambar ummi akan simpan dalam entry akan datang

Saturday, March 17, 2012

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Salam,

Hujung minggu ni jom kita bawa anak bawa suami bawa isteri bawa keluarga dan kawan2 untuk ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.



Jumpa di sana :)

Sunday, March 11, 2012

Untuk Nur Irdina Amani ...

Salam,

Kalau satu hari nnt irdina baca tulisan ummi ni, masa ni irdina dah masuk umur 1tahun 7bulan 11 hari tau.  Sekarang ni irdina dah makin besar dan makin bijak. Walaupun pada hakikatnya irdina masih tak fasih bercakap macam kanak yang sebaya irdina, tapi ummi tetap bangga dapat lahirkan irdina.

Buat masa ni, sepatah ummi cakap sepatah irdina balas. Balas pun dengan ayat yang sama. Kalau keluar pun perkataan dari mulut irdina, hanya perkataanasas. Kadang tu terfikir jugak kenapa irdina tak mahu cakap dengan baik. tapi demi nak sedapkan hati, ummi kena yakin bahawa masanya akan tiba satu hari nnt. ummi tak sepatutnya risau sebab Allah maha adil. Allah akan beri setiap manusia dengan kelebihan insyaAllah.

Apa yang ummi nampak, irdina anak yang kuat, aktif, garang tapi penakut juga seorang yang pandai menunjukkan rasa sayang. Walaupun kadang tu irdina meragam memberontak melawan, ummi tidak terlalu ambil pusing. Sebab ummi percaya itu semua adalah fasa perkembangan anakyang normal, dan tidak ada apa yang perlu dirungsingkan.

Setakat hari ni, ummi rasa ummi dan daddy sudah beri yang terbaik untuk irdina. Walaupun bukan 100% yang terbaik, tapi terbaik setakat yang kami mampu. Kami tak terlalu manjakan irdina, juga tidak terlalu garang dengan kamu. Rasanya ummi lebih berlembut manakala daddy pula lebih tegas perwatakannya. Rasanya ini cukup adil dalam membentuk irdina jadi anak yang terbaik. Walaupun kami tidak tahu apa yang bakal terjadi esok ataupun lusa, tapi sekurang-kurangnya ummi dan daddy telah cuba memikul amanah dari Allah sebaik yang mungkin insyaAllah.

Kami cuba penuhi setiap keperluaan irdina. Kami juga penuhi sesetengah kehendak irdina. Tapi tidak semua. Jika semua kami laburkan untuk irdina, apa yang akan tinggal untuk masa depan kita nnt. Irdina perlu faham tau! Kewangan ummi dan daddy masih belum begitu stabil. Kami perlu mencari rezeki dan harta terlebih dahulu sementara kudrat dan upaya masih ada. Semuanya untuk irdina dan adikirdina nnt.

Ok ini untuk rekod irdina,

Kali pertama ummi dan daddy bawa irdina masuk panggung pada 11hb Mac 2012. Kita samatengok cerita "SeeFood". Cerita hasil karya anak Malaysia. Hebat! Tapi penataan warna perlu dipertingkatkan, hasilnya mungkin akan jadi lebih baik. Waktu ini, irdina boleh fokus selama 1 jam 15 minit tapi bergerak mahupun merengek. Hanya untuk 15 minit terakhir, baru lah irdina mula tunjuk rasa bosan bergerak ke sana ke mari.


 Akhirnya,  keinginan daddy untuk irdina tercapai.

Semoga irdina membesar jadi anak yang terbaik dunia akhirat. Amin ...

Tuesday, March 6, 2012

Jangan Ambil Mudah ...


Salam,

Sebagai ingatan bersama.

Kad kahwin ada ayat suci jangan dibuang merata-rata - Jakim

KUALA LUMPUR 5 Mac - Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. Beliau berkata, tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran. "Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya. Namun Othman berkata, pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan. "Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja,” jelasnya. - BERNAMA

Sumber : Utusan Online

Thursday, March 1, 2012

Semak Waktu Solat Dari Telefon Bimbit ...


Salam,


Cuba try :

Dail 01548406384

Tekan butang 'CALL'

#Tak perlu letak hp kat telinga. juz tengok skrin hp

#Nanti akan terpapar waktu imsak sampai isyak utk hari tu

#Tak dikenakan caj pun

 Sangat Mudah, Selamat Mencuba!

 

Nota Kaki : Boleh simpan nombor ni dalam contact list di hp. Bila perlu hanya perlu dail sahaja bila diperlukan



Friday, February 24, 2012

Simple Thing We Can Do ...

Salam,

Thursday, February 23, 2012

Wednesday, February 22, 2012

ayah ibu

Saturday, February 18, 2012

"Si Sang Setia"

Salam,

Oleh kerana tiada apa yang mahu dikongsi, jadinya zero saja mahu bercerita perihal produk kecantikan. Bukan lah sebab budget muka ni bagus licin sempurna, tapi atas sebab tidak percaya dengan diri sendiri yang telah berjaya menjadi pengguna tegar produk safi hampir 15 tahun lamanya.

Secara jujurnya, produk muka pertama yang zero guna adalah krim safi lidah buaya (hijau) dan masa itu zero berumur 12 tahun. Dan tanpa sedar, sehingga ke hari ni zero masih menggunakan produk dari jenama yang sama. Alahaai si sang pengguna yang setia. Kiranya kalau dikumpulkan kesemua produk² safi dari dulu hingga kini, layaklah kalau safi beri zero anugerah pengguna setia dan mungkin ini boleh diiktiraf sebagai duta safi tidak diiktiraf (amatur). Aduh, perasan!!!

Bayangkan zero bukan hanya gunakan satu produk keluaran safi, bahkan banyak. Contohnya pembersih wajah, penyegar, krim, losyen, syampu, ubat gigi juga selalunya kami guna keluaran safi (hanya kadang² sensodyne). Alasan pengunaan pada mulanya hanya sekadar mahu mencuba. Sehari ke sehari apabila sudah makin selesa, zero teruskan sahaja walaupun kadangkala ada juga diselitkan beberapa produk lain sekali dua.

Contohnya produk lain yang pernah zero gunakan ialah Fair & Lovely (sebab obsess mahu putih), loreal (atas recommendation en.suami – ‘masa itu BF’), olay & garnier. Lain² produk juga mungkin ada tapi zero tidak boleh ingat kesemuanya. Apapun pusing sana pusing sini, safi tetap menjadi pujaan hati ku juga hati suami. Hahahaaa tak tahan. Dulu en.suami tidak guna produk selain Loreal, tapi kini beliau telah terjebak sama menggunakan rangkaian produk safi.

Begitu setia zero menggunakan produk keluaran safi ini rupanya. Cumanya zero pelbagaikan penggunaan jenis produk itu sendiri. Kadang zero guna Safi (hijau), kadang tu Safi Balqis (biru) & selalunya zero guna Safi Rania (emas), sesuka hati zero.

Kesudahannya, setakat ke hari ini zero berpuas hati & selesa dengan produk Safi. Kalau setakat bekas² jerawat yang kadang naik turun tu, insyaAllah boleh hilang dengan mudah dengan penggunaan secara berterusan. Harga pun murah!

Dan yang paling penting pada zero, keHALALannya diiktiraf oleh JAKIM. Jadi ianya mudah digunakan untuk kegunaan seharian dan beribadat tanpa rasa was² sekalipun ada kesan yang tertinggal. Sesuai dengan tagline Safi itu sendiri “Selamat & Suci”. InsyaAllah ...

Friday, February 10, 2012

Mimpi ...


Salam,

Sekadar mahu berkongsi,

Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah rasulullah s.a.w yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.
Rasulullah adalah teladan kita, seluruh amalannya adalah panduan untuk kita. Dalam ‘terjaga’ atau terlelap sekalipun. Rasulullah s.a.w biasanya tidur di awal malam dan akan bangun di tengah malam. Seorang muslim hendaknya selalu bermuhasabah diri sebelum tidur tidur tentang apa yang telah dilakukan selama sehari. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan “Alhamdullilah”. Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat. Sebelum tidur disunahkan berwudhu terlebih dulu serta mengiring ke sisi kanan ketika tidur dan membaca ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq, serta An-Naas serta membaca lain² doa juga.


Kita juga dimakruhkan untuk tidur tertelungkup yakni meniarap , "Tidur tetelungkup / meniarap itu
merupakan kebiasaan penghuni neraka" (HR. Ibnu Majah)


Ketika hendak tidur, kita disunnahkan membersihkan tempat tidur dengan tiga kali sapuan.
“Jika engkau hendak menggunkana tempat tidur, maka sapulah atau kibaskanlah dulu, kerana siapa tahu ada sesuatu di baliknya” (HR. Muttaqun’alaih)
Sumber : sukague

 
Nota Kaki : Sedikit perkongsian : selain ayat-ayat di atas, sero juga mengamalkan bacaan bismillah 21x & Yasin Ayat 9  وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون sebelum tidur supaya peroleh perlindungan dari segala bentuk kejahatan / pencuri. Mudah-mudahan insyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...