Sunday, March 11, 2012

Untuk Nur Irdina Amani ...

Salam,

Kalau satu hari nnt irdina baca tulisan ummi ni, masa ni irdina dah masuk umur 1tahun 7bulan 11 hari tau.  Sekarang ni irdina dah makin besar dan makin bijak. Walaupun pada hakikatnya irdina masih tak fasih bercakap macam kanak yang sebaya irdina, tapi ummi tetap bangga dapat lahirkan irdina.

Buat masa ni, sepatah ummi cakap sepatah irdina balas. Balas pun dengan ayat yang sama. Kalau keluar pun perkataan dari mulut irdina, hanya perkataanasas. Kadang tu terfikir jugak kenapa irdina tak mahu cakap dengan baik. tapi demi nak sedapkan hati, ummi kena yakin bahawa masanya akan tiba satu hari nnt. ummi tak sepatutnya risau sebab Allah maha adil. Allah akan beri setiap manusia dengan kelebihan insyaAllah.

Apa yang ummi nampak, irdina anak yang kuat, aktif, garang tapi penakut juga seorang yang pandai menunjukkan rasa sayang. Walaupun kadang tu irdina meragam memberontak melawan, ummi tidak terlalu ambil pusing. Sebab ummi percaya itu semua adalah fasa perkembangan anakyang normal, dan tidak ada apa yang perlu dirungsingkan.

Setakat hari ni, ummi rasa ummi dan daddy sudah beri yang terbaik untuk irdina. Walaupun bukan 100% yang terbaik, tapi terbaik setakat yang kami mampu. Kami tak terlalu manjakan irdina, juga tidak terlalu garang dengan kamu. Rasanya ummi lebih berlembut manakala daddy pula lebih tegas perwatakannya. Rasanya ini cukup adil dalam membentuk irdina jadi anak yang terbaik. Walaupun kami tidak tahu apa yang bakal terjadi esok ataupun lusa, tapi sekurang-kurangnya ummi dan daddy telah cuba memikul amanah dari Allah sebaik yang mungkin insyaAllah.

Kami cuba penuhi setiap keperluaan irdina. Kami juga penuhi sesetengah kehendak irdina. Tapi tidak semua. Jika semua kami laburkan untuk irdina, apa yang akan tinggal untuk masa depan kita nnt. Irdina perlu faham tau! Kewangan ummi dan daddy masih belum begitu stabil. Kami perlu mencari rezeki dan harta terlebih dahulu sementara kudrat dan upaya masih ada. Semuanya untuk irdina dan adikirdina nnt.

Ok ini untuk rekod irdina,

Kali pertama ummi dan daddy bawa irdina masuk panggung pada 11hb Mac 2012. Kita samatengok cerita "SeeFood". Cerita hasil karya anak Malaysia. Hebat! Tapi penataan warna perlu dipertingkatkan, hasilnya mungkin akan jadi lebih baik. Waktu ini, irdina boleh fokus selama 1 jam 15 minit tapi bergerak mahupun merengek. Hanya untuk 15 minit terakhir, baru lah irdina mula tunjuk rasa bosan bergerak ke sana ke mari.


 Akhirnya,  keinginan daddy untuk irdina tercapai.

Semoga irdina membesar jadi anak yang terbaik dunia akhirat. Amin ...

4 comments:

Dani neh said...

berkenannye kat kasut amaniiii.. style gitu!

ZERO VENDETTA said...

Dani, amani cm ummi dia dulu2. sbb skg dh x leh nak melaram, ummi lepas gian kt anak :P

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Najed said...

irdina dah dpt tent ikea tu...syaurah blom lagi, tiap kali pergi mesti habis...huhuhu

ZERO VENDETTA said...

NAJED : aah, pg sbb imran terasa nak beli karipap *smpi 12biji kami borong* pastu tgk ada sale singgah terus terbeli *heh* kebetulan masa beli itu tgl 1. tnya kaunter kata ada lg 11, check tgk tgl 1. rzeki lh tu. cuba pg tis week kot restock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...