Monday, July 30, 2012

Hari ke-9 di Krista

Salam,

Hari ini hari ke-9 irdina di hantar ke taska. Irdina masih lagi menanggis dan meronta. Sampai sahaja di hadapan pintu taska, irdina seolah-olah sudah dapat menghidu. Jadi tiap kali irdina disuruh bersalaman dengan daddy, tiap kali beliau enggan dan terus menanggis. Tidak seperti kebiasaan. Apalagi bila irdina nampak kelibat teacher yang akan mengambil beliau, terus sahaja kuat tanggisannya dan waktu itu juga irdina mula meronta. Perkara yang sama berulang dari hari pertama hingga ke hari ini. Kesudahannya, tiap hari beliau akan balik dengan suara yang serak. Menanggis sepanjang hari lagaknya.  

Sangat kesian pada irdina. Mungkin kami akan buat keputusan mengalihkan semula irdina ke rumah makcik pengasuh. Ada pros & cons, tapi apa boleh buat. Biar orang akan kata zero berubah-ubah, janji hati zero puas dan senang. Berbeza dengan en.suami yang berkeras untuk biarkan irdina di taska. Tapi sampai bila? Sampai bila mahu lihat anak sendiri menanggis, meronta sebab tidak suka. Zero tidak sanggup.

Dua hari lagi irdina akan masuk umur 2tahun. Zero harap zero dapat buat keputusan yang tepat sebelum beliau mencapai ulangtahun keduannya. Semoga doa zero dimakbulkan. Semoga Allah bantu zero untuk buat keputusan dalam masa terdekat. Insyaallah...

3 comments:

k|ree said...

ayu,dekat rumah pengasuh tue, ramai baby tak..?ke dia sorg je..?
mgkn dia tak biasa ramai budak...sebab perlukan lebih perhatian...
if ramai kat pengasuh, mungkin ada perkara yang tak best kat taska tue...cuba amik cuti sehari...dan spy kejap masa tghr ke...tgk dia buat apa... :)

khusyairi said...

Kesiannya...

ZERO VENDETTA said...

kiree : nad, kt rumah pengasuh tu ada 3org sebaya irdina & lg 4org transit duduk (skola rendah) kejab je. kira ramai lah jgk kan. mb irdina x suka ramai2 sgt kot sbb susah nak tunjuk heroin *kata imran* jadi, hari ni kami try hantar rumah pengasuh. ok je dia x nangis & siap buka slipar masuk sndiri.

Khusyairi : itulah sangat x sampai hati. hari ni kami alihkan ke rumah pengasuh semula. mudah-mudahan semuanya ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...