Salam,
Semalam 18hb Julai 2012 bermula episod baru untuk nur irdina amani yang mana beliau terpaksa dihantar ke taska@Krista, Bandar Seri Putra. Makanya, sejarah lama berulang kembali. Dari tinggal di taska (2bulan - 1tahun 2bulan) kami tukarkan ke rumah pengasuh (1tahun 2bulan - 1tahun 11bulan) dan kemudian ke taska semula.
Mengimbas cerita lama, tujuan asal menukarkan irdina dari taska An-Nur Montessori ke rumah pengasuh semata-mata ingat lebih perhatian. Sebaliknya keputusan itu tidak kekal lama dan hanya mampu bertahan untuk tempoh singkat iaitu 7bulan sahaja. Akhirnya, semalam kami membuat keputusan menghantar irdina ke taska semula.
Sebab? Pertama; emak pengasuh sakit & kedua; kurangnya cuti tahunan (16hari setahun dan perlu tolak 5hari lagi untuk cuti wajib). Bayangkan... Jadi ketika emak pengasuh sakit, kami sedikit kalut. Cuti tiada. Sudahnya, 3x irdina terpaksa di hantar ke sana ke mari. Kali pertama ke rumah kakak zero. Kali kedua, ke rumah jiran berdekatan (emak za) dan yang terbaru ke rumah kakak kepada jiran (cik ngah). Percubaan menghantar irdina ke 3-3tempat ini bermula dengan tanggisan dan kemudiannya beransur tenang.
Pagi semalam, kami keluar lebih awal sebagai persediaan kerana kami pasti irdina pasti akan meraung kesedihan atau mungkin juga meraung ketakutan. Drama bermula sebaik sahaja kami melangkah masuk ke pintu pagar taska. Bayangkan baru sahaja zero mahu menarik pintu pagar tetapi irdina sudah menangis semahu-mahunya. Zero teruskan juga langkah dan bawa irdina masuk dalam keadaan irdina masih menangis sunguh² dan langsung tidak buka mata. Disebabkan irdina masih tidak boleh bercakap, jadinya zero sukar untuk faham apa makna disebalik tanggisannya. Berat hati irdina, berat lagi hati ummi. Sudahnya, tanggisan beliau diiringi dengan tanggisan umminya juga.
Zero cuba untuk tenangkan irdina untuk tempoh lebih kurang 7minit, tetapi masih tidak berjaya. Jadi, zero ambil keputusan untuk beransur (kerana semalam zero lewat akibat menguruskan irdina ke rumah cik ngah). Kesian, sebak semua ada. Tapi langkah terpaksa diteruskan dengan harapan teacher² di situ berjaya menenangkan irdina semula.
Ketika dalam perjalanan ke ofis, entah kenapa macam² persoalan bermain di benak zero. Lepas itu, ini. Terfikir juga pasti akan bermulanya episod demam/selsema/sakit bila sudah mula tinggal di taska. Alamak, sangat kesian dan sangat tidak suka bagi anak makan ubat. Alhamdulillah, setakat hari ini irdina jarang demam berkat kurniaan dariNYA. Harap bila sudah masuk ke taska, keadaan akan sama juga. Itu satu, lagi yang buat zero ragu² bila terfikir pasal kes dera, kes anak² di taska diberi minum ubat batuk untuk tido (zero sendiri pun tidak pernah beri) dan sebagainya. Tapi zero cuba jadi sekuat mungkin dan sepositif mungkin. Harapnya, semua itu tidak berlaku di Krista. Doa zero supaya irdina selamat di sana. Aamiin...
Petang semalam waktu ambil irdina dari taska, keadaannya elok & tenang² saja. Semua budak² di situ sedang tengok cerita cartoon dari CN channel dan irdina berada di barisan paling depan dan sedang khusyuk menonton. Dalam hati, haaa lega sebab itu adalah kegemarannya. Syukur sangat² kerana irdina makan umpan jika disuapkan dengan cartoon. So, Lega!
Hari ini, waktu mahu menolak pintu pagar taska irdina sekali lagi berdrama & menanggis lagi. Zero tidak sanggup takut menanggis sama minta en.suami bawa irdina masuk ke dalam. Kami terus tinggal kan. Bila telefon salah seorang teacher keadaannya sudah tenang semula. Syukur alhamdulillah. Mungkin drama akan berterusan untuk 3-4hari lagi dan kemudian tenang² sahaja. InsyaAllah...
8 comments:
Salam zero,,, salam perkenalan juga,,he,he
semoga tabah menjadi seorang ibu,, dulu as pun cam tu jugak,, sedih bila hantar anak menangis ke pengasuh or taska. tapi seminggu jer,, lps tu insyallah ok,, semoga kat taska irdina dpt belajar utk bergaul dgn kawan2 yg lain. Jangan nanti dia pulak x nak balik,,, udahler,, he,,he,,
Ayu, mmg sedih kalau kite hntr anak n diorg nangis kan.. xpe, yg pntg kite as a parent pon kene kuat kan...=)
Huda sekarang sedang lalui pengalaman itu. Baru 4 hari hanta sebab last week cuti tahjn baru 2013,bila hanta 1-3 day, menangis lah sekejap.sbb selama ni di rumah pengasuh 2 orang shj kawannya. Ehm, apa nak buat yer. Minggu ni last trialnya, sbb teacher taska kata kalau ia beretrusan minggu ini susah mereka nak handle. Budak2lain ikut nangis klo my fimi hanani menangis.seday.kerja pon tak tenang. Fimi dah 1yr4mo.selalu dia okje klo pergi playgroup/play gym..
Hudafarhana - salam kenal. Ini pendapat peribadi saya lh ye. Kalau tgk anak berterusan nangis slma 2minggu tiap lali dihantar ke taska, itu tandanya tempat tu x sesuai utk diorg. Mgkin sbb psekitaran n mgkin jg sbb takut. Sbb tukar tmpt br kenapa ye? Mgkin awak blh cuba htr smla ke tmpt lma smula smpi anak dah bole fhm n terima. Mb dlm umur 3year old ke.mcm kes irdina dl teruk nangisnya 2mggu n tiap kali wktu ambil kesan hingus sntiasa ada.so mmg sahih lh dia cranky spjg hari.nw kami htr msk brainy bunch alhamdulillah x nangis lgsg dh hari ke-4
Hudafarhana - salam kenal. Ini pendapat peribadi saya lh ye. Kalau tgk anak berterusan nangis slma 2minggu tiap lali dihantar ke taska, itu tandanya tempat tu x sesuai utk diorg. Mgkin sbb psekitaran n mgkin jg sbb takut. Sbb tukar tmpt br kenapa ye? Mgkin awak blh cuba htr smla ke tmpt lma smula smpi anak dah bole fhm n terima. Mb dlm umur 3year old ke.mcm kes irdina dl teruk nangisnya 2mggu n tiap kali wktu ambil kesan hingus sntiasa ada.so mmg sahih lh dia cranky spjg hari.nw kami htr msk brainy bunch alhamdulillah x nangis lgsg dh hari ke-4
dear..salam kenal juga. Thanks for the advice. Today hari 5 dia smkin ok..nangis kejap then she just goes with the fqlow.teacher ckpdia bwk diri sendiri..main, minum susu n makn ok je since first day.betula juga slma ni dia dua org je geng nya di rumah bbysitter, so i ambil langkah positif untuk hantar fimi hanani ke care centre for her to adapt with frens, teachers and other new things. Seems too early kan? Tp i tak tahan sllu tgk sgt dia dimanjakan dgn bbysitter. I nak g mandi pun slma ni dia nangis...huhu tapi lahamdulillah 4 hari nih slps ke care centre, dia bole mkn dpn tv sit properly and makan sendiri her biscuits..good job. Cuma tu lah mungkin tllu awal dia ke care centre tu tp i nak dia berkawan kot.klo tak slma ni dia takot dgn semua org dia jumpa.hihi..hari ini i ontau lg dr luar cara dia play n learn di care centre. Really appreciat your advice dear! :-)
alhamdulillah fimi hanani x nangis dh. tats mean, fimi dh boleh adapt with the surrounding & tat place seem suitable for her. syukur kan? i dont thing it is too early to sent her to care centre sbb those who place into taska/school or whatever normally more attractive from those yg stay with babysitter. biasanya mereka ni akan lebih berani, pandai berkawan & pandai bawa diri. insyaAllah kita doa utk anak kita bersama.
Nota Kaki : Irdina pun I sent her too school even though she is not yet 3years old. will keep following u :)
ahamdulillah!mmg mahal tp berbaloi.i tahu Allah faham niat kita nak didik anak2 kita biar mudah berdikari :-) i thunk one day i nak spy fimi n snap hef picture n will wite in my blog.rindu nk berblog tp tk sempat! Skrg harap sgt dia bole stay situ smpi tahun dpn...ins sha Allah...
Post a Comment