Tuesday, April 10, 2012

Untuk Nur Irdina Amani 2

Salam  

Hari ini ummi menulis lagi khas buat tatapan irdina. Mungkin selepas tiga tahun, mungkin empat, atau mungkin lebih, waktu itu irdina sudah bisa membaca, ummi harap irdina akan baca tulisan ummi.

Seperti kebiasaan, hujung minggu terutama pada hari Sabtu, kita bertiga akan keluar beriadah. Paling tidak pun ummi dan daddy akan bawa irdina window shopping di mana². Tapi selalunya, buat masa sekarang ummi dan daddy kerap bawa irdina ke pool atau taman² kerana itulah pun kecederungan irdina buat masa ini.

Kalau bab air atau mandi kolam, irdina lah orangnya. Ini macam sudah jadi kesukaan irdina sejak umur 5 bulan lagi. Irdina langsung tidak takut dengan air walaupun daddy selam muka irdina ke dalam air. Disebabkan daddy ada privilege card, jadi selalu lah kita bertiga ke sana. Rasanya daddy sudah set kan sebulan sekali.

Minggu lepas sekali lagi kita bertiga ke Sunway Lagoon. Kebiasaannya kita hanya ambil masa sekitar 2-3 jam sahaja. Tapi kelmarin, kita berkampung dalam Sunway dari pukul 11.00 pagi ke 4.00 petang. Sengaja kami duduk lama di situ sebab sebolehnya tidak mahu patahkan kegirangan kamu irdina. 

Rasanya kali ini lebih seronok. Sampai tahap bila ummi nak bawa irdina keluar dari main air, irdina menjerit. Bila ummi ambil irdina dari pasir, irdina menjerit. Yang paling kritikal bila ummi angkat irdina keluar dari permainan kuda, irdina terus menangis. Irdina terus menerus keraskan badan sambil menangis dan kemudian lembikkan badan macam sotong walaupun sudah habis pusingan yang ke-3. Irdina tak mahu bangun tinggalkan kuda waktu itu. Tergambar keseronokan irdina masa itu.

Alhamdulillah bila irdina seronok, ummi tumpang gembira. Daddy pula rasa puas hati. Tiba² ummi bersuara pada daddy, "B, untung kan irdina sebab macam² dapat rasa. nanti kalau ada adik, belum tentu kita ada masa dan kudrat nak buat macam ni kan?" jawab daddy, "hurmmm entahlah. tapi abg akan cuba beri sama rata untuk anak²". entahlah, ummi pun tidak pasti, masanya akan tiba nanti.

Ummi perhatikan, irdina budak yang sangat aktif. Bagi ummi irdina anak yang berani tapi penakut *heh* Contohnya, irdina sudah tidak mahu didukung atau dipimpin ketika naik tangga. Irdina juga berani melunsur slides sendiri seawal usia 1 tahun 4 bulan jika di rumah. Bukan setakat turun yang biasa, tapi sekarang irdina sudah berani turun dengan kepala dahulu. Irdina juga berani memapah belakang badan daddy sambil mengocak² kaki di kolam berkedalaman 1.7m. Irdina tidak menangis diselam ke dalam air kolam. Irdina juga berani tidak menangis dan tidak menjerit bila ummi dan daddy bawa irdina main permainan orang dewasa di sunway lagoon contohnya permainan cawan, kasut dan juga flyer. Cumanya, irdina ada merengek ketika di cawan mungkin kerana pening sebab ummi dan daddy juga pening lalat di situ itu.

Walau bagaimanapun, ada juga benda yang buat irdina takut. Contohnya, irdina takut pada bunyi² kuat seperti bunyi kilat, guruh atau lori. Lagi, irdina akan takut bila ummi sebut momok. Dengar sahaja perkataan momok, irdina terus lari lintang pukang sambil menjerit2. Kelakar sungguh gelagat irdina waktu itu. Apapun, semuanya mencuit hati ummi dan daddy.

Ok, setakat itu sahaja. Ummi tidak ambil peduli irdina berani atau tidak, yang penting irdina membesar jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Amin...

Nota Kaki : Gambar ummi akan simpan dalam entry akan datang

2 comments:

Cik Cip Puding said...

Hehehe.. the same goes with Ues masa dia baya Irdina. Ues pun mmg suke air since berapa bulan lagi. Mmg selalu bwk dia pi mandi air terjun. Mandi air panas kat Ulu Lenggong pun dia buleh buat selamba as if like air tu tak panas pun. And pasal bunyik bising tu, sampai sekarang ues tak suke. Mmg takut sangat. Dia cpt terkejut.

Bertuah sungguh Irdina dapat Mummy & Daddy mcm Ayu n Imran nih.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Keep it up parents..

ZERO VENDETTA said...

Cik Cip Puding : kebetulan sama ya irdina dengan ues kak azrol. cm pelik jekn. gaya mmg cm gagah berani, tp ada jgk bab2 yg kecut perut diorang kan *cute*

Kak azrol semoga makin bahagia di samping baby baru. part yg paling best, akak dpt jaga baby sendiri. saya tak :((

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...