Irdina,
Sejujurnya kalau tanya ummi tempat yang paling menambat hati ummi ketika berada di Langkawi adalah Perdana Quay (tidak lupa juga kedai Idaman Suri yang buat ummi naik gila). Allahuakbar, ummi sangat suka & sangat teruja.
Tempat ini memang mempersonakan. Ummi percaya siapa saja yang melihat pasti terpesona. Kehebatannya mampu menarik mata sesiapa pun yang melalui jalan ini. Bayangkan ianya mampu buat ummi terjerit² minta daddy berhentikan kereta apabila lihat sahaja tempat ini sehinggakan daddy jadi kelam kabut di buatnya *terbayang kekalutan waktu itu*.
Walaupun tiada apa yang menarik dan hanya menjadi tempat kapal² berlabuh, tapi ummi sangat suka. Seronok! Walaupun apa yang mampu di buat hanya melihat & merakam gambar. Apapun, tempat ini & laut di sini memang sangat cantik & menarik.
Jadi, nasihat ummi pada yang ke Langkawi satu hari nanti, pastikan anda tidak lupa untuk singgah di sini. Setidak²nya untuk merakam gambar kenangan. Hasilnya, pasti anda semua puas hati insyaAllah.
2 comments:
1st time dgr Perdana Quay. Last time ke Langkawi dok Awana Porto Malai, tmpt kapal berlabuh gak.
Hmmm...bila nak ke Langkawi lagi eh :)
Najed : Kami singgah juga kt Awana Porto Malai tu, oklh cantik jgk tp sunyi. next time cuba singgah Perdana Quay, perhhh mmg memikat
Nota Kaki : utk tengok & ambil gambar jelah pun
Post a Comment