Salam,
Sekadar mahu berkongsi,
Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah rasulullah s.a.w yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.
Rasulullah adalah teladan kita, seluruh amalannya adalah panduan untuk kita. Dalam ‘terjaga’ atau terlelap sekalipun. Rasulullah s.a.w biasanya tidur di awal malam dan akan bangun di tengah malam. Seorang muslim hendaknya selalu bermuhasabah diri sebelum tidur tidur tentang apa yang telah dilakukan selama sehari. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan “Alhamdullilah”. Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat. Sebelum tidur disunahkan berwudhu terlebih dulu serta mengiring ke sisi kanan ketika tidur dan membaca ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq, serta An-Naas serta membaca lain² doa juga.
Kita juga dimakruhkan untuk tidur tertelungkup yakni meniarap , "Tidur tetelungkup / meniarap itu
merupakan kebiasaan penghuni neraka" (HR. Ibnu Majah)
Ketika hendak tidur, kita disunnahkan membersihkan tempat tidur dengan tiga kali sapuan.
“Jika engkau hendak menggunkana tempat tidur, maka sapulah atau kibaskanlah dulu, kerana siapa tahu ada sesuatu di baliknya” (HR. Muttaqun’alaih)
Sumber : sukague Nota Kaki : Sedikit perkongsian : selain ayat-ayat di atas, sero juga mengamalkan bacaan bismillah 21x & Yasin Ayat 9 وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون sebelum tidur supaya peroleh perlindungan dari segala bentuk kejahatan / pencuri. Mudah-mudahan insyaAllah
0 comments:
Post a Comment