Sambungan dari entry lepas.
Masa di Langkawi, tempat terakhir kita bertiga kunjungi adalah Oriental Village & Langkawi Cable Car. Walaupun agak terkilan sebab ummi tidak dapat bawa irdina merasai nikmat menaiki cable car (ketika itu masih tempoh baik pulih), tetapi syukur tarikan di kawasan sekitar sudah cukup menghiburkan ummi, daddy apalagi irdina.
Kalau irdina nak tahu, Oriental village ini lebih kepada kawasan riadah yang penuh dengan pemadangan cantik dan menarik selain terdapatnya beberapa tempat yang boleh menjadi tarikan pengunjung seperti elephant ride, horse ride, tiger village, deer feeding dll.
Berbaloi lah sesiapa yang datang ke sini kerana selain mata kita dijamu dengan pemandangan indah, kita juga boleh bermesra dengan haiwan yang ada dengan cara membonceng juga memberi makan kepada mereka. Tetapi untuk harimau, kita hanya dibenarkan menikmati kopi sambil menyaksikan mereka dari cermin sahaja.
Jadi irdina ini untuk kamu ,
0 comments:
Post a Comment