Monday, January 31, 2011

6 Month --> Solid Food

Salam,

1st Februari 2011 Irdina genap 6 bulan, alhamdulillah. Pejam celik pejam celik , sekejap dah besar anak ummi & abi ni.


Thursday, January 27, 2011

Suka Coklat + Belajar Coklat + Buat Coklat + Jual Coklat + Ajar Buat Coklat = Coklat


Salam,
Officially launch our biz website.

* Last nite work

TQVM

Wednesday, January 26, 2011

Your Bb's Bone Clicking ???


Salam,

Entry ni saja nak share dengan semua especially untuk yang ada Bb kecil mcm zero ni. Korang² berpengalaman tak terdengar macam tulang Bb berbunyi ??? Serius tulang Bb memang kadang tu boleh keluarkan bunyi tau. Tak percaya ? Cuba perhatikan kot la ada berlaku kat ur Bb :)

Macam Bb zero sendiri la kan, benda ni tak sentiasa tapi ada. Kadang² time nak tukar diapers, kadang² time nak angkat Bb dari posisi baring & kadang² time dok main² dengan dia pun boleh bunyi.

Monday, January 17, 2011

Eczema a.k.a Kurap Susu


Salam,

Choop! Kih Kih Kih ...
Saja nak kongsi yg mana zero secara tiba² nak tukar gelaran our dotter Nur Irdina Amani dari Amani --> Irdina berkuat kuasa hujung minggu lepas. Alasanya? Entah, saja. Bole? Actually daddynya mmg panggil Irdina cuma zero saja yg panggil Amani. Entahlah skg pulak tiba² rasa hati ni terdetik nak tukar Amani (cita²) --> Irdina (kehormatan kami). Lgpun rasanya masih belum terlewat, so zero ikut kata hati ;) Oppsss itu baru mukadimah ye, kih kih kih kih...

Sebenarnya zero post entry ni sbbnya nak tanya kawan² blogger yg mungkin ada pengalaman/ada ilmu dari membaca pasal baby yg ada eczema a.k.a kurap susu kot. Boleh klick kat sini. Actually benda ni jadi pada my dotter.

Friday, January 14, 2011

Kini Pawagam Di Rumah Anda ---> Astro First


Salam semua

Perasan tak bermula 13hb Jan 2011 Astro ada menawarkan pakej baru Astro First yg mana sesetengah filem di pawangan boleh d'tonton di rumah anda cepat & mudah.

Bayangkan hanya dengan RM15 untuk 1filem, anda boleh menonton filem² Melayu yg masih baru a.k.a masih fresh d'pawagam dari kaca tv rumah anda melalui Saluran Astro 480. Menarik 2x! Berbaloi :) Lagi² kalau tengok pulak ramai² seisi keluarga dgn harga RM15 berbanding RM12/kepala utk tengok d'pawagam.

Astro First d'rumah anda cepat & mudah. Caranya :
1. Buka saluran 480 dari tv rumah anda dan & pilih filem yg hendak d'tonton melalui menu yg disediakan
2. Tekan butang OK setelah membuat pilihan
3. Anda akan diberi 'code' utk d'sms ke 32999 & kemudian boleh sahkan tempahan anda

Pendapat zero :
1. Idea baru yg bagus dari pihak Astro
2. Murah utk tonton ramai² seisi keluarga
3. Mudah bagi mereka yg punya anak kecil dan sukar ke pawagam (mcm kami)
4. Astro perlu improve jenis & jumlah tayangan cth : sediakan cerita² orang putih jg

Wednesday, January 12, 2011

10.01.11 ...

Salam,

Usia saya meningkat lagi pada tarikh 10hb Januari 2011 ke angka 26 tahun. Issh issh issh masih terlalu muda & perjalanan masih panjang, tapi sudah ada anak & laki. Itu namanya rezeki ;)

Pada zero bila dah meningkat usia ni, rasanya sudah kurang perasaan nak celebrate dan sebagainya. Cuma cukup sekadar ada yg ingat. Keadaannya sangat jauh beza jika dibandingkan ketika zaman kanak² dan zaman universiti yg semestinya happening. Tiba² teringat pula zero pada suprise yg dibuat oleh kawan² di UNITEN. 2x zero d'suprise dan memorinya masih segar di ingatan zero. Pada intan, niz, fairuz, fast, yus, jihan dll sayang korang semua. Teringin juga utk upload gambarnya utk tatapan masa depan tp semua sudah dimusnahkan oleh virus² jahat komputer :(

Monday, January 10, 2011

YAhooo ...


Salam,

Ingat tak post ini entry yg zero buat khas utk join contest dari blog Munyra Azme.

Tak sangkalah gambar kami bertiga terselit utk menang kategori. Check it out, Lain² pemenang. Thanks to Munyra & Alhamdulillah menang jgk walaupun bukan untuk grand prize. Jom cuci mata tengok pemenang grand prize yg pada zero gambar ni mmg layak utk jadi pemenang. Sempoi & Slumber ;) Tahniah!

Cantik ke ...

Salam,

Thanks to my blogger fren Lina Rahim untuk award ni. Rasa macam kurang layak je, tp orang dh kasi ambil jela kan ;) Thanks lina.



Okies,

favourite artist/singer/group:
Lisa Surihani, Yuna, Maroon 5

Tag 5 orang blogger utk menerima award ini:
1. Nasuha Salleh
2. Fairuz Shahida Sulaiman
3. Nur Nadiah Hamdan
4. Munyra Azme
5. Hafidzah Hafidz

Sekian

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Oh Malaysia...


Tahniah kepada team bola sepak Malaysia dengan kemenangan aggreget 4-2. Credit to Khairul Fahmi a.k.a penjaga gol Malaysia kerana sungguh bergam tanggannya menangkap bola :)Tahniah tahniah tahniah!

Wednesday, December 22, 2010

Makan² dengan opismet...

Salam

Memandangkan tahun ni ramai sangat yang bersalin & menerima cahaya mata di Jabatan zero, jadi kami buat keputusan untuk postpone our family day. Jadi susulan dari tu, kami adakan makan² di Kelab Darul Ehsan (KDE) last Saturday.

Kami ambil package BBQ RM50/kepala untuk dewasa & RM36/kepala untuk kanak². Oklah tempat yang cantik + menarik sebab tepi Pool. Makan oklah. Kalau kawan² blogger nak survey² jomlah kita click

Monday, December 20, 2010

This is My Family --> Munnyra Azmie

Salam

Tiba² rasa nak join contest dari rakan blogger Munnyra Azmie a.k.a contest pertama saya sepanjang bergelar blogger.

Amani Oh Amani...

Salam semua rakan² blogger,

Apa anda rasa bila sudah mempunyai anak? Perasaan? Kewangan? Tugas? Tanggungjawab? Minat?

Suatu ketika dulu zero tak paham apa perasaannya menjadi seorang ibu sehinggalah zero sendiri yang merasainya.

Dulu kata pada my sis :
1.Buat apa beli baju kat baby banyak² + mahal²? nanti jap je dah sempit
2.Buat apa bg susu, pampers & keperluan baby yg mahal²? nanti terbeban
3.Buat apa hantar anak belajar awal² & kat tempat yg mahal²?

Sebab bagi zero masa tu (sblm bergelar ibu) anak tidak perlu diberi kemewahan, cukup sekadar ada keperluan. Tapi hari ini mentality zero sudah jauh berubah. Semua benda yang zero kata tidak patut sudah jadi patut bila ada anak sendiri.

Monday, December 13, 2010

12.12...

Semalam 12hb Disember 2010 adalah anniversary kami berdua untuk kali ke-2. Usia perkahwinan yang terlalu muda & perjalanan masih panjang. Tiada apa yang menarik & berbeza cuma kali ini kami sudah pun bertiga. Alhamdulillah...

Part yang menarik & paling zero suka smlm bila en.asben sponsor satu course yang sangat menarik untuk zero attend (unplanned) N selama ber'course' (6jam) en.asben suka rela untuk menjaga amani(luckily amani sudah mula mix susu badan + formula). Zero tidaklah risau sgt tinggalkan amani dengan asben sebabnya asben sudah biasa. Feedback asben katanya, "ummi, mencabar jgkkan jaga baby sorang²". heh memang agak mencabar kalau duduk berdua je dengan baby. Bagus 3x, u did a good job dear :) Thank you so much!

Kembali Aktif...


Salam

Lama sungguh zero tidak mengemaskini blog ku ini. Perasaan yang bercampur baur - tiada idea, tiada masa & agak letih sejak kebelakangan ini. InsyaAllah akan kembali aktif semula untuk terus berblogging.

Friday, December 3, 2010

Fesyen & Trend Tudung

Salam

Ingin berkongsi yang mana lately saya kurang bersemangat untuk berblogging mahupun online. Kenapa? Saya kurang pasti. Kalau di ofis tugasan yang padat membantutkan niat & kalau di rumah kemalasan pula melanda. Adui...

Tapi hari ni terlintas satu idea untuk ditulis yang fesyen & trend tudung telah menarik perhatian saya. Saya bukan nak bercerita pasal fesyen & trend tudung orang lain kerana saya pasti setiap orang mempunyai cara & minat tersendiri. Tapi apa yang ingin saya kongsi adalah fesyen & tudung saya sendiri.

Wednesday, December 1, 2010

Giveaway Domain daripada MelRomeo.com

Salam

To Lina Rahim : Thanks sebab tag saya untuk giveaway dari blog otai ni tapi sorry sbb take so much time utk respond. Saya buat jgk sbb menarik jgk kan kalau ada website sendiri dgn .com Saya nak cuba :)



Giveaway Domain daripada MelRomeo.com

Friday, November 19, 2010

Cinta Itu Seperti Garam...

Salam

Ada satu cerita yang ingin saya kongsi, kisah suami & isteri. Secara kebetulan cerita ini memberi jawapan kepada saya mengenai satu keraguan. Sebagai wanita / isteri, saya juga seperti wanita yang lain yang selalu ingin tahu tahap cinta suami pada saya. Jadi selalulah keluar soalan "Abi, sayang ummi tak?" setiap kali soalan itu saya ajukan, pasti jawapannya tetap sama "biasa-biasa je". Kadang tu rasa sakit hati juga, tapi mungkin inilah jawapan untuk saya...

Ceritanya :

Amri dan isterinya sedang berada di dapur
"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini." Amir tersenyum. "Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah"

Thursday, November 18, 2010

Isteri vs Ibu...

Salam

Saya baru saja selesai membaca satu rencana bertajuk "JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU" yang dikongsi oleh seorang kenalan di FB dan kalau tak silap saya rencana ini oleh Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Pada rencana ini sangat menarik & boleh dikatakan sangat penting untuk kita kaum hawa esp yang telah bergelar ibu. Jadi saya kongsi rencananya untuk kebaikan & ingatan bersama insyaAllah...

Rencananya berbunyi :
" Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya telah melahirkan seorang anak atau 10 orang anak yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Monday, November 15, 2010

Perkembangan Bayi Bulan ke Bulan...

Amani genap 3 bulan 2 minggu hari ni. Alhamdulillah Amani dalam keadaan cergas & menunjukkan perkembangan yang sihat. As at today, inilah 'improvement' oleh Amani.

Tuesday, November 9, 2010

Perjalanan Amani...

Entry kali ni saja nak upload gambar-gambar amani dari 1st day, 1st month, 2nd month & terkini 3rd month atas permintaan en.asben katanya biar disimpan di sini sebagai memori kami.

Monday, November 8, 2010

Masak & Makan...

Konsep kami berdua (saya & asben) masak & makan. Kami lebih selesa mengamalkan cara ni memandangkan kajian yang kami buat membuktikan bahawa ianya sangat menjimatkan. Cara ni kami praktikkan sejak dari awal perkahwinan lagi. Alhamdulillah banyak yang boleh dinikmati berkat mengamalkan cara ini.

Macam biasa, hari-hari saya akan masak untuk suami & diri sendiri (2x sehari). Maksudnya kami akan bawa tapau ke ofis. Walaupun kadang-kadang saya buat sesimple yang boleh disebabkan kekangan masa. Nasib en. asben sangatlah tidak cerewet orangnya bab makanan ni yang penting makanan tu jangan terlalu pedas. Kesimpulannya hari-hari saya akan 'mengerah' diri sendiri untuk masak kecuali hari Sabtu (hari shopping kami). So maknanya, Ahad pun tak ada cuti untuk saya juga. Kadang tu rasa penat juga lagi-lagi bila dah ada Bb ni. Tapi saya selalu berkata-kata sendiri, "tak apalah masak dengan air tanggan sendiri lebih bagus & insyaAllah suami akan makin sayang". Semoga kecekalan saya ini akan berkekalan. Amin...

Wednesday, November 3, 2010

Mitsubishi ASX...


Monday, November 1, 2010

Handbag & Backpack

Salam

Entry ni sebenarnya untuk ucapkan terima kasih pada my sis yang belikan handbag untuk saya (lupa plk nak snap pic) last week. Thanks kak... Cantik beg tu, suka!

Masa akak saya bagi rasa sangatlah teruja. Tapi lepas dua hari baru saya perasan yang sejak amani ada, no more handbag baik utk keluar jalan2 or utk ke ofis. Sekarang dah tak ada masa nak pilih beg mana nak pakai utk sesuaikan dengan gaya & warna baju. 'handbag' saya sekarang hanya satu, jeng 3x inilah beg baru saya.....

Thursday, October 28, 2010

Breastpump & Breastmilk

Salam

Memandangkan saya baru je lepas bersalin, jadi sajalah nak berkongsi cerita & pengalaman menyusukan Bb. Alhamdulillah sehingga hari ni saya masih susukan amani dengan hasil breastmilk saya. Maksudnya amani masih fully breastfeed (BF). Terima kasih & thumbs up utk Ms. Mandela.

Wednesday, October 27, 2010

WNA 5352

Pemilik kereta waja WNA5352 sila belajar untuk bersopan sikit !!

Pagi-pagi cari hal, dahlah langgar lampu merah, lepas tu langgar kereta orang & bila suh benti tepi tak mau benti. Apa ni ??? Biadap sungguh. Sakit hati! Pagi-pagi dah buat orang panas hati. Stupid!!!

Tuesday, October 26, 2010

Lempeng & Madu

Di sebabkan sejak akhir-akhir kerap hujan, makanya cuaca agak sejuk & nyaman. Bila keadaan begini, mula tekak terasa nak makan benda yang panas-panas. Contohnya macam lempeng. Sebelum ni buat lempeng cara tradisional, tp semalam dapat resipi baru dari officemate saya Kak Zu. Thanks Kak Zu utk resipi lempeng ala baru ni : ) Mmg sgt sedap tau! walaupun lempeng saya rupanya ala-ala roti canai. Lagi-lagi kalau makan dengan kopi o.Cubalah sebab memang best, kalau tak percaya tanya en. asben saya.

Friday, October 22, 2010

'For the rest of my life'



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Like very much!!!

Thursday, October 21, 2010

"Fire Drill"

‘Fire Drill’ atau dalam bahasa melayunya latihan kebakaran sudah menjadi kemestian untuk semua bangunan contohnya pejabat, sekolah dll. Semua orang pasti merasainya bagi menghadapi masa kecemasan kelak.

Ini adalah pengalaman pertama saya untuk ber”fire-drill” di PNB pagi ini. Bekalan elecktrik diputuskan makanya lif juga tidak berfungsi. Maksudnya semua penghuni bangunan 40 tingkat ni perlu turun melalui tangga. Aduuuuiiiiiiiiiiii……

Bayangkan jabatan saya berada di tingkat 33. Laratkah saya dengan keadaan yg masih kurang cergas (baru baik demam & masih selsema + batuk) ini utk turun sejauh itu? Bencinya!

Come Back - Part III (Berusaha utk mengandung, Mengandung, Bersalin & Jaga Anak Sendiri)

Salam

Saja nak menulis juga walaupun macam dah kekeringan idea utk part III a.k.a part terakhir utk entry come back ni. Rasanya macam nak bercerita serba sedikit sekaligus menutup pengalaman dlm usaha utk mengandung, mengandung, bersalin & skg mempunyai + menjaga anak sendiri.

1. Berusaha utk mengandun

Alhamdulillah usaha kami selama hampir setahun membuahkan hasil bila saya disahkan mengandung di usia perkahwinan kami mencecah setahun (12.12.09). Kami rasa amat bersyukur kerana rezeki utk kami tetap ada akhirnya.

Selama tempoh ini, kami berusaha bermacam cara seperti merujuk kepada pakar, mengurut & ambil ubat bagi mendapatkan zuriat walaupun kata orang kami tidak perlu terlalu risau kerana masih baru. Bagi kami usaha itu perlu bagi mendapatkan hasilnya. Alhamdulillah mungkin salah satu ikhtiar kami telah membuahkan hasil.

Wednesday, October 13, 2010

Come Back - Part II (Berpantang)

Salam…

Pantang ?? Bagi saya edisi berpantang utk ibu bersalin merupakan adat orang melayu yang diwarisi sejak turun temurun. Kalau ikut orang lama2, ibu bersalin yang sedang menjalani tempoh berpantang perlu berpantang makan & perbuatan. Contohnya, ibu bersalin ditegah daripada makan sebarangan (terutama makanan yang berangin/sejuk) atau buat apa jua kerja rumah (seperti memasak + mengemas + membasuh dll). Ibaratnya dalam tempoh tersebut semua ibu bersalin diberi cuti rehat dari melakukan tugasan harian bagi memulihkan kembali kesihatan luar & dalam.

Ikut kata orang lama2 berpantang selain utk memulihkan kesihatan luaran & dalaman adalah kerana utk mengelakkan bentan di mana akan rasa sakit di ari-ari atau kemaluan, keluar nanah atau darah dari saluran peranakan ataupun berlakunya buasir. Ketika dalam berpantang juga, ibu dikehendaki memakai stoking bagi mengelakkan angin memasuki badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...