Salam,
1hb Ogos 2012 anak kami Nur Irdina Amani mencapai umur 2 tahun. Syukur alhamdulillah irdina sudah makin membesar. Makna kata, kami juga sudah 2 tahun menjaga dan membesarkan beliau. Ya Allaah syukur atas kekuatan yang kau berikan pada kami ya Allah. Semoga kami lebih kuat dan cekal untuk terus mendidik dan membesarkan anak kami. Aamiin...
Disebabkan tahun ini 1hb Ogos jatuh pada bulan Ramadhan, jadi tiada keraian untuk irdina. Jika mahu bawa sambutan ke hadapan, kurang seronok rasanya. Jadi, tiada keraian dan hanya ada hadiah untuk irdina.
Perkembangan irdina 1 hingga 2tahun :
1tahun 1bulan
Sudah mula diberi makan telur. Selera makan agak baik. Jadi, masih dibekalkan dengan makanan ke taska An-Nur Montessori. Kerap selsema tetapi alhamdulillah jarang demam. Pandai makan sendiri guna sudu & garfu w/p yg disepahkan lebih dari yg masuk ke mulut. Sudah jalan sambil lari anak. Sudah berani turun slides sendiri tanpa bantuan orang lain.
1tahun 2bulan
Sudah mula tunjuk rasa suka / gembira waktu di ambil di taska. Boleh bersalam dengan baik bila diberi arahan. Boleh fokus menonton video pendek 7-20minit tanpa gangguan. Nampak sifat keanak²an yang mana rutin harian bermain sendirian sambil bersembang. Tiba² jadi sangat ‘dependent’ bila sering kali dilihat perlu seseorang di sisi dan tidak boleh ditinggalkan keseorangan. Kadang kala tidur berdengkur. Agak garang & pandai memukul orang.
1tahun 3bulan
Kaki makin kuat untuk naik dan turun tangga juga kawasan berbukit. Kadang kala jalan terjingkit² ke belakang. Pantang dengar perkataan ‘shower’. Jika sudah sebut wajib kena masuk bilik air, tidak aksi amukan bermula. Sudah pandai mahu keluar berjalan. Pantang pakai baju cantik / buka pintu, wajib kena masuk ke dalam kereta. Sangat kaki jalan! Tumbuh gigi ke-6.
1tahun 4bulan
Tunjuk protest dengan cara menghempas badan (tertiarap) ke lantai. Mula belajar menyebut beberapa perkataan contohnya mama, ball, atok, acik, no, cat, dog. Pandai panjat masuk kereta sendiri tanpa bantuan. Tiap kali dihidupkan enjin kereta, dia dulu yang akan masuk ke dalam. Takut kena tinggal lagaknya.
1tahun 5bulan
Kali pertama disuapkan dengan aiskrim pada 15hb JANUARI 2012. Mula ‘berperangai’ dan selalu meragam tidak seperti kebiasaan sangat mudah dijaga. Irdina akan menangis senanggis²nya kalau lambat dapat susu. Kena dipujuk terlebih dahulu sebelum minum semula. Lebih suka berjalan dan berlari apabila keluar daripada duduk diam di dalam stroller. Baru pandai buka seluar sendiri. Main slides dengan cara turun kepala terlebih dahulu. Mula di hantar ke rumah pengasuh depan rumah. Agak liat mahu masuk ke rumah pengasuh sebab leka bermain. Waktu petang balik sahaja dari rumah pengasuh wajib bermain sebentar sebelum masuk semula ke dalam rumah. Jika tak, menanggis jawabnya.
1tahun 6bulan
Sudah pandai buka beberapa jenis paip air sendiri tanpa bantuan. Mula menunjukkan pelbagai reaksi. Contohnya, bila marah = hentak kaki / mengeluarkan bunyai ‘ei’, merajuk = memeluk tubuh sambil memuncungkan mulut / berlari ke dinding. Sudah faham beberapa ayat dalam bentuk arahan mudah. Agak lasak. Sudah ligat berlari ke sana ke sini. Mula faham hampir kesemua arahan mudah. Ingat lokasi sesuatu barang disimpan contohnya, di mana lampin pakai buang, di mana bedak, di mana lotion dan sebagainya.
1tahun 7bulan
Berpewatakan agak garang. Tidak mahu berkongsi barang dengan rakan sebaya yang lain terutamanya. Masih dibekalkan dengan makan ke rumah pengasuh.
1tahun 8bulan
Seorang yang sangat aktif tetapi agak pemalu terutama dengan orang yang baru dikenali. Sangat kurang makan dan ada harinya yang irdina tidak makan langsung dan hanya minum susu.
Seorang yang sangat aktif tetapi agak pemalu terutama dengan orang yang baru dikenali. Sangat kurang makan dan ada harinya yang irdina tidak makan langsung dan hanya minum susu.
1tahun 9bulan
Langsung tidak mahu duduk dalam stroller jika di luar dan lebih gemar lari ke sana ke mari. Kegemarannya adalah tangga elektrik. Pantang nampak, meronta-ronta mahu mencuba. Ikan adalah makanan kegemaran irdina. Tapi yang peliknyaa, akan makan begitu sahaja tanpa nasi.
1tahun 10bulan
Masih tidak boleh berbual. Beberapa perkataan biasa sahaja baru dikeluarkan. Contoh 'pai' = bye, 'ket' = sakit, ummi, 'b' = abi dan 'nak' contohnya. Sudah boleh berlari agak laju.
1tahun 11bulan
Terpaksa dihantar ke taska@Krista bermula 18hb Julai 2012 kerana pengasuh tidak sihat. Menanggis tiap kali dihantar ke taska selama hampir 2minggu dan akhirnya balik dengan suara yang serak juga berhingus. Sangat tragis. Tetapi ada sedikit perubahan positif bila irdina mula pandai membuat ayat ‘Apa tu?’ siap dengan aksi tanggan sekali. Sangat comel! Lagi, beliau mula menyebut 1, 2, 3, 4, 5 dengan betul.
2 tahun
Irdina masih tidak boleh bertutur dengan baik, tidak seperti kanak² sebaya yang sudah petah percakapan mereka. Irdina masih dengan beberapa tatabahasa yang sama seperti 'mama', 'bo' = ball , 'atok', 'acik', 'no', 'cat', 'dog', 'meow', 'ket' = sakit, pai = bye, ummi, 'b' = abi dan 'nak'. Kami jadi sepositif mungkin. Tidak mahu terlalu mendesak dan beria-ia supaya irdina pandai bercakap. Biar semuanya datang secara semulajadi insyaAllah.
Setakat hari ini, selera makan irdina sudah makin ok. Walau makan dalam kuantiti yang sedikit, tapi kami cukup buat kami puas hati. Pada kami, biar sedikit yang dimakan asal makan dari tidak makan. Alhamdulillah...
Dan yang paling terkini, irdina sekali lagi dipindahkan ke rumah pengasuh semalam kerana masih menanggis tiap kali ke taska (14 hari). Kesian takut² irdina sebenarnya tidak selesa apalagi happy. Tapi syukur, irdina nampaknya sangat selesa berada di rumah mak yah. Setiap kali hantar, irdina sendiri akan buka selipar letak di tempat yang biasa dan kemudian meluru melonjak dan lari ke dalam dengan senang hati. Semoga irdina terus gembira. Syukur...
Nota Kaki : Gambar terikini @ 4.08.12 atas permintaan Nabila Aziz
11 comments:
happy birthday irdina :)
mesti dia comel skrgkan..hehehe..kak ayu mskkan gmbar dia yg terkini..hehehe :D nak tengok..hee..msti dah besar :)
Irdina mesti lebih gembira kalau ummi nya jadi suri rumah & jaga dia setiap hari. hehe..
Khusyairi : Hurmmm. kalau bole mmg teringin. tp economy wise masih belum mengizinkan. lain lh en.khusyairi & isteri gaji beso :P
Nabila : akak dah masuk dalam entry ni untuk awak
Kalau nak kira sgt ikut economy, sampai bila2 pun mungkin xcukup. hehe.
Teringat mula2 kerja dulu dgn TNB, gaji 1700+, terasa xcukup. Masa tu ingatkan kalau gaji 2 kali ganda dari tu dah cukup.
Then bila gaji dah 3400, mula2 kerja govt, rasa xcukup juga, ingatkan kalau gaji 2 kali ganda dari tu dah cukup.
Then skrg gaji 5000+ pun masih xcukup juga.
Ye la bil2 bulanan pun makin naik, kos hidup makin naik, keluarga pun bertambah2.. Itu la beban tanggungjawab lelaki.
But as a wife, shouldnt be a problem to save money rite... My wife can save 30X more than me. She said she want to retired in next 10 years. Hmm..
My point is make a target now. Make a lot saving & reduce spending. Insyallah one day U will be a wonderful fulltime housewife.. :)
khusyairi : wow great! she is so good. sy perlu jadi mcm ur wife, ada target utk jd housewife yg hebat w/p beliau sanggup tinggal kerjaya doktornya.
tq mr.khusyairi. imran selalu cerita pasal karakter kamu. totally different from others. sentiasa ke depan. we both should be like u. insyaAllah
hehehe..thanks kak ayu..alahai comell je irdina ni..rambut pun curl je..hehehe...bila irdina nak ada adik ni ?? hhehehe
My wife bagitau keluarga jauh lebih penting dari kerjaya. Lgpun katanya kalau betul-betul nak cari duit, lebih baik kerja jd Doktor di luar negara, dalam setahun boleh kumpul duit beratus ribu (walaupun after expense). Kalau di Msia, Hmmm.. pham2 je la.. Terpaksa balik kerja Msia pun sebab bonding.
Anyway, betul tu bila Irdina nak ada adik ni? Xkan lama sgt "cuti: kot. hehe...
Khusyairi : Itulah kan. kalau pg over the seas sure2 masyuk. x pelah, hujan emas tetap di negeri sendiri :)
Khusyairi & Nabila : anyway, irdina yg x nak adik lg. ummi & daddy 'ON' je. *heh* x delah, insyaAllah tahun depan next kami. aamiin...
Post a Comment