Wednesday, August 8, 2012

Doa Rasulullah s.a.w Ketika Bertemu (Tanda-tanda) Lailatulqadar...


Sayyidatina Aisyah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatulqadar maka apakah ucapan yang patut dibacakan. Maka baginda menjawab perbanyakkan membaca :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku.

Manakala, bagi wanita yang dalam haid & nifas, amalan bagi menghidupkan malam Lailatulqadar adalah dengan ;
(i) Berzikir : bacaan tasbih (subhanallah), tahlil (laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah)

(ii) Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w

(iii) Perbanyakkan istighfar

(iv) Perbanyakkan doa

4 comments:

khusyairi said...

Sedar, xsedar... Ramadan dah nak samapi ke penghujungnya... Semoga kita semua bertemu Lailatulqadar tahun nie..

khusyairi said...

Zero, Lailatulqadar bermaksud malam ketetapan. So memadai ditulis/disebut sebagai Lailatulqadar sahaja bukannya malam Lailatulqadar kerana ianya akan bermaksud malam-malam Lailatulqadar sedangkan hanya ada satu malam sahaja di dalam Ramadan yg diberi rahmat Allah sebagai Lailatulqadar. Ada ustad bgtau mcm tu.

khusyairi said...

Zero, dulu Zero pernah bagi komen ttg kenapa/ ada tak abg khus buat blog sendiri. Ntah la maybe mungkin xde masa kot that time or xtahu nak share apa dlm blog.

But now I create a blog/portal/web for my office. What yr opinion about design of this portal?
http://portalpp.anm.gov.my/miri/

Nak buat coding dan sebagainya mungkin susah dari blogger.com. But to me, it worth it bcoz I can customized everything.

ZERO VENDETTA said...

Khusyairi : tq untuk penjelasan. sy baru perasaan. biasanya sy akan sebut malam lailatulqadar tp lailatulqadar itu sendiri sudah ada 'malam' di dalamnya. anyway, last week sy ada buka portal ur ofis. that time a bit simple & dull. tp now much more better. ada capaian pantas, ada highlight. it was good! baru nmpk mcm portal jbatan sebenar. cuma mb bole tukar tulisan putih/merah pada satu warna yg lebih menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...