Salam,
Tarikh 4hb Ogos lapan tahun yang lalu meninggalkan banyak kenangan. Tarikh mereka ditemukan untuk saling mengenali satu sama lain. Syukur kerana Allah S.W.T memberkati hubungan mereka dan dengan izinNYA mereka mengikat tali pertunangan pada 11.11.07 dan hati mereka disatukan sebagai suami isteri pada 12.12.08.

Kisah mereka agak komplek, cinta pelajar universiti, cinta antara 'senior' dan 'junior'. Ceritanya bermula dengan risikan secara dalam diam oleh si 'senior', dan akhirnya membuahkan hasil, walaupun hakikatnya mereka berdepan dengan cinta 4segi waktu itu. Si 'senior' sudah punya kekasih, si 'junior' juga sama. Masing² sudah punya pasangan istimewa malah sudah sangat serius dengan hubungan masing². Tetapi dalam diam, masing² cuba menyembunyikan status diri tanpa disedari.
Dalam diam, 'senior' sebenarnya telah menyimpan hati kepada 'junior' untuk tempoh dua semester. Ia terjadi apabila 'senior' beberapa kali terlihat kelibat 'junior' waktu berselisih jalan. Apakan daya tiada apa yang boleh dilakukan kecuali sekadar memandang dan terus memandang. Mahu tapi malu. Namun, hari demi hari berlalu, kelibat si 'junior' tidak lagi kelihatan. Sampaikan 'senior' mula patah hati dan menjalinkan hubungan dengan gadis 'A'.
Sehingga suatu hari, kebetulan si 'senior' diminta mengambil gambar kenangan (akhir semester) oleh seorang pensyarah dan dari situ 'senior' terlihat kelibat si 'junior' semula. Segalanya bermula pada hari tersebut. Bermula dari saat itu, risikan demi risikan dilakukan. 'Senior' risik kawan sini, 'senior' risik kawan sana. Dari nama sehingga lah status diri si 'junior' dikoreknya. Akhirnya, 'senior' dimaklumkan bahawa nama 'junior' = ayu 'stylo' ('junior' hanya menyedari gelaran 'stylo' diberi kepadanya saat diceritakan semula oleh 'senior') dan sudah berpunya. 'Senior' tetap mahu mencuba. Sapaan demi sapaan dilakukan, 'junior' seakan dapat menghidu.
Walau bagaimanapun, kerana rasa setia, 'junior' masih buat tidak tahu. 'Junior' telah punya kekasih hati bernama 'Y'. Usikkan langsung tidak dihirau walaupun rakan² ramai yang sudah mula menghidu sesuatu. Biar mereka berkata itu dan ini perihal si 'senior', 'junior' tetap berdiam diri. Sejujurnya, 'junior' memang tidak menyedari kewujudan si 'senior' walaupun sebenarnya 'senior' agak terkenal orangnya dan beliau juga salah seorang fasilitator kami semasa program orientasi. Biar orang kata 'senior' itu hebat sebab beliau ppi, hebat sebab beliau timbalan mpp, hebat sebab beliau di kalangan budak bijak pandai, 'junior' masih berdiam diri. Jolokan abang pendek comel juga tidak mampu meruntuhkan kesetiaan hati 'junior' pada 'Y' waktu itu.
Entah bagaimana semuannya berubah hari ini. Kedatangan seorang rakan 'senior' bertemu 'junior' bernama BOTAK, telah berjaya mempertemukan mereka. Langkah seterusnya dilakukan oleh tuan punya badan sendiri. Bermula dengan 1 sms, 2 sms, 3 sms, dan seterusnya. Sms jadi teman setia. Akibat terlalu suka waktu itu, 'junior' sanggup menyalin semula setiap sms yang dihantar oleh 'senior' ke dalam sebuah buku yang masih disimpan sehingga ke hari ini. Kadang kala rasa seperti kerja gila, tapi itulah kegilaan cinta mereka waktu itu.
Kali pertama mereka berjumpa semasa di Karnival Sukan Mahasiswa. Waktu itu 'junior' bermain bola jaring dan ketika itu juga 'senior' jadi penonton istimewa tanpa disedari si 'junior'. Saat perlawanan habis, 'senior' terus berlalu tetapi sempat meninggalkan sebekas air 'rootbear' (A&W) kepada rakan si 'junior' tanda perkenalan. Kemudian, malamnya mereka berjumpa secara rasminya di Karnival Sukan Mahasiswa tetapi dengan ditemani seorang rakan 'junior' bernama DALILA. DALILA antara peneman setia yang selalu menemani waktu permulaan cinta mereka. Beliau dengan rela hati menemani 'senior' dan 'junior' ketika berjumpa, berjogging, bermain tenis juga berbasikal bersama. Bermula dari saat itu, sedikit demi sedikit hubungan mereka mulai rapat.
Tempat 'dating' yang utama bagi 'senior' dan 'junior' adalah pusat sumber. Kadangkala pagi, kadangkala petang, kadangkala malam dan adakalanya seharian mereka 'berdating' di situ. Dan secara tidak langsung hubungan mereka itu telah menaikkan 'GPA' dan juga 'CGPA' si 'junior' ke tahap yang lebih cemerlang. Manakala si 'senior' kekal dengan kecemerlangan beliau.
Hari demi hari, sedikit demi sedikit, rasa suka, rasa selesa mula timbul dalam hati kecil si 'junior'. Tidak tahu kenapa dan mengapa, hati 'junior' yang selama ini cukup setia dengan kekasihnya yang berada jauh bisa cair bagai air yang mengalir. 'Junior' sendiri keliru dengan diri apalagi orang disekeliling. Kadangkala terfikir apakah kuasa itu, kuasa yang menarik hati bagai tarikan magnet.
Akhirnya, 'junior' pasrah dengan kata hati, pasrah dengan kuasa ilahi. 'Junior' akhirnya memilih 'senior' dan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 'Y' talkala 'Y' sangat menyayangi beliau dan sangat setia w/p berada di kejauhan. 'Junior' sanggup membiarkan linangan air mata 'Y' untuk terus bersama 'senior'. Bunyi seperti sangat kejam dan tak berperikemanusiaan, tapi siapa mampu menipu kata hati sendiri. Itulah pengorbanan cinta mereka. Dan sebenarnya mereka percaya, itulah kuasa Allah S.W.T.

Pelbagai dugaan mendatang, mereka tetap mahu bersama. Pada mulanya cinta mereka ditentang habis²an oleh keluarga si 'junior' kerana telah menerima 'Y' seadanya, 'senior' tetap tidak mahu mengalah. Pelbagai sindiran dilempar, 'senior' tetap tenang dan sabar. Malah semakin disindir, semakin banyak pendekatan yang digunakan untuk menarik hati keluarga 'junior'. Dan akhirnya, cinta mereka diterima. Kesudahannya, kisah cinta 4segi menjadi cinta 2hati. Semuanya terjadi tidak disengaja, langsung tidak siapa menduga.
Kuat kuasa cinta mereka. Jodoh telah menemukan 2hati yang asalnya telah berpunya untuk menjadi satu dan terus hidup bersama. Kini, 'senior' dan 'junior' telah punya anak bernama Nur Irdina Amani sebagai bukti cinta mereka. Hari ini satu, insyaAllah esok lusa akan menjadi 2 dan 3. Syukur alhamdulillah...
Benar lah kata jodoh itu di tanggan Allah S.W.T. Semoga cinta mereka terus mekar, terus dilimpahkan keberkatan olehNYA. Doakan semoga cinta mereka kekal selamanya. Aamiin ya rabal alamin.
Nota Kaki : Sebenarnya entry ini sepatutnya pada 4hb tapi atas masalah teknikal hari ini baru berjaya. Ingat hilang entry ni selepas di taip panjang lebar, akhirnya tersimpan dalam 'draft'. Syukur sangat sebab teringin simpan memori kami di sini.
11 comments:
hehehe....saya ada dari mula hingga akhir cerita nie... :)
I loovvveeeee love stories.. pheewwiittt.... Nak habaq mai jugak.. tatkala sewaktu junior memula berkapel dgn senior tu kan, kwn kwn senior ternampak dekat library dan disitu lah kawan senior nih kenal awek terbaru senior nih.
p palang s: si senior tu masa dulu kalo hang out sesama, org buat lawak dia la org paling lambat faham lawak tu. adooiii...
Kiree : hahahaaa *malu* kamu tahu semua yang berlaku dari A to Z. rindu saat itu, rindu mahu kongsi cerita :)
Cik Cip Puding : kih kih kih… library kan tempat kami ‘berdating’ kak. masa tu, cabaran ktorg boleh consider hebat jgk. imran kena berdepan dgn tentangan dari family saya + ex-girlfriendnya. Saya plk terpaksa berdepan dgn orang disekeliling (budak UNITEN) yg rasanya anggap saya perampas. asyik pandang sinis je dengan saya. sangat tertekan! Ingat2 balik memang kelakar.
Imran kan mmg cmtu, ‘blur’ x kena tempat sampai skrg. Choppp apa kata ‘cip’ plk buat love story both of u dalam belog, nak baca jgk
Ohohoho.. I dont remember pulak ada yg kata perampas. I dont even remember sape ex dia masa tu. Hahahaah.. Xkejam kan? Cumenye xtau ape cerita sebenar. Nak tanya imran segan nanti mcm bz body pulak. Okay this one I just remembered. Dulu kak nini was having problems dgn love life dia abd guess what? Imran yang bg advice okehh.. Mengaku diri dia dr. love khoottt.. Xmenahan. Dr masa uniten lg, Imran ni mengingatkan kak azrul dgn abg kak azrul. Tang mana yg sama tak tahu la. Hoh hoh hoh..
Perampas? xde la mcm tu.
Bkn ke si 'senior' tu mmg terkenal sebagai 'Hero Melaya'. Lepas bercinta dgn A, tukar pula dgn B, lepas tu pilih pula C. Cinta bersegi2 la katakan. hehe..
Dah la si 'senior' byk no telefon & asyik tukar2. Plg funny xboleh lupa, ada ke abg Khus ni boleh call no hp exGF si 'senior'. Ingatkan no hp si 'senior', apa lg panas hati la si exGF. Xtau la dah break up. hehe..
Apa2 pun kisah Hero Melaya tinggal sejarah. :)
suweetttt ayu!;)
Sweet...hehee...actually kan kisah paling sweet dalam percintaan ialah kisah permulaan perkenalan tu, mcm mana boleh kenal...best kan...saya pun ada...dan saya percaya setuap suami isteri pun pasti ada kisah permulaan perkenalan ni ;-))
Jemput singgah ke blog saya untuk mendapatkan tips/produk/testimonial penyusuan, kecantikan & kolagen. Terima Kasih
http://mama-iloveu.blogspot.com/2012/08/testimoni-4-oz-ke-7-oz-dalam-masa-2-hari.html
http://mama-iloveu.blogspot.com/2012/08/8-panduan-memilih-kolagen-yang-baik.html
haha..teringat balik cerita cinta ni..hehehe..tiap2 ari salin sms..hehe..
Mama-ILuvU : Salam perkenalan
Dalila : tq for reading my dear. nama awak ada kat sini :)
Ayu... so suweettt...=)
Bestnye luahkan kisah cinta kan... teringin nak abadikan kt blog jugak... xkan nak luahkan kt fb..=)
Kite doakan semoga ayu n abg im kekal bahgia hingga ke akhir hayat...
My Inspiration : amin... tq! firuz tulis lh dlm belog, sy sokong 100%. msti seronok nak baca sebab cinta korang lg lama kn. tulis k, dh tulis roger ayu erk.
Post a Comment