Salam
Sambutan Hari Raya Aidilfitri kami kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun sebelumnya. Semuanya secara sederhana. Belanja raya secara sederhana, duit raya yang sederhana, jalan raya secara sederhana malah cuti juga secara sederhana. Nak dijadikan cerita, kami tidak mengambil cuti sehari pun untuk raya kali ini. Bukan tidak mahu beraya, kami mahu. Tetapi kami punya matlamat untuk membawa cuti yang tidak seberapa nak cukup ini ke tahun hadapan. Motif? Semuanya masih belum pasti, kita merancang tuhan menentukan.
Raya oh raya.
Seperti kebiasaan, lokasi pertama untuk berhari raya adalah secara giliran. Dan tahun ini adalah giliran kampung zero di Melaka. Kebiasaannya isu raya tidak menjadi masalah besar buat kami setakat hari ini kerana tiap kali raya pertama, kami akan pastikan kami berada di kedua² kampung tidak kira siang atau malamnya. Kami masih selesa begitu kerana bagi kami itu cukup adil untuk kedua belah pihak. Yang lebih menyenangkan hati kami, kedua keluarga juga menerima.
Raya kami, biasa² sahaja. Sama seperti suatu hari yang wajib dirai selepas habisnya Ramadhan. Suasana raya kedua² belah keluarga secara sederhana dan tidak lah semeriah mana. Mungkin juga kerana faktor kekecilan ahli keluarga zero 3beradik(seibu sebapa)+4(seibu)+3(sebapa) & suami 3beradik menjadi punca kurangnya kemeriahan hari raya keluarga kami berdua. Di pihak zero, emak punya 5beradik dan anak² mereka yang paling ramai pun 4orang sahaja jumlahnya. Manakala ayah sebenar zero telah berpisah dengan emak sejak zero berusia empat tahun lagi jadi kami adik-beradik kurang mesra dengan keluarga sebelah ayah kandung. Walau bagaimanapun, kami masih berhubung dan masih ziarah antara satu sama lain. Kemudian, emak zero berkahwin pula dengan ayah tiri yang merupakan penduduk tetap dan baru sahaja mendapat taraf kewarganegaraan. Jadi, keluarga sebelah ayah tiri kebanyakkannya tiada di sini. Dan zero punya adik beradik tiri (seibu) seramai 4oarang. Manakala sebelah suami pula, emaknya punya 5beradik dan kesemuanya menetap di Singapura dan emak suami zero juga berstatus warganegara Singapura sehingga ke hari ini. Dan di sebelah ayah suami zero pula, ada 7beradik kesemuanya tetapi kebanyakkannya di luar Johor. Jadi sudahnya, raya kami agak terbatas. Itu kisah untuk tahun ini. Entah esok atau lusa keluarga bertambah, waktu itu mungkin hari raya akan jadi makin meriah. InsyaAllah.
Suasana raya di Melaka (kampung zero) ;
Secara keseluruhannya suasana di sini agak meriah kerana beraya dalam suasana kampung (walaupun gaya macam taman sebab rumah tersusu & sebatang pokok kelapa pun tidak jumpa). Di sini masih ada takbir rumah ke rumah pada malam raya, masih ada dentuman bunga api di sana sini hingga ke subuh hari, masih ada acara keliling kampung salam bersalaman sesama tetangga sebelum solat raya dan sebagainya. Tetapi untuk kami sekeluarga, raya dirai cukup sederhana. Kami sekeluarga menyambut permulaan raya dengan takbir dan bunga api di malam raya, solat raya dan mengunjungi sanak saudara di hari raya pertama dan jika keadaan lebih baik adalah sedikit sambutan di hari raya kedua. Itu sahaja. Cukup ringkas dan singkat tempohnya. Raya ketiga dan seterusnya, tiada lagi keraian.
dengan keluarga di Melaka
kami bertiga
mak, ayah & adik beradik seibu
atuk, nenek & cucu²
takbir malam raya
kami lagi
Suasana raya di Johor (kampung suami) ;
Di sini suasana sedikit berbeza kerana kawasan rumah suami zero terletak di taman perumahan di tengah ibu kota yang dikelilingi 90% bukan islam. Jadi, sedikit sebanyak rasa dan suasana hari raya kurang dirasai di sini. Kami sekeluarga mulai raya kami dengan solat raya, makan bersama dan kemudian ke Singapura untuk melawat nenek kepada suami di sana. Itu sahaja, cukup ringkas. Keesokannya, tiada lagi keraian.
keluarga di Johor (sebelum kami sampai)
dengan keluarga di Johor
moyang & 2 cicit (nenek kepada en.suami)
moyang & cicit + nenek & cucu
dengan nenek di singapura
Ini lah suasana raya kami sekeluarga. Cuma bezanya kali ini, zero perlu membawa irdina ke pejabat untuk tempoh 3hari kerana emak pengasuh tutup premis untuk berhari raya. Secara keseluruhan, alhamdulillah everything was fine. Irdina pun tidak banyak ragam. 10 hari kami menjaga irdina untuk tempoh 24jam. Waktu ini kami nampak perangai sebenar beliau. Jika sebelum ini kami hanya dapatkan perkembangan dari pengasuh, tapi kali ini kami lihat sendiri. Dari sifat positif ke sifat negatif semuanya ada. Tapi, bagus juga kerana kami belajar diri irdina yang sebenar. Cumanya irdina makin garang.
Hari ke-1
Duduk di pejabat dan sempat bawa irdina ke Ampang Park makan tengah hari.
Hari ke-2
Hanya duduk diam di pejabat sebab ummi puasa. Irdina makan apa yang ada sahaja.
Hari ke-3
Duduk di pejabat dan ke taman KLCC mandi juga main di taman permainan.

Ok, itu sahaja raya kami sekeluarga untuk tahun ini.
Nota Kaki : Ada tambahan gambar akan diupload kemudia untuk simpanan sendiri
8 comments:
selamat hari raya kak ayu . alahai comel je si irdina tu..hehehe :)
opss , lupa nak tulis dari nabila . blog kena hacked terpaksa kna mcm ni plak . hehehe :D
kak ayu tetiba nak tanya 1 soalan , btw family khairul ada 3 atau 4 ?? jadi confius plak tetiba .
Nabila : ishhhh awak x tahu ke? 3je. mb awak confuse sbb detail sgt ceritanya & ada skli tu akak silap tulis. now dh edit semula :)
oh , okey2..hehehe :)
nabila tnya sbb khairul kata dia ada akak atas dia ? sbb tulah . hehehe . kira dia , along dia dgn husband kak ayu jela adik-bradik dia ??
ayu, stylo gile sume baju amani... hehehe... comel je... rambut dia yg mahal tu... jadikan ianya satu kelebihan kan?? hehehe....
My Inspiration : tq firuz. sy mmg suka shopping baju Bb. dulu ms x de anak shopping bj utk anak sedara, dh ada anak apalg sopink utk anak lh kn :) haaa betul rambut itu sgt mahal :P *anak akak ayu siap merayu2 pd mama dia nak rambut mcm irdina, at last akak ayu pg buatkan* hahahaa sabar jelh kan.
Post a Comment