Salam,
Hari ini hari ke-26 umat islam berpuasa, dan ini bermakna malam ini malam ke-27. Malam ganjil di 10 malam terakhir Ramadhan. 10 malam terakhir Ramadhan akan ada satu malam yang Allah s.w.t telah janjikan ibadah pada malam itu ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan.
Sudah pasti semua orang pun berlumba² untuk mendapatkan malam tersebut. Kami juga mencuba. Kalau boleh tidak mahu peluang yang ada terlepas begitu sahaja. Jadi, sepanjang Ramadhan ini rutin kami pada hujung minggu sedikit berubah. Walaupun kami keluar siangnya, en.suami akan pastikan kami sempat berterawih di surau kawasan rumah kami.
Satu malam, iaitu malam ke-23 sewaktu sesi tazkirah semasa solat tarawih, imam di situ sempat berpesan supaya perbanyakkan amalan malam itu kerana mengikut kiraan Iman Shafie lailatulqadar tahun ini jatuh pada malam tersebut.
Malamnya, kami bangun jam 1.15 pagi. Lalu kami buka tingkap, singkap langsir dan terus lakukan apa yang dirasa perlu. Sebab kami buka tingkap, kami singkap langsir untuk membangkitkan ‘mood' berjaga malam. Setelah semuanya selesai, kami kembali semula ke katil dalam jam 3.30 pagi untuk tidur seketika sebelum bangun bersahur. Sejujurnya, rutin ini jarang pada zero dan biasa bagi en.suami.
Tapi apakan daya, kami terus lena tanpa sempat bersahur pagi itu. Kami bangkit jam 6.00 pagi itupun setelah dikejutkan oleh irdina. Selepas selesai solat subuh, kami bertiga lepak sambil berbaring dan bersembang di atas katil.
Waktu itu, tingkap dan langsir kami masih terbuka. Beberapa minit berlalu, dengan tidak semena², irdina tunjuk ke arah luar sambil menutup kedua matanya seolah nampak sesuatu yang pelik. Dan sesekali irdina mengintai dari celah² jarinya dan kemudian menutup semula matanya tanpa kata². Situasi itu berlanjutan untuk tempoh 2-3minit.
Kami jadi keliru. Bila ditanya, irdina diam dan hanya memberi isyarat tanggan dan mata. Bila disoal lagi, irdina senyap. Kami sedikit pelik kerana irdina tidak pernah berkelakuan begitu. Irdina juga tidak pernah main cak cak dengan menutup mata sebenarnya… Kalau ada pun, irdina main cak cak beserta suara dan tanpa tutup mata. Dari gayanya waktu itu, irdina macam nampak sesuatu.
Kami biarkan kisah itu berlalu.
Malamnya, selepas berbuka di Felda Pedana kami bergegas pulang ke rumah kerana seperti kebiasaan en.suami lebih selesa untuk berterawih di kawasan kami. Malam itu, malam ke-24. Kebetulan malam itu, ustaz don menjadi imam di situ (beliau tinggal di sekitar kawasan kami).
Sewaktu sesi tazkirah, ustaz don menyatakan bahawa malam semalam (malam ke-23) seperti berlakunya lailatulqadar kerana ada tanda² terdapat pada malam & siangnya (puasa ke-24). Lantaran dari itu, kami terus teringat pada kejadiaan subuh tadi yang mana irdina seolah² nampakkan sesuatu. Cara irdina luar dari kebiasaan.
Mungkinkah apa yang dilihat irdina pagi itu kelibat malaikat? Mungkinkah itu tandanya lailatulqadar? Apapun, pandangan mengenai lailatulqadar ini terlalu banyak dan sebaiknya kita teruskan ibadah kita secara istiqamah. Pencarian perlu diteruskan. Mungkin juga mala mini malam ke-27, adanya lailatulqadar. Sama² kita beribadah secara istiqamah insyaallah.
Wallahu’alam…
0 comments:
Post a Comment