Tuesday, October 5, 2010

Come Back - Part I (Pengalaman bersalin)

Assalammualaikum semua…

Entah ada yang membaca atau tak saya pun tidak pasti. Maklumlah sudah hampir tiga bulan saya meninggalkan blog ini bersawang. Sepanjang berpantang, jari jemari saya turut serta berpantang walaupun terlalu banyak cerita yang boleh dikongsi. Kata orang sharing is caring :) Tapi bila lama tidak menulis ni mulalah tak tahu bagaimana nak mulakan cerita.

Surprise!!! I’m a mother now dan semuanya telah selamat pada 1st August 2010. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada juga ada yang masih belum mengetahui. Alhamdulillah kehidupan saya hampir lengkap kini. Teruskan membaca jika anda peminat saya.hahaa…Chopp silap, continue reading kalau nak tahu apa aktiviti saya sepanjang berpantang jari ni : )




Saya telah selamat melahirkan seorang puteri bernama Nur Irdina Amani pada 1st August 2010 jam 1tghr. Amani tidaklah sebesar mana cuma 2.91kg semasa lahir. Itu pun saya sudah tersgtlah syukur kerana pada 2 minggu terakhir sebelum kelahiran berat amani hanya sekitar 2.1kg. Mungkin juga mengikut genetik asben yg bersize comel. Tapi bila tahu je berat Bb baru 2.1kg minggu ke-38 buat saya susah hati. Jadi saya makan dengan banyaknya pada saat2 akhir utk menambahkan berat Bb. Alhamdulillah usaha ini agak berhasil…




Sebagai mempersiapkan mental & fizikal untuk menghadapi saat kelahiran, saya telah mula bercuti 3 hari lebih awal. Seperti kebiasaan hari Sabtu kami (saya & asben) selalu dihabiskan meronda-ronda “ukur jalan” di shopping mall & favourite kami adalah Midvalley. Jalan punya jalan bila nak solat tup-tup dalam jam 1 tghr (Sabtu) saya dapati saya sudah ada tanda untuk bersalin walaupun saat itu saya masih gagah perkasa : ) Tandanya adalah darah keluar seperti mukus (antara tanda hampir bersalin selain pecah ketuban & kontraksi).

Sejujurnya saya langsung tidak ada rasa sakit. Perasaan panik juga belum terbit waktu itu sebab kata orang walaupun sudah ada tanda-tanda mahu bersalin kita masih ada masa sekitar 12jam ke 3hari sebelum melahirkan. Tanpa berlengah saya terus hubungi Prima Nora Medical Centre (tempat monthly check up) bagi mendapatkan penjelasan mereka apa yang patut saya lakukan. Mereka minta saya datang ke PNMC ambil surat refer untuk ke Pantai Bangsar.

Walaupun barang sudah siap sedia dalam kereta kami tetap mahu pulang untuk bersihkan diri, tido & makan puas-puas sebelum menghadapi edisi berpantang. Doc arahkan saya check in di hospital jam 11 malam tapi dengan rileksnya kami sampai di hospital jam 12.15am. Sesampai terus staff nurse tanya kenapa sampai lewat sangat? Jawab asben nak bagi dia (merujuk kepada saya) makan puas-puas : )


Saya masuk ke labor room jam 6.30 pagi (Ahad) dan selamat melahirkan jam 1tghr., lebih kurang 6 jam bertarung di dalam labor room ditemani en asben & nurse2. Alhamdulillah walaupun tanpa “paint killer” saya gagahkan juga diri ini dengan bantuan oksigen. Saya seakan-akan berada di awang-awangan (seolah-olah separuh sedar sehingga tidak tahu kelibat orang sekeliling dan hanya mendengar suara) sebelum & juga selepas melahirkan mungkin akibat pengambilan oksigen yang berlebihan. Tapi dengan 2x push amani selamat dilahirkan. Alhamdulillah…


Sejujurnya mahu bersalin memang sakit lagi-lagi sakit kontraksi. Makin hampir untuk bersalin lagi kuat kontraksi dan sakitnya tuhan saja yang tahu. Nasib ada asben yang sentiasa memberi sokongan & nurse yang sentiasa membantu. Apapun, saya & asben sgt puas hati dengan service di Pantai dari staff sokongan, nurse sehingga ke doc. Tip top! Kami sgtlah berterima kasih pada nurse di sana and of couse Doc yg menyambut amani, Datuk Dr. Nor Ashikin.Next bb boleh dengan doc ni lg, insyaAllah. Secara peribadi, saya berani recommend sesiapa bakal ibu utk merujuk kepada doc ini. Doc Nora very friendly & cekap kerjanya.

Tapi utk pengetahuan bakal ibu semua, ketika kita sakit nak bersalin suami merupakan org yang paling sibuk & boleh kata sama penat dengan ibu yang nak bersalin ni. Suami ke sana ke sini menguruskan segalanya dan tidak bosan utk menemani kita di saat getir itu dari awal hingga ke saat kelahiran. Rasanya tidak salahlah kita mengucapkan terima kasih pada mereka.

Pada bakal ibu,semua, banyakkan berzikir (ingat Allah sahaja pesan suamiku) & membaca "la ilaha illa anta subhanaka inni kuntuminaz zolimin" ketika menanti saat kelahiran. Yag paling penting, sila dengar arahan nurse/doc walaupun sdg sakit & lesu kerana ianya sgt membantu anda. Anda perlu push sekuat hati mcm nak "membuang" setiap kali datangnya kontraksi. InsyaAllah...

Terima kasih pada kawan-kawan yg sgt ramai datang melawat & memberi hadiah utk amani.


Pegalaman bersalin adalah pengalaman yg tidak akan dapat saya lupakan dan video & gambar akan menjadi memori.Bila merasainya sendiri, baru saya sedar perit getir seorang ibu melahirkan & pesan saya kita sebagai anak hargailah pengorbanan ibu kita.

Perasaan? Sgt gembira...Akhirnya penantian kami berakhir. Ibaratnya hidup saya sudah hampir lengkap dengan kehadiran amani. InsyaAllah jika ada rezeki, pengalaman yg sama akan saya lalui lagi.

Pesan saya utk bakal ibu, yg paling penting hati kita kena kuat & ingat Allah sentiasa insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

14 comments:

mRs.fAriDnAnA said...

wahh bestnye...(^^,)...xsbr nak hadapi jgk...mOga na pun selamat melahirkan bb seperti ayu jg...

mummyar said...

tahniah ye......nama yg sangat cantik....selamat berpantang.....pengalaman bersalin adalah pengalaman pertama yg sukar kita lupakan....

Cik Cip Puding said...

Alhamdulillah... Tahniah.. Tahniah dan Tahniah sekali lagi kerana ayu sudah pun menjadi ibu kepada Amani.. Hehehe.. ekceli adik kita yang Azrul Asyikin tu pun disambut oleh dokter yang sama menyambut Amani. Bayangkan lah she have been there in PMC since 1994 lagii sebab Ekin dah 16thn sekarang.. That is why nama adik kite Asyikin sempena nama dokter tu and arwah mak kite bercita² nak ekin jadik dokter..

Bertuah IMran dapat isteri yang betul²appreciate husband dia.. Tahniah buat Imran jugak..

May you have more great & happy life together as a family..

Soul D'sign said...

Wahhh...congrate....

musti bnk Amani dpt duit raya thn nih..huhuhu..murah rezeki dia...

bila dah sihat nnati,bwk la amani jenjalan kat penang nih...

ZERO VENDETTA said...

faridnana - insyaAllah nana jgk boleh dilancarkan segalanya.amin...yg plg penting hati kena kuat :)

mummyar - saya dh hbs pantanglah kak, amani dh 2bln 5hari.sorry lmbt update

Cipuding - Oic...heh,kalau nak tahu imran pn kata nak suh amani jd mcm doc Nora bila dh bsr nnt sbbnya dia jatuh cinta dgn kerja doc tu

Zero 2 Hero - Alhamdulillah amani lahir rite timing la, duit raya lg berapa RM ckp RM1000 :)tinggal duit raya dr uncle syam je x dpt lg.heh

Cik Cip Puding said...

Uncle syam dah dato' kan sekarang.. alaa... setakat lagi beberapa ribu lagi nak cukupkan 10k tuk persediaan amani nak kawen suk celah gigi uncle syam je tuu..

My Inspiration said...

ayu... syoknye... hopefully when my turn comes, segalanya pon di permudahkan....mcm ayu... insyaAllah... aminnn....=)

ZERO VENDETTA said...

Ok ciyok firuz...
yg paling penting bg ayu,hati kita kena kuat & igt Allah insyaAllah semuanya dipermudahkan.

Nnt turn kami plk pg melawat kamu :)

Anonymous said...

Congrats again! Ehem2 sempat lagi jalan2 yea he he he...

Suka tgk gambar amani... tambut dia lebar sgt2 =)

ZERO VENDETTA said...

Yela awk & kwn2 lain bg tips kata byk berjalan mudah bersalin, so saya pn jalan jela :)

skg tak lebat lg, botak!heh

Elly Emmy said...

tahniah mama ayu..
comel Amani.. puteh bersih mukanya.

munira azme said...

amani dah botak ek..he he sama mcm my baby gurl i dah gondolkan kepala dia... ^_^ tak pe nanti kita tunggu rambut diorang panjang =)

radekamn said...

congrats coz dah jd mommy..i jd flower u...if u sudi..jd la flower saya untuk tau perkembangan blog saya...thanks

AzwanRamli said...

Fuh...hepi famili...semoga selalu dibawah rahmat Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...