Monday, April 27, 2009

Peyingkiran Minggu ke-7..


Saja nak berkongsi cerita pasal AF7.Pada sesiapa yang tidak mengikuti AF minggu ke-7,mungkin mereka tidak tahu siapa yang tersingkir.Pelajar yang tersingkir adalah Aril (adik kepada penyanyi,Izwan pilus).Mungkin juga mereka tidak mengetahui pada tahap mana pencapaian Aril kini.

Tapi bagi aku dan suami,kami agak terperanjat dan agak terkilan dengan penyingkiran Aril minggu ini. Bukan kami sahaja terkedu malah pengacara AF7 (AC menitis air mata),cikgu2 & juga pengkritik.Apa lagi kalau dilihat pada penyokong setia Aril.

Kenapa??Kerana bagi kami Aril seorang pelajar yang berani & mampu berinteraksi baik dengan para penonton ketika membuat persembahan.Walaupun tidak menyukai Aril pada mulanya,tapi kami mengakui kekuatan yang ada pada Aril. Tidak dinafikan,Aril menunjukkan peningkatan dari minggu ke minggu.

Kalau tanya aku untuk minggu ini aku rasakan pelajar perempuan la yang lebih layak untuk diundi keluar kerana untuk minggu ini mereka tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.Berbeza dengan pelajar lelaki yang kami lihat semakin baik persembahan mereka.

Sejujurnya jika ditanya siapakah pelajar yang kami rasa patut diundi keluar pada minggu ini,jawapannya adalah A!Kenapa??Kerana aku menilai prestasi pelajar melalui vokal,penghayatan dan bukan pada undian penonton atau rupa semata-mata.A memang comel tapi dari segi kualiti suara,masih belum mantap.Selayaknya A tidak layak untuk berada hingga ke minggu ke 8.

Tidak mengapalah.Mungkin rezeki berpihak pada A.Mungkin juga kerana rezeki tidak menyebelahi Aril kerana terpaksa akur bahawa dialah pelajar yang tersingkir untuk minggu ini.Inilah realiti yang perlu diakui oleh semua bahawa rancangan realiti TV memberi kuasa mutlak pada penonton (orang yang tidak arif mengenai muzik) untuk menjadi pengadil.

Itulah hakikatnya.Di mana keadilan rancangan realiti TV??Bagi aku dan suami,kami lebih gemar pada rancangan yang meletakkan pengadil (orang yang arif tentang muzik) contohnya macam OIAM untuk membuat pengadilan.Sah2 bintang yang dilahirkan memang berbakat.Ini lebih baik!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...