Tuesday, April 21, 2009

Kehidupan selepas 12.12.2009

Selepas tarikh keramat 12.12.2008 (iaitu selepas empat tahun empat bulan mengharungi zaman bercinta),sahla aku untuk bergelar sebagai seorang isteri kepada Imran Bin Sadiman.Apakah perasaan aku tika itu??Perasaan yang bercampur baur.Tapi yang pasti,aku sungguh gembira saat itu.Terharu tak terkata Imran sudah jadi suamiku yang sah.Alhamdulillah syukurku pada yang ESA.

Sama seperti pasangan2 yang lain,kami menjalani kehidupan seharian bersama.Tiada lagi keraguan & kerinduan hidup berjauhan,tiada lagi rahsia pada setiap apa yang dilakukan,tiada lagi kerungsingan.Kami hidup dengan aman malah semakin tenang atas keberkatan dariNYA.

Hakikatnya,bergelar seeorang suami & isteri berbeza peranan & tanggungjawab masing2.Itula yang perlu kita akui.Tiada yang mampu dipertikaikan.Tanggungjawab harus dipikul,peranan harus dilaksanakan.

Aku juga tidak mampu lari untuk mempertikaikan semua ini.Semuanya harus ku hadapi,bergelar seorang isteri.Jauh disudut hatiku,aku mahu menjadi isteri yang solehah & teristimewa,anak yang terbaik & ibu yang terhebat pada anak2 ku kelak.Mampukah aku untuk merealisasikan impian ku itu.Hanya keredhaan,kekuatan & ketabahan tanpa rungutan yang akan menjadi penentu.

Sejujurnya,banyak perkara seakan berubah selepas bergelar seeorang isteri.Rutin harianku berubah,susuk tubuhku juga turut berubah.Bebanan tugasan rumah bertambah,berat badan ku juga turut bertambah.Itula hakikatnya yang perlu aku terima.

Berat badan aku mula dirasai pertambahannya.Bayangkan dari 49kg naik ke 52kg.Boleh anda semua bayangkan perubahannya??Ternyata susuk badan ku berubah terutama pada bahagian perut & pahaku.Ke sana ke mari semua memperkatakan kepada aku tentang perubahan ini.Sehinggakan ada yang bertanya,adakah aku sedang berbadan dua.Sedih sungguh menyedihkan.

Kenapa berlakunya pertambahan pada berat badanku??Mungkin kerana rutin pemakananku yang kini berubah.Bayangkan daripada tiada makan malam semasa zaman bujangku,kini setiap malam aku menikmati makan malam bersama suamiku.

Sama seperti isteri2 yang lain,salah satu tugasan harianku adalah menyediakan makan untuk sang suami tercinta.Kebiasaannya aku akan menyediakan sarapan untuk bekalan suamiku ke pejabat dan juga makan malam untuk tatapan bersama.Cuma ada ketikanya pernah juga aku tidak berkesempatan untuk menyediakannya.

Apa menu harian kami agaknya??Kalau untuk sarapan pagi,aku akan sediakan sarapan yang based on roti.Bukan apa senang & kurang masa diperlukan untuk penyediaannya. Roti plus telur ke,roti plus sosage ke,roti bakar ke & kadang2 aku masak nasi goreng.Itula sarapan pagi untuk suamiku beserta dengan air oat.Aku macam mana??Sarapan ku adalah peel fresh orange plus 3 keping kuih yang aku beli.

Manakala untuk santapan makan malam hari-hari bekerja,aku akan menyediakan mi,bihun,kuehtiow atau ye mee yang dimasak pelbagai cara.Dari hidangan yang benar2 simple sampai ke yang agak remeh.Antara hidangan harianku termasuklah mi goreng,kuehtiow goreng, bihun sup,kuehtiow kungfu,kuehtiow kantonis,tomyam dan juga ye mee.

Bunyi macam orang nak berniagalah pulak.Tapi itula yang dimahukan oleh suamiku.Tak mahu makan yang heavy katanya.Cumanya hujung minggu sahaja masa yang sesuai untuk aku
hidangkan nasi berlauk.Pernah juga aku berkata pada suamiku,"kalau macam nilah gayanya abi,tak dapatla ummi nak improve & tunjuk skill memasak ummi pada abi".heh.Serius aku sgt gemar memasak.Tp masih dalam proses pembelajaran untuk memantapkan skill yang ada.

Ada kelapangan kami juga gemar bereakreasi pada hujung minggu.Berjogging atau bermain squash bersama jikalau tiada aktiviti lain untuk dilakukan.Setiap hujung minggu Midvalley menjadi tempat permainan kami kerana kami perlu membeli barangan dapur di Carefour.Menonton VCD juga seolah-olah telah menjadi aktiviti wajib kami di hujung minggu.

Semenjak berkahwin ni,rumah aku bukan satu bukan dua tetapi tiga.Rumah makku di Melaka,rumah mertuaku di Johor dan rumah ku bersama suami.Kami perlu adil dalam semua hal.Oleh yang demikian,kami pulang ke kampung setiap hujung bulan secara bergilir-gilir.Itula yang perlu dilakukan bagi melepaskan rindu pada keluarga masing2.

Bercerita tentang peranan pula,peranan seorang isteri amat besar.Bukan sahaja perlu menjaga keperluan suami & seisi rumah,kita juga perlu untuk taat pada sang suami.Setiap langkah perlu dimaklumkan kepada mereka,setiap tindakan perlu memikirkan kesannya terhadap mereka.Kesemuanya!Setiap tindak tanduk kita akan memberi kesan kepada sang suami.Jaga aurat,jaga tindak tanduk,jaga kata2.Aku lalui semuanya seperti isteri2 yang lain juga.

Tapi aku bersyukur kerana disatukan dengan suamiku.Seorang yang cukup bersederhana dalam banyak hal.Bukan seorang yang cerewat bab2 makan,bukan seorang yang gemar bersosial di luar,tidak suka berkata-kata yang tidak berfaedah,sentiasa dekat pada yang maha ESA malah dia mampu untuk membuat diriku tenang & bahagia.Dia terbaik buatku.Alhamdulillah.Hanya satu yang kuharapkan semoga semuanya akan kekal selamanya atas keizinan yang maha ESA.AMIN..

Itula serba sedikit tetang kehidupanku yang baru.Banyak yang telah berubah seperti sebelum berkahwin dulu.Kini aku perlu menjaga bukan hanya diri sendiri tetapi juga kebajikan & keperluan suamiku.

Memasak,mengemas,merias diri & melayan suami,begitula perjalanan hidupku sebagai seorang isteri.Penuh dengan tanggungjawab yang memerlukan kekuatan & ketabahan yang berterusan.Cuma satu yang kuharapkan supaya aku mahu menjadi isteri yang solehah & teristimewa,anak yang terbaik & ibu yang terhebat pada anak2 ku kelak.Semoga ALLAH mengetahui isi hatiku ini.

Doakan kebahagiaan kami kekal selamanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...