Perhatikan inilah gambaran WMS 9292 semasa kami menjadi tanggan pertama.Warna yang sama cuma ada beberapa perubahan kami lakukan antaranya plat,ekszoz,dan body kit.Itu sahaja.Yang lain2 semuanya sama seperti yang asal.
Jadi kami ingin lakukan sedikit perubahan supaya nampakla macam baru.heh.Keputusan nekad diambil apabila WMS 9292 warded di bengkel pada 24.04.2009.Sepanjang tempoh itu jugalah aku terpaksa bekejar-kejar naik train pergi & balik keje.Agak tension juga sebabnya aku perlu keluar lebih awal,bekejar-kejar menukar 2 train (star & putra),malah berlanggar-langgar dengan orang2 dalam train yang kadang2 aku rasakan ada juga yang cuba mengambil kesempatan dalam kesesakan dalam train setiap hari.Sungguh membosankan!
Secara keseluruhan,kami berpuas hati dengan hasil make over kali ini.Warna baru,pearl white.Tapi kenapa putih??
Alasannya,nak sama dengan kereta keluarga2 yang lain.Hitam family sebelah husband & putih family sebelah aku.Alasan kedua kerana rasa dah banyak sangat Honda Accord model ni kat jalanan dengan warna yang standard.Alasan ketiga kerana putih nampak muda.Yela tidak nanti nampak macam kereta pinjam sebab tuan yang bawaknya comel kecil je orangnya (husbandku).Mesti orang kata pinjam kereta mak ayah.Jadi dengan warna terbaru mungkin anggapan sebegitu tak ada lagi.
Mungkinkah akan ada lagi make over berikutnya?Mungkin juga,sebab ada beberapa bahagian lagi yang masih belum menggembirakan kami contohnya macam lampu & rim.InsyaAllah ada rezeki tiba turnnya nanti.Kita nantikan adakah kepastiannya.
0 comments:
Post a Comment