Cuba anda2 semua lihat pada gambar di atas,comel tak kedua-dua rabbit tersebut.Jika anda kehilangan kedua-duanya apa yang akan anda rasa??Adakah anda akan sayup,sedih,terasa kehilangan & kesunyian.Itulah yang kami rasa (me & my husband).Pemergian yang sungguh dirasai..
Al-kisahnya..
My husband dia ni sangatla sayangkan pada binatang.Boleh dikatakan kesemua binatang peliharaan digemarinya.Contohnya macam kucing,rabbit,ayam,angsa,ikan,iguana dll.Sampai ada satu tahap,dia pernah berbisik di teligaku "ummi,kalau islam membenarkan kita sentuh anjing (yg comel & berbulu lebatla maksudnya) abi orang pertama yang akan sentuh".Sampai ke tahap ni kegilaannya pada binatang kalau anda semua nak tahu.
Tp berlainan pula dengan diriku sendiri,aku tidak akan pernah memegang binatang berbulu seperti kucing (kec. terlanggar or what else).Kenapa agaknya ye??Bukan sbb takut,bukan sbb geli,tp semacam naik bulu2 tengkukku jika menyentuhnya.Itula hakikatnya kerana pernahku cuba membelai2 bulu2 kucing contohnya,tp dek kerana urat2 yang ada pada badan mereka,aku seolah-olah fobia untuk melakukannya lagi.huh.
Biarla dimarahi oleh suamiku,biarla orang mentertawakanku,tetapi aku akan tetap menunggu saat apabila kekuatanku ada untuk memegang binatang berbulu seperti kucing.Jika tiba saatnya,akan aku maklumkan kegembiraan ku itu.
Al-kisahnya..
Sebelum ni, my husband sangat gemar untuk pelihara kucing.Pernah juga dia pelihara ayam katik & angsa tp semuanya tidak pernah kekal.Kenapa jd begitu sedangkan dia amat mengemari kesemua binatang tersebut.
Ini kerana setiap kali dia punggut or beli kucing,ayam & angsa,setiap kali jugala ayah atau emaknya akan melepaskan haiwan2 tersebut dalam tempoh 2-3 bulan.Apa alasan disebalik kejadian ni??Kata mak mertuaku,mereka tidak ada masa untuk menjaga keperluan & kebajikan haiwan2 tersebut.Bukan kerana tidak suka,tp disebabkan mereka bekerja.Mana nak bagi makan,mana nak bersihkan najis binatang2 tu semua.
Ke mana pula husbandku untuk menjaga haiwan peliharaan tersebut.Jawapannya,dia belajar di UNITEN saat itu yang mana tiada kebenaran/pelepasan untuk membawa binatang peliharaan ke sana.
Berbalik kepada kisah rabbit2 kami tu, kisahnya bermula begini..
Jadi,habis sahaja study dan husbandku mula bekerja (TNB) masa tu,dia buat keputusan untuk membeli kedua-dua rabbit di atas dengan harga RM170 seekor yang mana seekor jantan & seekor betina.Kami beri nama lion head pada si jantan & cross country pada si betina.Saat kami beli kedua-dua rabbit tersebut usia mereka baru mencecah 3 bulan.
Dengan perasaan gembira & teruja,kami bawa pulang (ke rumah sewa husbandku before kami bernikah) binatang2 tersebut.Setiap hari,selepas habis waktu bekerja husbandku akan lepaskan kedua-dua rabbit kami & mula bermain dengan kedua-duanya.Kadang2 mereka dimandikan,siap d'shampoo lagi.Setiap hari la rutinnya begitu.
Kawan2..
Kalau anda semua nak tahu,selepas berkahwin ni kami akan pulang ke Melaka & Johor pada setiap hujung bulan dan setiap kali itu jugala kami akan bawa kedua-dua rabit kami,lion head & cross country bersama.Di mana kami letak kedua-dua rabbit kami setiap kali kami bawa mereka pulang bersama??Jawapannya,di dalam bonnet belakang kereta kami.Anda dapat bayangkan??
Di situla kesilapan yang tidak kami sedari sehinggala pada perjalanan pulang ke Johor baru2 ini,itula saat terakhir kami mampu tertawa dengan keletah lion head & cross country kerana setibanya kami di rumah mertuaku,kami dapati kedua mereka telah keras tidak bernyawa lagi. Puncanya tidak diketahui.Mungkin kerana kepanasan & kekurangan oksigen.Kami panik,rasa bersalah & sedih yang teramat kerana kami percaya pemergian itu adalah kesilapan kami.
Gugurla air mata suamiku saat itu juga.Kesedihannya dapat kurasa.Aku cuba menenangkan husbandku bahawa itu bukan kesilapannya.Dapat aku lihat dia benar2 kecewa dan menyalahkan dirinya atas kematian tersebut..
Sehingga saat ini,kami masih tidak memiliki apa2 binatang peliharaan untuk menggantikan lion head & cross country.Apa yang akan kami jadikan tempat melepaskan tekanan selepas penat bekerja,masih tidak diputuskan lagi.Atau adakah kami sudah bersedia untuk memelihara sesuatu yang kekal.Anda tunggu....
1 comments:
sabar la ye...
bise la...pe pun ada hikmah nye...
insya Allah..ada la pengganti nye...
nnt,dah de baby...takleh la nak bela haiwan comel2 nie...baby sgt sensitif ngan bulu2 haiwan nie..
takut diorg asma plak..hehehe.. :)
Post a Comment