Thursday, April 23, 2009

Demam AF

Before aku teruskan bicara,nak tanya la juga.Ada ke yang masih demam AF setelah AF genap tujuh tahun penganjurannya??Huh entah2 kami (me & my husband) je yang mengikuti AF ni dengan penuh setia.Padahal orang lain kat luar tu dah tak layan agaknya.Ngeh ngeh ngeh..

Nak dijadikan cerita,kami tak pernah "miss" untuk tengok diari apalagi konsert mingguan (kalau tak dapat tengok pun kami akan pastikan kami rakam).Sampai ke tahap tu fanatiknya kami.Apa nak jadi..Pada hakikatnya kami tidak pernah menggemari malah tidak megikuti pun AF1 sehinggala AF6 dulu.

Kenapa jadi begini??Entah aku sendiri pun tiada jawapan yang pasti.Mungkin kerana keterujaanku untuk melihat gelagat pelajar2 di AF agaknya (selepas pelbagai cerita yag aku dengar tetang AF sebelumnya dari rakan2ku dulu).Sambil2 teringin juga aku nak tengok pelbagai ragam manusia.Apa motif disebaliknya??Dan akhirnya aku secara tidak segaja mengheret husbandku bersama-sama melayan AF.

Best sangat ke AF tu pada kami??Jika anda semua tanya soalan tu,jawapannya sudah pasti tidak.Kenapa begitu sedangkan kami setia menonton AF7 kali ni?Jawapan yang pasti kami hanya menonton tetapi hakikatnya kami seolah-olah letih/bosan/muak dengan "keplastikkan"
AF sebenarnya.

Apa yang membuatkan kami muak tu agaknya??Muak dengan gelagat pelajar2 yang seolah-olah control sana sini,muak dengan perangai pelajar yang "meleser-leser" sesama sendiri,muak dengan cikgu2 dalam AF yang kebanyakannya tidak sama rata & "bias"terhadap pelajar2.Bosan sungguh membosankan!Tapi kesetiaan kami masih tidak berpenghujung.

Dalam kebosanan,kami masih mampu untuk meneruskan kesetiaan kami mengikuti perkembangan AF kali ini.Kenapa??Alasannya kami berdua amat meminati & boleh dikatakan fanatik dengan Hafiz since dari hari pertama lagi.


Pada mata kami Hafiz pelajar terbaik kali ini.Baik dari segi vokal,"attitude",ke"humble"lannya sampai ke kesopanan yang ada pada diri Hafiz semuannya yang terbaik.Hafiz tidak plastik,kami pasti dia tidak menyembunyikan sifat sebenarnya tidak seperti pelajar2 yang lain.Bagi kami Hafiz ada kualiti tersendiri.Vote for Hafiz!

Vote??Adakah kami "vote" untuk hafiz?Satu persoalan.Sejujurnya sampai ke saat ini,kami tidak pernah sekalipun "vote" untuk sesiapa di AF7 kerana kalau boleh kami tidak mahu menjebakkan diri untuk melakukan satu pembaziran yang sia2.Tetapi jauh di sudut hati kami teringin juga untuk "vote" Hafiz yang mana kami rasakan Hafiz la pelajar yang layak untuk menjadi juara kali ini.

Mungkinkah kami akan melanggar prinsip kami??Jawapannya masih tidak pasti..

Bercerita pasal fanatiknya kami pada Hafiz,habis semua pelajar lain kami tolak ke tepi.heh.Rasanya tidak sepatutnya kami buat begitu tanpa melihat kelebihan yang ada pada pelajar lain. Tapi tidak mengapala kerana Hafiz memang berkualiti!!

Kekecewaan kami terhadap AF7 bertambah apabila jelas terpancar ketidak adilan pihak penganjuran apabila Hafiz perlu membawakan lagu berentak rapping sedangkan pelajar2 lain perlu membawakan lagu berentak balada untuk minggu ini.

Apa sudah jadi??Adakah ada unsur sabotaj terhadap Hafiz??Kami tidak pasti..D

"Kau Yang Punya" nyayian Malique & Najwa,inilah lagu yang akan Hafiz bawa pada konsert minggu ini. Tidak keterlaluan jika aku katakan lagu ini amat berat untuk pelajar di AF bukan sahaja Hafiz malah untuk pelajar2 lain juga.Lagu ini seolah-olah merangkumi tiga lagu.Bayangkan mereka hanya diberi 7 hari untuk menghafal liriknya.

Terdetik di hati kecil kami mampukah Hafiz untuk melaksanakan tugasan kali ini??

Sungguh berat lagu ini.Satu lagu yang seolah-olah merangkumi tiga lagu.Lirik yang sungguh panjang.Jumlah masa selama seminggu memang tidak mencukupi untuk Hafiz menghafal lirik lagu tersebut apalagi untuk memantapkan vokal & persembahannya.

Sama2 kita nantikan konsert minggu ini.Jika Hafiz mampu untuk membawa lagu ini dengan baik,kita semua (kepada mereka yang tidak meminati Hafiz) tidak boleh menyangkal bahawa memang Hafiz la pelajar berpotensi,berkualiti & terbaik untuk musim kali ini walaupun Hafiz tidak pernah berada pada ranking pertama untuk peratusan undi sehingga ke hari ini.

Percayala semua bahawa Hafiz akan bergelar juara kali ini jikalau AF merupakan program realiti yang memandang kepada kekuatan vokal yang ada pada pelajarnya.Apa2pun kami tetap meyokong Hafiz.Hidup Hafiz!!!!


1 comments:

k|ree said...

hafiz mmg best pun...walaupun,aku nie takde la peminat setia..hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...