Salam
Saja nak menulis juga walaupun macam dah kekeringan idea utk part III a.k.a part terakhir utk entry come back ni. Rasanya macam nak bercerita serba sedikit sekaligus menutup pengalaman dlm usaha utk mengandung, mengandung, bersalin & skg mempunyai + menjaga anak sendiri.
1. Berusaha utk mengandun
Alhamdulillah usaha kami selama hampir setahun membuahkan hasil bila saya disahkan mengandung di usia perkahwinan kami mencecah setahun (12.12.09). Kami rasa amat bersyukur kerana rezeki utk kami tetap ada akhirnya.
Selama tempoh ini, kami berusaha bermacam cara seperti merujuk kepada pakar, mengurut & ambil ubat bagi mendapatkan zuriat walaupun kata orang kami tidak perlu terlalu risau kerana masih baru. Bagi kami usaha itu perlu bagi mendapatkan hasilnya. Alhamdulillah mungkin salah satu ikhtiar kami telah membuahkan hasil.
2. Mengandung
Saya disahkan mengandung pada 12.12.09 dan waktu itu usia kandungan sudah hampir mencecah 7 minggu. Seperti pasangan lain juga, hati kami berbunga gembira waktu itu. Siapa yang tidak gembira bila akhirnya penantian & usaha kami berhasil jua.
Alhamdulillah sepanjang berbadan dua saya tidak melalui alahan / morning sickness yang terlalu teruk. Saya tidak sekalipun muntah / pening2 pada tri-mester pertama & kedua sebaliknya saya merasai pengalaman itu dalam tri-mester ketiga. Bagi saya ianya agak pelik berbeza dengan yang lain.
Walau bagaimanpun, sepanjang tempoh ini boleh dikatakan saya masih kekal kuat bersemangat mampu melakukan tugasan di rumah & juga pejabat seperti biasa. Gaya berjalan saya tetap sama & laju Mungkin juga kerana faktor perut yg tak berapa nak besar.
Pengalaman sepanjang mengandun bagi saya kulit jadi tidak cantik terutama pada bulan2 terakhir kandungan. Saya rasa sgtlah risau dgn keadaan ni. Alhamdulillah semuanya kembali ke keadaan asal selepas selamat melahirkan.
Bila mengandung ni, saat yg paling saya suka bila Bb mula kicking.& bergerak aktif (mcm dia tgh menari pn ada sbb perut jd bak ombak bergelora). Saat ini mmg betul2 menghiburkan & buat saya & asben tersenyum riang dan makin tak sabar menanti Bb utk keluar. Pasti semua bakal ibu / ayah akan mengalami perasaan yg sama.
3. Bersalin
Saya bersalin pada 1hb August 2010 tepat jam 1tghr. Tanda saya nak bersalin keluar lendir bercampur darah dari vagina. Rasanya tidak sakit saat ini. Tapi bila mula di’induce’ (bantu mempercepatkan bukaan pintu rahim), aduhaiiiiiiiii tuhan saja yg tahu betapa sakit yg saya rasa. Rasanya kalau tidak ada sesiapa yg menemani, pasti saya tidak akan sekuat itu. Alhamdulillah…
Sebelum masuk labor room utk bersalin, suami pastikan saya makan & minum secukupnya. Saya makan kurma + madu (utk tambah tenaga) & saya minum air as-syifa + air zam-zam sebagai air selusuh.
Saya ingat kata orang2 terdekat, kata mereka masa nak bersalin nnt teran kena sekuat hati & sekali nafas. Kalau boleh jgn dikeraskan badan esp bahagian kaki kita & astikan jangan angkat punggung utk kurangkan koyakan. Itu saya praktikkan, Alhamdulillah dgn 2x push amani selamat ke dunia. Yg paling penting dgn arahan nurse / doc. InsyaAllah…
4. Jaga Anak Sendiri
Sebelum bersalin, saya selalu terfikir & bertanya pada diri sendiri & asben. Mampu ke agaknya saya jaga anak sendiri sedangkan saya langsung tidak mempunyai pengalaman. Kata orang, insyaAllah bila ada anak sendiri pandaila nnt.
Fakta ini mmg boleh dipercayai. Saya tidak langsung rasa kekok utk pegang, menyusu & mandikan Bb. En asben juga begitu. Sampai ada beberapa nurse kata yg saya nmpk langsung tidak kekok mcm sudah ada pengalaman. Bayangkan cara utk menyusu Bb juga tidak perlu diajar saya sudah pandai. Dlm hati saya berkata bagusla alhamdulillah. Nak kata saya sudah biasa dgn Bb kecil & rajin bertanya tidak juga. Mungkin hasil dari banyak membaca itu yg membuatkan semuanya lebih mudah. Bagi ibu-ibu yg akan bersalin rajin-rajinlah membaca & bertanya utk memudahkan anda kelak.
Walau bagaimanapun, awal2 dulu saya agak kurang biasa dengan tanggisan bayi. Saya masih tidak faham apa keinginan Bb. Kadang Bb nanggis sebab perut lapar (menyusu), kadang sebab perut tidak selesa (sapu minyak angin top to toe termasuk kepala) & kadang sebab Bb berak (perlu tukar pampers). Jarang berlaku Bb menanggis tanpa 3 sebab di atas. Pada mulanya saya tidak biasa dan pernah juga merungut disebabkan kepenatan. Lama kelamaan saya mula belajar apa singnal dari tanggisan mereka. Bila sudah mula belajar, hari ini tiada lagi rungutan kedengaran. Kini saya happy jaga amani tanpa rungutan. Semuanya sudah biasa. Alhamdulillah setakat hari ini amani kurang ragamnya, jd tidakla berapa susah kerja saya : )
Bagi saya walaupun kita sedang berpantang, adalah lebih elok jika kita jaga sendiri Bb kita walaupun dlm tempoh tersebut kita masih lemah. Bukan apa, bila kita jaga Bb kita sendiri kita akan lebih mudah belajar + faham kehendak & ragam Bb. Jadi lebih mudah & mesra kita & Bb insyaAllah… Kata tidak pandai & tidak biasa perlu tolak tepi. Yg paling penting kita cuba & berusaha.
Maksudnya saya sudah berpengalaman menjaga Bb kecil. Banyak yg saya pelajari dari pengalaman ini walaupun saya jenis berat mulut utk bertanya. Apapun, org sekeliling banyak membantu. Terima kasih semua!
Azam saya belajar belajar belajar & terus belajar utk membesarkan amani sehingga berjaya. Amin…
Thursday, October 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
dear, nape tak appear gambar kat page..? susah nak baca entry...alhamdulillah..semua nye selamat kan....
pengalaman yg na jg akan rase...thanks for sharing...
kiree - dear, skg page dh ok.enjoy reading :)
faridnana - aah good luck utk kamu plk nana. enjoy the feeling ok
Post a Comment