Wednesday, October 13, 2010

Come Back - Part II (Berpantang)

Salam…

Pantang ?? Bagi saya edisi berpantang utk ibu bersalin merupakan adat orang melayu yang diwarisi sejak turun temurun. Kalau ikut orang lama2, ibu bersalin yang sedang menjalani tempoh berpantang perlu berpantang makan & perbuatan. Contohnya, ibu bersalin ditegah daripada makan sebarangan (terutama makanan yang berangin/sejuk) atau buat apa jua kerja rumah (seperti memasak + mengemas + membasuh dll). Ibaratnya dalam tempoh tersebut semua ibu bersalin diberi cuti rehat dari melakukan tugasan harian bagi memulihkan kembali kesihatan luar & dalam.

Ikut kata orang lama2 berpantang selain utk memulihkan kesihatan luaran & dalaman adalah kerana utk mengelakkan bentan di mana akan rasa sakit di ari-ari atau kemaluan, keluar nanah atau darah dari saluran peranakan ataupun berlakunya buasir. Ketika dalam berpantang juga, ibu dikehendaki memakai stoking bagi mengelakkan angin memasuki badan.



Dan kalau ditanya edisi berpantang saya, biasa2/simple je. Walau bagaimanapun, saya tetap berpantang makan & aktiviti selama tempoh 44 hari. Berurut, berpilis, bertungku, berbengkung, berstoking, berkain & mengikat rambut ketat2 tetap dilakukan dalam tempoh tersebut. Pengalaman saya selama 44 hari berpantang menuntut disiplin diri yang kuat bagi menahan diri dari makan & melakukan aktiviti sebarangan. Apapun, banyak yang telah saya pelajari dari emak / MIL/ kakak / nenek / kawan2 bagaimana cara untuk berpantang sesempurna mungkin. Dengan pengalaman ini, mungkin boleh saya gunakan untuk masa akan datang.

Mungkin lain orang lain caranya dan lain keluarga lain caranya. Ada yang benar2 berpantang secara gigih dan ada juga sebaliknya. Bagi saya, edisi berpantang saya biasa2 saja tidak terlalu teruk . Let’s check it out.

Perjalanan pantang saya seperti di bawah :

Hospital --> Bangi --> Melaka --> Bangi --> Melaka --> Bangi --> Melaka

Dapat tak anda semua bayangkan bagaimana perjalanan pantang saya ?? Ini semua gara2 termakan pujuk rayu en asben yang kononnya rindu berjauhan dengan amani. Jadi itulah jadinya, sekejap di Melaka sekejap di rumah sendiri. Secara jujurnya, edisi berpantang saya secara berpindah randah (seperti digambarkan di atas). Semasa hari2 terakhir tempoh berpantang hari raya pun tiba. Walau dalam tempoh pantang, saya tetap beraya cuma pemakanan masih perlu dijaga waktu itu. Masih tidak boleh minum minuman sejuk & berangin terutamanya.

Secara umumnya, tempoh pantang berbeza-beza. Bagi saya mencukupilah dengan hanya 44 hari iaitu tempoh paling minimum. Seperti kata saya tadi, lain orang lain caranya. Contohnya ada juga yang berpantang selama 60 hari malah ada juga yang sanggup untuk berpantang selama 100 hari. Itu semua pada saya bergantung pada kehendak & kekuatan masing2.

Tapi kata orang ada kesannya kalau kita tak berpantang secara betul dan bersungguh-sungguh. Akibatnya mungkin tak akan dirasai ketika ni kerana kesannya akan nampak pada masa akan datang. Contohnya macam badan selalu rasa sengal-sengal, bentuk badan kurang menarik dan kita akan rasa cepat rasa letih. Tapi wallahualam saya kurang pasti.

Sepanjang berpantang saya rasa agak kurang selesa. Saya cepat berpeluh dan rasa sangat selekeh. Bayangkan macam2 perlu dilakukan sendiri contohnya saya perlu berbengkung sendiri, bertungku sendiri, menjaga amani sendiri malah memandikan amani juga perlu dilakukan sendiri tanpa bantuan. Pendek kata, rasa serabut sgt dan diri rasa teramatlah selekeh saat berpantang. Itu yang saya rasa.

Jom kita tengok aktiviti pantang saya :

1. Jaga makan - Makanan yang kita ambil mestilah dimasak secara sihat contohnya drebus dan dipanggang. Kurang menggunakan minyak yang boleh menggemukkan badan dan mengurangkan punca kolestrol( kolestrol kan bahaya!). Time tu jela pun : ) Tapi waktu berpantang saya lebih suka makanan yang kering. Makanan harian saya sepanjang tempoh berpantang ialah nasi + jeruk halia kunyit + ikan masin / ikan bilis + telur. Jgn minum minuman sejuk/ais & also say no to soft drink ok!

2. Urut / Sapu minyak – Saya berurut dengan mak bidan selama 3 hari je iaitu pada awal tempoh pantang iaitu tiga hari selepas bersalin dan sehari sebagai penutup. Tapi ada juga yang berurut selama 7 hari di awal tempoh pantang, itu terpulang diri masing-masing. Yang paling penting, berurut bagi melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan

Setiap pagi & petang selepas mandi / bersihkan badan, kita perlu sapu seluruh badan seperti perut, kaki dan lain-lain terutama di tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ada yang mengunakan minyak pamas, tapi bagi saya lebih prefer gunakan minyak serai wangi yang mampu lancarkan peredaran darah dan juga minyak alfiat untuk ibu bersalin. Rutin ini wajib ok bakal ibu

3. Pilis (dahi) – Kata orang pakai pilis di dahi ni bagi mengelakkan angin meroyan. Jadi saya guna pilis dari set mustika ratu selama 1 bulan. Ada yang kata cukup dalam 2 minggu sahaja, saya kurang pasti

4. . Bertungku – Apa yang saya paham tujuan bertungku untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertunku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa jika kita rajin buat insyaAllah. Bagi saya amalan ini memerlukan kesungguhan dan saya akan buat selama tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang mengunakan batu sungai

5. Berbengkung- Berbengkung perlu untuk kembali ke bentuk asal kita & yang paling penting bg mengembalikan peranakan ke tempat yang asal. Bagi saya berbengkung setiap masa kecuali untuk mandi/bersihkan badan dan ketika bertungku. Mungkin tak keterlaluan saya katakan saya berbengkung lebih kurang 22 jam sehari. Saya akan sapu kapur sirih & limau purut ke atas perut sebelum berbengkung menggunakan bengkung moden (diikat seperti tali kasut)

6. Cucian - Cucian di bahagian sulit wanita adalah untuk bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh/merapatkan vagina kembali kepada keadaan asal. Bagi saya lebih prefer menggunakan sumber asli iaitu sirih selain boleh digunakan utk tuam atas perut Bb yang kembung

7. Minum jamu – Saya gunakan set bersalin mustika ratu. Tapi saya kurang recommend kerana banyak benda saya tidak digunakan dan perlu cari alternatif lain iaitu set bersalin NV. Yang betul2 saya guna dari set ini hanya pil makan & pilis sahaja. Apapun, jamu sangat penting utk membantu memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Selain minum jamu, ambillah manjakani, boleh di makan / minum untuk kesan yang sama. Ada yang maklumkan kpda saya jika kita makan jamu dan dalam masa yang sama anda menyusukan Bb anda, sila angkat buah dada ke atas supaya jamu tidak turun ke susu. Waallahualam sebab saya tak buat benda ni jadi tak dapat nak sahkan kesahihannya

So konklusinya, edisi berpantang saya agak mudah lagi2 dengan mak yang sporting & tidak terlalu village style. Tapi bagi saya kita sendiri yang kena berpantang untuk kembali sihat. Oleh itu, pastikan displin diri kena lah kental. Tak perlulah tunggu orang cakap itu dan ini baru kita buat. Kalau malas & sambil lewa, jawabnya diri sendiri yang merasa bahananya dan bukan orang lain.

Jadi kalau kita nampak kebaikannya lebih banyak dari keburukan, kenapa tidak mahu berpantang? Kerana saya percaya sesiapa yang tidak berpantang secara bijak mereka akan menanggung kesannya di kemudian hari.

Jadi sebelum terlambat, janganlah merungut kata leceh & bosan nak berpantang. Good luck pada My Inspiration, Kiree & mungkin juga pada BBS.

7 comments:

Najed said...

hik hik hik...selamat berpantang utk BBS...tq2. BBS akan 'pantang' utk susutkan perutnya yg makin maju :)

will inform kak ira part 2 dah keluar.

ZERO VENDETTA said...

heh...2hari menyiapkan entry kali ni. kata pd kak ira, good luck!

yg paling penting kena sms saya bila deliver nnt kot bole dtg visit ke

Cik Cip Puding said...

Memang lebih banyak kebaikan berpantang nih.. Antara sebab kenapa rambut diikat tinggi dan pakai pilis kat dahi tu ialah supaya en asben tidak bernafsu pada wifenye.. Yup jgn terkejut.

Hat yang len tu mmg ayu dah cover semua la.. kenapa ambik masa 44 hari lepas berpantang adalah kerana by that time, darah nifas dah kering dah. Within that 44 days after bersalin, immune level badan sangat² rendah. Easily to get any kind of illnesses kalau tak berpantang. Plus dengan luka di vagina yang perlukan masa untuk pulih seperti sediakala. Kulit dekat vagina senipis kulit muka..

Tambahan ibu yang baru lepas bersalin tu berada dalam keadaan yang tak suci, lagi la senang nak dapat gangguan² dari syaitan ni..

So keep it up ayu. Peh nih amani dah besar bersalin ada anak sendiri ayu lar jaga dia.. ehehehehe..

Elly Emmy said...

memang berpantang sangat menguji kesabaran diri terutama sekali pada minggu pertama berpantang.. tapi semua tu untuk kebaikan diri sendiri

ZERO VENDETTA said...

Cik Cip Puding - Waa kata imran ada gaya doc + mak2 la kak azrol. good2x, i like!

nnt bila dh turn akak (next year ke :)) msti terror la...

Elly & Emmy - Yup terasa sgt!dgn kita yg tak biasa jaga Bb + dgn keadaan diri yg x terurus time tu. nsb dok umh mak sndiri bkn MIL, tdk msti x selesa.

mcm akak sgt best dok umah x yah p keje bole jg Bb :)

Mawar misswateva said...

ayu!congrates tauuu!!baru tawu bile bace komen ayu tu..=)

ZERO VENDETTA said...

Mawar - heh, slamat sudah mawar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...