Friday, September 4, 2009

Saksikan!



Tajuk: Antara Garisan
Genre: Telefilem
Tarikh siaran: 5 September 2009
Hari Siaran: Sabtu
Masa siaran: 9.00 malam

Saya tengok iklan cerita ni macam best je.Awal-awal lagi saya set reminder untuk make sure saya tak miss untuk menonton.Kalau tak berkesempatan masih boleh record yang penting tak lupa waktu tayangannya.So alang-alang nak remind diri sendiri,saya nak ajak semua kawan-kawan tengok cerita ni.

Dari apa yang saya baca (sumber dari http://www.budiey.com),cerita "Antara Garisan"ni bermula dengan kisah seorang uztaz bernama Arman yang muncul di sebuah kampung di subuh hari. Dia telah bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (bukan saya ya!)yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Uztaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Uztaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.Pada saat itu, barulah mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza dan tersedar yang mereka berdua telah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus.

Macam menarikkan??So,apalagi set reminder dan jangan lupa untuk menyaksikan telefilem hebat ini pada hari Sabtu (esok) 5 September 2009, jam 9.00 malam eksklusif di Astro RIA (saluran 104).

P/S: Kalau terawih rekod jela dulu.Takpun tengok lepas terawih sempat lagi..

2 comments:

DJ said...

macam best sinopsisnya...mesti nak tengok kena ni! :-)

ZERO VENDETTA said...

Huh hampeh kak..Sorry salah promote la.hahaa.X best cerita ni,buat saya sakit hati je.Tapi ending ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...