Friday, September 11, 2009

Roti Jala...

Arini saya nak share resipi roti jala.Nak dijadikan cerita saya adalah penggemar roti jala sebenarnya.Tapi makanan ni teramatlah susah nak jumpa.Jadi apalagi,disebabkan teringin sangat nak makan jadi saya cari resipi dari internet untuk test sendiri.Setakat ni dah tiga (3) kali saya buat.First waktu kawan-kawan datang rumah,second times untuk makan sendiri dan kali terakhir minggu sebelum Ramadhan untuk office saya & my hubby.

Inilah resipinya:
Bahan-bahan ( anggaran 80kpg)
• 1kg tepung gandum
• 1 tin susu cair
• 2 mangkuk air
• 4 biji telur
• sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
• sedikit minyak masak utk melenser

Cara-cara
• Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
• Masukkn adunan tadi kedalam blender dan blend dan kemudian tapis
• Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak (gunakan daun pandan yang diikat)

• Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali
• Biarkan seketika sehingga roti jala masak dan kemudian bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing-masing

Agak mudahkan?Cubalah jika anda juga penggemar roti jala seperti saya.Roti jala ni biasanya dimakan dengan kuah kari (daging/ayam) atau kuah durian.Apapun saya tak pernah lagi test makan dengan kuah durian.Resipi untuk kari/kuah durian saya tak sertakan sebab saya pasti anda semua sudah mahir dengannya.Inilah hasil "jalaan" saya.

3 comments:

k|ree said...

nanti dah kawin...leh try utk suami...heheheh

Diyang Jula said...

kak zula tak penah try masak roti jala, nampak mcm menarik. Thnks 4 sharing the recipe, leh try buat ni utk open house raya...hahah!

ZERO VENDETTA said...

kiree - x susah pun nak buat,boleh try nnt.Mesti suami makin sayang.hahaaa..

Diyang - a'ah memang sesuai sgt resipi ni untuk kenduri kendara & open house.Susah 2x akak prepare adunannya,nnt alia pun bole jadi tukang jala.heh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...