Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Kami berdua ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan.Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika sepanjang tahun jika ada kata-kata yang menyentuh hati, ataupun tindak-tanduk yang tidak sedap dipandang.Suka kami berpesan :

1. Sebelum meninggalkan rumah bacalah Ayat Kursi ketika di dalam dan di luar rumah, ketika menutup pintu-pintu dan tingkap, dan ketika mengenakan kunci terakhir pada pintu pagar,seraya berdoa agar Allah melindungi kediaman anda semasa anda tiada. InsyaAllah, rumah anda akan terlindung dari perkara-perkara yang tidak diingini

2. Sebelum memulakan pemanduan pastikan anda dan semua penumpang di dalam kenderaan bersama-sama membaca "Doa Naik Kenderaan".Sentiasa cermat ketika memandu. Usah terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi dituju. Ingatlah kepulangan anda sedang dinanti untuk dirai bukan untuk ditangisi. Pandu cermat,semua pasti selamat..

3. Cegah Influenza H1N1!!! Al-maklum semasa Hari Raya kita akan berkunjungan dan bertemu ramai orang. Pastikan Kit H1N1 (topeng mulut & hand sanitizer) setiasa di bawa bersama dan digunakan sepenuhnya.Mencegah tentunya lebih baik dan berkesan dari mengubati.

4. Elakkan pembaziran semasa perayaan. Rancang perbelanjaan anda.

5. Akhir sekali jangan lupa keluarkan ZAKAT.

Akhir kata Salam Keceriaan dan Keinsafan dari kami buat rakan semua. Semoga bertemu lagi untuk next entry selepas Hari Raya nanti.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin dari Imran Sadiman & Siti Rahayu Majit.

** Maaf belum ada gambar raya bersama lagi untuk dilampirkan,insyaAllah tahun depan ada koleksinya.

2 comments:

khairuld7 said...

selamat hari raya aidil fitri maaf zahir & batin ;)

ZERO VENDETTA said...

Selamat hari raya KD.Minta ampun salah silap ayu & imran ok.Bila nak jumpa ni?Gamaknya masa kenduri nadiah la ni =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...