Kali ni saya nak promote sikit buffet Ramadhan berharga RM8 untuk seorang yang ditawarkan oleh "Ukhwah Restoran Rakyat"(Restoran ini merupakan Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad).Teramatlah murah!Kami rasai sendiri kepuasan yang dihidangkan oleh restoran ini Sabtu lalu (kali kedua berbuka di luar =( sebelum ini kami mengamalkan konsep berkat berbuka bersama di rumah =)).Dengan hanya RM8 seorang anda boleh menikmati pelbagai juadah antaranya kuih-muih,pelbagai jenis lauk pauk,murtabak dan pilihan air sirap/teh.Amat berbaloi..Bolehlah cuba..Lokasinya berhampiran Maju Junction dan bersebelahan Prescott Hotel (kalau nak gambaran lebih jelas sila google earth).Saya tak sempat ambil gambar sebab ramai sangat orang kat situ.Lagipun kami sampai lewat pukul 7.Jadi ini saja gambar yang sempat d'snap.



-surau turut disediakan & terawih turut ada di sini-
Jangan risau kalau anda tidak berkesempatan untuk ke sini Ramadhan ini kerana anda masih berpeluang sepanjang tahun.Kerana menariknya di sini adalah,hanya dengan RM1 anda mampu untuk mendapatkan sekeping roti canai & teh tarik.Malah pada setiap Jumaat,konsepnya "anda makan,anda kira sendiri".Menarik tak??
0 comments:
Post a Comment