Thursday, September 24, 2009

Raya Oh Raya...

Raya oh raya,seronoknya bila tiba hari raya.Lagi-lagi bila dah ada dua (2) keluarga ni,sini raya sana raya.Memang meriah!Rutin beraya di kampung saya (Melaka) bermula seawal 6.30 pagi dengan bermaafan sesama keluarga dan kemudian makan bersama.Selepas dari itu,kami terus ke rumah saudara mara terdekat dan jiran tertangga untuk bermaaf-maafan sebelum pergi menunaikan solat raya.Kemudian,kami akan berkumpul semula untuk ke kubur atuk nenek dan seluruh keluarga.Aktiviti diteruskan dengan aktiviti menziarah saudara mara,time ni kembung juga perut dibuatnya sebab semua rumah kami "bedal" je makan.Aduh part ni paling tak tahan!Tapi alhamdulullah tahun ni tak ada symptom cirit birit.Fuh lega...Selepas puas memenuhkan ruang perut dan bermaaf-maafan,kami balik tido dan berehat menyimpan tenaga dan juga ruang perut untuk aktiviti sama pada sebelah malamnya.Begitulah kebiasaannya bila hari raya.Tapi rutin tahun ni hanya sampai ke petang hari kerana kami perlu ke Singapura menziarah nenek serta saudara mara suami pula.Ini ada sedikit gambar raya kami bersama keluarga.


-mak & ayah-


-abg & family-


-akak & family-


-sempoi je bermaafan?-


-wit new family-


-cinta hati Mr.I-


-ampun maaf di hari raya-


-beraya d'singapura-


-keluarga d'singapura-


-menung pk apa?berapa agaknya duit dalam sampul tu ya kimi-


-nak duit raya x ni?-


-nak duit raya ke nak bermaafan ni?-


-macam gitu sekali adikku ini kira duit.serius buruk seh!-


-aktiviti kira mengira-


-anak buahku,adwa' nazran-


-anak buahku sayang,edrin razin-


-sorang lagi,edry ruzin-

14 comments:

k|ree said...

waa..tahun nie beraya di spore ye...
tahun nie, kami 1family tak gi pun...
insyaAllah,tahun depan kena gi..bawa orang baru...hehehe...

ZERO VENDETTA said...

Family ko banyak kat area mana nad??mcm imran,nenek & pakcik2 dia semua kat woodlands.dekat je pun..

Bila nak pass kad ni?Tis weekend free?Aku nak ajak datang rumah tp minggu depanlah ramai2 ng kawan2 aku sekali jalan

k|ree said...

hurmmm...byk juga la...woodlands,yishun,..mana ntah lagi...ada yang aku tak tau tmpt nye..hehehe...tau dtg je...

aku baru igt nak dtg minggu nie..minggu depan,aku dah balik melaka..dah start cuti dah...klu aku jadi dtg minggu nie..aku call ko eh...dtg mlm kot...

ZERO VENDETTA said...

Kalau macam tu okla dear,datangla.tp rumah aku xberhias apa tau sbb malas dh nk hias menghias since next year nk pindah dhkn,kuih raya pun x de tau.Ok??nnt aku masak jela apa2

Anonymous said...

waaa..mcm meriah je..utk bdk2 masih blaja,ada duit raya x kak??huhuu

ZERO VENDETTA said...

bunyi mcm nak minta duit raya la tu.tp awak d'consider tak blaja lg so x leh dapatla.heh

DJ said...

bestnya sampai ke s'pore beraya. diorng kat sana pagi raya makan ketupat, lemang, rendang mcm kita kat sini gak ke?

ZERO VENDETTA said...

dekat je,naik kereta je pn.lain kalau naik flight, berkira-kira jgkla nak pg.heh

yg sya tgk,raya kt sana x jmpa ketupat & lemang (according to rumah2 yg kami ziarah).

menu diorg mcm simple je,lontong & kuah lodeh plus rendang.tp specialnya lontong kt sna dalam daun pisang ala2 lemang tp dalamnya lontong.tp tang kuih raya diorg gempak,unik2.bestla!

Anonymous said...

eh..blaja lg la..so,kitorg dwajibkn dpt..huhuhu..

ZERO VENDETTA said...

Laa kena jgk ke?x de budget dahla..kalau ada rezeki lbh awak dapatla nnt

Anonymous said...

hehehe..xpe2,sy g umah kt melaka..agak2 leh dpt x??hahaha

ZERO VENDETTA said...

kalau umah melaka confirm awk dapat.tu pun dari mak saya la.10-11hb Oct ni kalau ada kat melaka jemput2 la datang rumah saya ada sana

Najed said...

loh...kenapa ada pics yg sekerat2. cam tgk tv pulak yg kalau ada sensored2 tu diblurkan heheh

ZERO VENDETTA said...

Opps al maklumlah kami bukan photographer professional,jd view gambar kurang menarik.nasib xde bahagian yg sensored,tidak kena d'blurkan lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...