Monday, September 7, 2009

Antara Garisan...

Membincangkan tentang drama "Antara Garisan" yang pernah saya promote pada anda tempoh hari.Apa yang boleh saya katakan cerita ini agak mengecewakan saya.Maksudnya cerita ini (bagi saya)kurang keunikkannya & ada kekurangan yang kelihatan begitu jelas dari beberapa aspek,kadangkala buat saya sakit hati tengok.Tapi endingnya agak memuaskan.Hanya satu yang menarik perhatian saya apabila di akhir cerita ada suara anak kecil bertanya kepada ibunya.Bunyinya begini;

Anak : "Mak ustaz kata bulan puasa syaitan & iblis kena ikatkan?"
Mak : "Betul,tapi kenapa tanya?"
Anak : "Tapi kalau syaitan & iblis kena ikat,kenapa manusia buat jahat lagi?"

Hayatilah dialog di atas.Inilah yang menarik perhatian saya untuk berfikir kerana
saya rasakan ada kebenaran pada kata-kata anak kecil itu sebenarnya.Apa yang boleh saya simpulkan,agak terbukti bukan syaitan & iblis sahaja yang mampu membawa manusia ke arah kejahatan/kesesatan,tetapi manusia itu sendiri juga merupakan penyumbang ke arah kejahatan/kesesatan.Wallahua'lam...

Sama-sama kita fikirkan.

2 comments:

Anonymous said...

nk jd pengkritik jugak ke??huhuhu

ZERO VENDETTA said...

Nak mengkritik tak pandai,tapi sikit 2x tu boleh la jugak =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...