Thursday, May 19, 2011

9 Bulan 18 Hari...


Salam,

Setiap hari bekerja, kami terpaksa meninggalkan Cik Irdina di nursery. Jadinya tiap kali juga lambaian tanggan dengan ucapan "TA TA" keluar sebelum kaki melangkah pergi. Rutin yang sama hampir mencecah 8bulan dan sayangnya ianya tanpa reaksi balas dari Cik Irdina.

Seperti ibu dan ayah yang lain, hari ke sehari jauh disudut hati kecil kami mengharapkan satu tindakan balas dari anak tersayang sebagai tanda mereka mula belajar sesuatu.

Tanpa rasa bosan dan jemu, kami terus terusan mengharapkan sesuatu dari Cik Irdina. Dan akhirnya, zero seperti percaya tak percaya apabila Cik Irdina angkat tanggan dan mula mengoyang²kannya saat kami harus pergi. Terkesima seketika sblm maklumkan pada en.asben. Kami teruja!!! YES! Cik Irdina sudah mula belajar benda baru...MELAMBAI...

Keep it up sayang...

Thursday, May 12, 2011

Bulan Ke-9...


Alhamdulillah masuk bulan ke-9 banyak progress baru dari Cik Nur Irdina Amani.
i) 9bulan 7hari = berdiri tanpa support & tepuk tanggan tanpa bunyi
ii) 9bulan 10hari = keluar gigi pertama

Syukur, Well done sayang…

Daddy nak awak cepat berJALAN plk supaya senang kalau kita nak pergi jalan² nnt. Bagi ummi, biar lambat asalkan semua selamat.

Apapun yang paling penting ummi & daddy doakan Irdina supaya membesar dengan sihat & jadi anak yang baik, dengar kata, hormat orang tua, solehah. AMIN…



*** video tepuk tanggan masih tak sempat ambil sebabnya irdina buat terlalu sekejap. mgkin weekend ni blh cuba lg

Thursday, May 5, 2011

Tentang, Apa Rasa Hati?


Salam

Hari ni zero nak tulis & simpan memori di sini tentang apa rasa hati zero ketika ini.

Ceritanya, tiba² & tak semena-mena semalam (4hb Mei 2011) hati zero bersuara, *saya perlukan kerja / profession baru". Adoiii, hati oh hati kenapa ni agaknya. Cer cite cer cite :P

Benda ni tiba² terlintas dalam benak zero masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Sampai je di ofis, sempat lagi merenung panjang sebelum call en.asben utk ceritakan apa yang zero fikir & rasa.

Katanya, if nak tukar profession he said "NO". tapi kalau nak tukar kerja he said "YES". Tapi... secara jujurnya en.asben tetap tidak mengalakkan sekiranya zero mahu meninggalkan syarikat yg sekarang.

Hurmmm... hakikatnya ini bukan perkara mudah. Sebab pada zero syarikat sekarang sudah cukup bagus dari segi persekitaran & faedah²nya, cuma jujurnya skop kerja yang membuatkan zero tidak suka & sedikit tertekan.

Jadi zero perlu fikir dalam² & pajang² sebelum ambil sebarang tindakan & keputusan. Harapan zero DIA akan beri petunjuk apa yang perlu zero lakukan. Amin...

Thursday, April 21, 2011

Cer Cite Cer Cite...


Salam

Lama sungguh tak mengupdate ini belog. Haduiiiiii sungguh malas ini perempuan. Chop 3x bukan malas okeh, tapi lazy sikit je :) So, kali ini mau kasi update ini belog supaya semua memori suka duka tersimpan rapi di sini.

Kalau cerita pasal anak :
Sehingga hari ini anak masih lagi satu iaitu Nur Irdina Amani N usianya sudah pun genap 8bulan 20hari hari ini. Irdina masih mengunakan khidmat susu badan UMMInya w/p bukan secara ekslusif tapi separa ekslusif. Apapun tetap syukur pada rezeki susu yang masih ada, Alhamdulillah… Skala penyusuan 8 : 2 yang mana 8 utk susu badan (BM) & 2 utk susu formula (FM). Okehlah tuh :) w/p hakikatnya zero agak frust juga pada mulanya kerana tak mampu 100% membekalkan BM secara ekslusif pada my princess sehingga 2 tahun. Tapi kata en.suami padazero jgn “stress” kalau itu je rezeki utk kita *TQ b*, jadi zero belajar utk redha dengan apa yang ada.

Sehingga hari ni, Irdina masih pada tahap yang sama iaitu berdiri dengan sokongan lah tapi (sejak 6bln ++), merangkak (+- 7bln) & duduk tanpa sokongan (+- 7bln). Perkataan pertama yang keluar dari mulut Irdina secara sengaja atau tidak adalah “Mama” pada 6bln 2hari N kemudian “Papa” pada usia 7bln 16hari. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini atau dengan kata lain sudah hampir 2bln Irdina tanpa pergerakan yang baru. Makanya ummi & daddy sudah excited mahu lihat next step. N yang paling ketara daddy Irdina yang sangat 2x tidak sabar nak Irdina berjalan. Hari 2x daddy kasi remind Irdina supaya cepat jalan, motifnya sebab bulan 11 kami mahu berjalan.

Layan video sikit,


Kalau ikutkan Irdina baru je discharge dari hospital kerana demam panas (38 – 39) berpanjangan selama 5hari & doc kata bronchitis. Admitted dari 14-17hb April 2011 & waktu itu daddy Irdina berkhusus selama 10 hari.

Symptom bronchitis 4 baby
1. Batuk berpanjangan & menyebabkan kahak berwarna putih pekat/kuning/hijau
2. Demam
4. Susah bernafas
5. Wheezing

Treatment
1.Nebulizer
2.Inhaler
3.Ubat batuk
4.Minum byk air masak
5.Jauhkan diri dari perokok/binatang peliharaan yg berbulu :)

Layan gambar Irdina masa admitted




Alhamdulillah after treatment & makan ubat, last week masa buat follow up doc kata Irdina dh come back to normal.

Adoiii rasa terbeban juga bila terpaksa menguruskan anak sendirian. Pada zero, pepatah lelaki & wanita diciptakan utk saling melengkapi & memerlukan adalah fakta belaka.Memang payah kalau terpaksa berulang alik ke klinik selama beberapa hari secara solo, kemudian terpaksa bawa Irdina ke hospital & kami duduk berdua sahaja ketika di hospital. Terasa juga seolah-olah patah sebelah kaki bila ketiadaan suami. Nasib ada kekuatan di situ. Lagipun zero memang jenis suka bergerak secara solo kerana CEPAT & PANTAS.

Kalau cerita pasal hidup :
Kami bertiga baru je ditimpa satu musibah yang nak kata berat tidak juga., tapi yang pasti Allah beri musibah itu masih pada kemampuan kita *kata en.asben*. Kisahnya kereta kami kena so-called pecah jgklah masa Irdina admitted di “Hospital G”. Kejadian berlaku pada hari ke-3 Irdina admitted iaitu pada 16hb April 2011. Kereta berada di basement parking & siang buta time tu okeh! Some more CCTV ada di merata sudut dalam itu basement. Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian berlaku selepas 1jam ¼ kereta kami masuk parking dan dalam masa yang sama ada lagi sebuah kereta jenis yang sama juga menjadi mangsa. Sudahnya barang dalam bonet belakang kereta kami termasuk laptop *cabuk lah tapi – zaman U*, travel beg yang complete dengan baju & seluar keje+baju jalan + kasut keje & kasut jalan + pakaian dalaman + kunci rumah & kunci motor + stroller Irdina dirembat si pencuri durjana. Sakitnya hati kami DIA saja yang tahu. Apapun hati kena redha dengan takdir dariNYA, mungkin ada hikmah di situ.

Kalau cerita pasal kerja :
Kalau tanya zero kerja tak akan pernah habis sampai mati :) Kerja di ofis, kerja di rumah, kerja sebagai isteri, kerja sebagai ibu, kerja sebagai hambaNYA dll Kerja oh kerja… Jadi prinsip zero, buat je semua kerja dengan COOL@SLUMBER & yang jgn sesekali STRESS. InsyaAllah tenang lah kesudahannya.

Ok itu je update dari zero, apapun hidup mesti diteruskan. Peace : )

Monday, April 18, 2011

Come Back...


Salam,

Hishhhh bersawang sungguh keadaan di sini, sangat keKURANGan masa + keKURANGan daya. So mulai hari ni, 18hb April 2011 zero mahu aktif semula menulis di blog ini untuk menyimpan segala memori.

Macam-macam benda terjadi lately N akan zero kongsikan kemudian. InsyaAllah...
N ada latest pic Nur Irdina Amani & daddynya (last saturday)

Wednesday, March 2, 2011

Update & Resipi

Lama rasanya tidak menulis dalam blog ku yg satu ini. Rasa agak keBUSYan kebelakangan ni... Aduiii sudah mula ada rasa nak mengeluh, sabar jela. Apa yg pasti ketika SAAT & JAM ini, zero berada dalam keadaan RESAH + TAKUT + LETIH & kadang kala BOSAN juga dengan keHIDUPan hari ini.

RESAH + TAKUT, kenapa?
Bila rumah jiran zero (selang serumah) telah dirompak pagi 1hb Mac. Habis kereta & barang² dalam rumah tersebut dirembatnya. Mmg dasar perompak tamak!!! Jadi kini kami bertiga dalam keadaan keRESAHan + keTAKUTan dengan keselamatan kami. N impaknya tidur kami tidak seLENA biasa. So WAJIB utk pasang alarm sebagai langkah berjaga-jaga. Dengan harapan ADT dapat membantu seCEPAT yg mungkin. TAKUT!!!!!!!!

LETIH, kenapa?
Bila perlu menjadi pembonceng setia suami tiap² hari. Juga bila perlu menjadi pekerja & suri rumah dalam masa yg sama. Tp tak mengapa demi suami & anak terCINTA kuGAGAHkan juga diri ini.

Monday, February 21, 2011

BELANGA @ The Garden MV

Salam
Sj berKONGSI keSUKAan zero yg 1st time makan kat BELANGA @ The Garden (dicadangkan oleh Cik Sofea) last 2weeks masa berGATHERing dgn kawan² universiti. Sebab zero SUKA makan di BELANGA???

1. Makanan, Minuman & Dessert yg superb
3. Tempat Menarik
4. Service Cekap & Pantas

SeTAHU zero, kedai ni dimiliki oleh org KELANTAN. Jd semestinya menu juga tidak boleh lari dari makanan yg bercirikan keTIMURan yg mana BELANGA menyediakan makanan ala² MELAYU KELANTAN cthnya Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Tumpang dll Cuba Tengok Sini

Wednesday, February 16, 2011

Stroller

Sejak dua menjak ada Bb sendiri ni, jelas kegilaan zero sudah ke arah barangan si Bb dan bukan lagi keperluan sendiri. Ini mmg tak dapat nak dinafikan, sama je mcm ibu² yg lain. Utk saat & ketika ini, kegilaan zero adalah pada stroller. Kisahnya stroller utk our dotter mmg sudah ada, tinggal lagi kami mahu cari stroller yg lebih selesa.

Alasan?
Irdina sudah tidak mahu duduk diam² N start to cranky dalam strollernya bila bertukar dari stroller A a.k.a pram (below 6mos) ke stroller B (above 6mos)
Stroller A (Pram) below 6mos --> MAXI COSI attached to QUINNY ZAPP frame

Thursday, February 10, 2011

Variety :)

Salam,

Setelah dinasihatkan oleh Pn Cik Cip Puding a.k.a Pn Ummu Marwan, zero telah cuba mempelbagaikan makanan utk my dotter utk minggu ni supaya :

1. Irdina tak cepat bosan dgn hidangan yg sama
2. Irdina pandai/dapat membezakan jenis² makanan
3. Zero dapat mengenal pasti jenis makanan yg kurang sesuai utk my dotter

Credit to Pn. Ummu Marwan :)

Puree Kiwi

Sunday, February 6, 2011

Jabatan Akauntan Negara ---> Bank Rakyat

Walaupun cerita sudah hampir basi, zero tetap ingin membuat entry ni kerana niat di hati sekadar ingin menyimpan memori di sini. En.asben telah berhijrah dari Jabatan Akautan Negara a.k.a AG ke Bank Rakyat sekaligus merubah profilnya dari Akauntan ---> Auditor.

Hari² terakhir beliau di AG

Bersama Rakan² Sepejabat

Monday, January 31, 2011

6 Month --> Solid Food

Salam,

1st Februari 2011 Irdina genap 6 bulan, alhamdulillah. Pejam celik pejam celik , sekejap dah besar anak ummi & abi ni.


Thursday, January 27, 2011

Suka Coklat + Belajar Coklat + Buat Coklat + Jual Coklat + Ajar Buat Coklat = Coklat


Salam,
Officially launch our biz website.

* Last nite work

TQVM

Wednesday, January 26, 2011

Your Bb's Bone Clicking ???


Salam,

Entry ni saja nak share dengan semua especially untuk yang ada Bb kecil mcm zero ni. Korang² berpengalaman tak terdengar macam tulang Bb berbunyi ??? Serius tulang Bb memang kadang tu boleh keluarkan bunyi tau. Tak percaya ? Cuba perhatikan kot la ada berlaku kat ur Bb :)

Macam Bb zero sendiri la kan, benda ni tak sentiasa tapi ada. Kadang² time nak tukar diapers, kadang² time nak angkat Bb dari posisi baring & kadang² time dok main² dengan dia pun boleh bunyi.

Monday, January 17, 2011

Eczema a.k.a Kurap Susu


Salam,

Choop! Kih Kih Kih ...
Saja nak kongsi yg mana zero secara tiba² nak tukar gelaran our dotter Nur Irdina Amani dari Amani --> Irdina berkuat kuasa hujung minggu lepas. Alasanya? Entah, saja. Bole? Actually daddynya mmg panggil Irdina cuma zero saja yg panggil Amani. Entahlah skg pulak tiba² rasa hati ni terdetik nak tukar Amani (cita²) --> Irdina (kehormatan kami). Lgpun rasanya masih belum terlewat, so zero ikut kata hati ;) Oppsss itu baru mukadimah ye, kih kih kih kih...

Sebenarnya zero post entry ni sbbnya nak tanya kawan² blogger yg mungkin ada pengalaman/ada ilmu dari membaca pasal baby yg ada eczema a.k.a kurap susu kot. Boleh klick kat sini. Actually benda ni jadi pada my dotter.

Friday, January 14, 2011

Kini Pawagam Di Rumah Anda ---> Astro First


Salam semua

Perasan tak bermula 13hb Jan 2011 Astro ada menawarkan pakej baru Astro First yg mana sesetengah filem di pawangan boleh d'tonton di rumah anda cepat & mudah.

Bayangkan hanya dengan RM15 untuk 1filem, anda boleh menonton filem² Melayu yg masih baru a.k.a masih fresh d'pawagam dari kaca tv rumah anda melalui Saluran Astro 480. Menarik 2x! Berbaloi :) Lagi² kalau tengok pulak ramai² seisi keluarga dgn harga RM15 berbanding RM12/kepala utk tengok d'pawagam.

Astro First d'rumah anda cepat & mudah. Caranya :
1. Buka saluran 480 dari tv rumah anda dan & pilih filem yg hendak d'tonton melalui menu yg disediakan
2. Tekan butang OK setelah membuat pilihan
3. Anda akan diberi 'code' utk d'sms ke 32999 & kemudian boleh sahkan tempahan anda

Pendapat zero :
1. Idea baru yg bagus dari pihak Astro
2. Murah utk tonton ramai² seisi keluarga
3. Mudah bagi mereka yg punya anak kecil dan sukar ke pawagam (mcm kami)
4. Astro perlu improve jenis & jumlah tayangan cth : sediakan cerita² orang putih jg

Wednesday, January 12, 2011

10.01.11 ...

Salam,

Usia saya meningkat lagi pada tarikh 10hb Januari 2011 ke angka 26 tahun. Issh issh issh masih terlalu muda & perjalanan masih panjang, tapi sudah ada anak & laki. Itu namanya rezeki ;)

Pada zero bila dah meningkat usia ni, rasanya sudah kurang perasaan nak celebrate dan sebagainya. Cuma cukup sekadar ada yg ingat. Keadaannya sangat jauh beza jika dibandingkan ketika zaman kanak² dan zaman universiti yg semestinya happening. Tiba² teringat pula zero pada suprise yg dibuat oleh kawan² di UNITEN. 2x zero d'suprise dan memorinya masih segar di ingatan zero. Pada intan, niz, fairuz, fast, yus, jihan dll sayang korang semua. Teringin juga utk upload gambarnya utk tatapan masa depan tp semua sudah dimusnahkan oleh virus² jahat komputer :(

Monday, January 10, 2011

YAhooo ...


Salam,

Ingat tak post ini entry yg zero buat khas utk join contest dari blog Munyra Azme.

Tak sangkalah gambar kami bertiga terselit utk menang kategori. Check it out, Lain² pemenang. Thanks to Munyra & Alhamdulillah menang jgk walaupun bukan untuk grand prize. Jom cuci mata tengok pemenang grand prize yg pada zero gambar ni mmg layak utk jadi pemenang. Sempoi & Slumber ;) Tahniah!

Cantik ke ...

Salam,

Thanks to my blogger fren Lina Rahim untuk award ni. Rasa macam kurang layak je, tp orang dh kasi ambil jela kan ;) Thanks lina.



Okies,

favourite artist/singer/group:
Lisa Surihani, Yuna, Maroon 5

Tag 5 orang blogger utk menerima award ini:
1. Nasuha Salleh
2. Fairuz Shahida Sulaiman
3. Nur Nadiah Hamdan
4. Munyra Azme
5. Hafidzah Hafidz

Sekian

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Oh Malaysia...


Tahniah kepada team bola sepak Malaysia dengan kemenangan aggreget 4-2. Credit to Khairul Fahmi a.k.a penjaga gol Malaysia kerana sungguh bergam tanggannya menangkap bola :)Tahniah tahniah tahniah!

Wednesday, December 22, 2010

Makan² dengan opismet...

Salam

Memandangkan tahun ni ramai sangat yang bersalin & menerima cahaya mata di Jabatan zero, jadi kami buat keputusan untuk postpone our family day. Jadi susulan dari tu, kami adakan makan² di Kelab Darul Ehsan (KDE) last Saturday.

Kami ambil package BBQ RM50/kepala untuk dewasa & RM36/kepala untuk kanak². Oklah tempat yang cantik + menarik sebab tepi Pool. Makan oklah. Kalau kawan² blogger nak survey² jomlah kita click

Monday, December 20, 2010

This is My Family --> Munnyra Azmie

Salam

Tiba² rasa nak join contest dari rakan blogger Munnyra Azmie a.k.a contest pertama saya sepanjang bergelar blogger.

Amani Oh Amani...

Salam semua rakan² blogger,

Apa anda rasa bila sudah mempunyai anak? Perasaan? Kewangan? Tugas? Tanggungjawab? Minat?

Suatu ketika dulu zero tak paham apa perasaannya menjadi seorang ibu sehinggalah zero sendiri yang merasainya.

Dulu kata pada my sis :
1.Buat apa beli baju kat baby banyak² + mahal²? nanti jap je dah sempit
2.Buat apa bg susu, pampers & keperluan baby yg mahal²? nanti terbeban
3.Buat apa hantar anak belajar awal² & kat tempat yg mahal²?

Sebab bagi zero masa tu (sblm bergelar ibu) anak tidak perlu diberi kemewahan, cukup sekadar ada keperluan. Tapi hari ini mentality zero sudah jauh berubah. Semua benda yang zero kata tidak patut sudah jadi patut bila ada anak sendiri.

Monday, December 13, 2010

12.12...

Semalam 12hb Disember 2010 adalah anniversary kami berdua untuk kali ke-2. Usia perkahwinan yang terlalu muda & perjalanan masih panjang. Tiada apa yang menarik & berbeza cuma kali ini kami sudah pun bertiga. Alhamdulillah...

Part yang menarik & paling zero suka smlm bila en.asben sponsor satu course yang sangat menarik untuk zero attend (unplanned) N selama ber'course' (6jam) en.asben suka rela untuk menjaga amani(luckily amani sudah mula mix susu badan + formula). Zero tidaklah risau sgt tinggalkan amani dengan asben sebabnya asben sudah biasa. Feedback asben katanya, "ummi, mencabar jgkkan jaga baby sorang²". heh memang agak mencabar kalau duduk berdua je dengan baby. Bagus 3x, u did a good job dear :) Thank you so much!

Kembali Aktif...


Salam

Lama sungguh zero tidak mengemaskini blog ku ini. Perasaan yang bercampur baur - tiada idea, tiada masa & agak letih sejak kebelakangan ini. InsyaAllah akan kembali aktif semula untuk terus berblogging.

Friday, December 3, 2010

Fesyen & Trend Tudung

Salam

Ingin berkongsi yang mana lately saya kurang bersemangat untuk berblogging mahupun online. Kenapa? Saya kurang pasti. Kalau di ofis tugasan yang padat membantutkan niat & kalau di rumah kemalasan pula melanda. Adui...

Tapi hari ni terlintas satu idea untuk ditulis yang fesyen & trend tudung telah menarik perhatian saya. Saya bukan nak bercerita pasal fesyen & trend tudung orang lain kerana saya pasti setiap orang mempunyai cara & minat tersendiri. Tapi apa yang ingin saya kongsi adalah fesyen & tudung saya sendiri.

Wednesday, December 1, 2010

Giveaway Domain daripada MelRomeo.com

Salam

To Lina Rahim : Thanks sebab tag saya untuk giveaway dari blog otai ni tapi sorry sbb take so much time utk respond. Saya buat jgk sbb menarik jgk kan kalau ada website sendiri dgn .com Saya nak cuba :)



Giveaway Domain daripada MelRomeo.com

Friday, November 19, 2010

Cinta Itu Seperti Garam...

Salam

Ada satu cerita yang ingin saya kongsi, kisah suami & isteri. Secara kebetulan cerita ini memberi jawapan kepada saya mengenai satu keraguan. Sebagai wanita / isteri, saya juga seperti wanita yang lain yang selalu ingin tahu tahap cinta suami pada saya. Jadi selalulah keluar soalan "Abi, sayang ummi tak?" setiap kali soalan itu saya ajukan, pasti jawapannya tetap sama "biasa-biasa je". Kadang tu rasa sakit hati juga, tapi mungkin inilah jawapan untuk saya...

Ceritanya :

Amri dan isterinya sedang berada di dapur
"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini." Amir tersenyum. "Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah"

Thursday, November 18, 2010

Isteri vs Ibu...

Salam

Saya baru saja selesai membaca satu rencana bertajuk "JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU" yang dikongsi oleh seorang kenalan di FB dan kalau tak silap saya rencana ini oleh Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Pada rencana ini sangat menarik & boleh dikatakan sangat penting untuk kita kaum hawa esp yang telah bergelar ibu. Jadi saya kongsi rencananya untuk kebaikan & ingatan bersama insyaAllah...

Rencananya berbunyi :
" Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya telah melahirkan seorang anak atau 10 orang anak yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Monday, November 15, 2010

Perkembangan Bayi Bulan ke Bulan...

Amani genap 3 bulan 2 minggu hari ni. Alhamdulillah Amani dalam keadaan cergas & menunjukkan perkembangan yang sihat. As at today, inilah 'improvement' oleh Amani.

Tuesday, November 9, 2010

Perjalanan Amani...

Entry kali ni saja nak upload gambar-gambar amani dari 1st day, 1st month, 2nd month & terkini 3rd month atas permintaan en.asben katanya biar disimpan di sini sebagai memori kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...