Thursday, June 26, 2014

Rindu Mahu Menulis...

Lama benar rasa aku tinggalkan belog ini walaupun banyak sebenarnya yang mahu disimpan di sini. Sangat kekurangan masa! Walaupun semua orang punya tempoh masa yang sama, 24hours a day!. Tetap juga mahu kata aku lah manusia ter busy di dunia. Boleh? Hahahaa...#macam lah orang lain tak rasa semuanya#

Sekarang ini jangan kata mahu menulis dan berblogging, ber blogwalking pun tak dan. Keadaan hectic di sana sini, ke sana ke mari. Kadang aku jadi pusing, stress! Jadi, untuk  hilangkan rasa terbeban di kepala, hati dan kepenatan badan, let's write.

Cara nak release all the tekanan biasanya aku akan bisik2 sendiri. Contohnya, kalau ada waktu Allah uji bagi kesusahan sikit, selalunya terdetik "common ayu take it positively. Jangan dok tengok negatif side je", kalau katacpenat buat kerja2 kat rumah bisiklah "relax lah! setiap benda baik ko buat allah nampak, allah akan balas", bila start rasa stress dengan kerja2 di pejabat cakap pulak "ingat, ko keluar kerja sebab niat nak bantu ringgankan beban laki ko dan nak beri keselesaan pada anak2 ko". Alhamdulillah bila start bisik2 macam ni, automatik aku jadi lebih kuat dan tolak tepi segala bebanan

Nak dijadikan cerita, aku sudah punya dua orang cahaya mata. Seorang puteri dan seorang putera. Ini pertama kali aku simpan di sini. Kisah aku hamil anak ke-2 juga tidak pernah aku kongsi di sini. Bukan tidak mahu berkongsi atau cuba menyembunyikannya, tapi tidak berkesempatan pastinya. Kini putera ku hampir memasuki usia 4bulan 1Julai ini.

Aku selamat melahirkan seorang putera pada 1hb Mac 2014 diusia kehamilan mencecah 39minggu pada jam 10.48pagi seberat 2.88kg di hospital yang sama memberi khidmat semasa kelahiran puteri ku yang pertama. Servis masih sama, memang terbaik dan aku suka. Bezanya hanya pada doktor yang menyambut kelahiran kali ini. Merujuk dengan Dr.Idora Mohamed memang buat kami puas hati, sangat lembut dan begitu terperinci.

Walau bagaimanapun, pada 6bulan pertama aku telah menggunakan khidmat Dr.Hamid Arshat sebagai gynae. Memang tidak terdetik untuk menggunakan khidmat gynae lelaki tetapi kerana telah mendapat maklum balas daripada kawan2 yang telah merujuk kepada beliau sebelum ini, jadi aku yakin untuk pergi. Tabik spring kepada beliau kerana sangat menjaga aurat dengan pesakitnya dan kebiasaannya check up akan dikendalikan oleh pembantu terlatih beliau kecuali jika terdapat masalah yang perlu rujukan beliau. Orangnya sangat humble walaupun telah di ketahui umum yang beliau seorang yang hebat sebagai pakar perbidanan. Sebab utama aku rujuk kepada beliau kerana terdapat cyst (ketulan) di awal kehamilan. Alhamdulillah syukur cyst itu hilang setelah usia kandungan mencecah hampir 3bulan. Dan bahagian paling disukai ketika merujuk dengan klinik Dr.Hamid tentunya kerana consultation dan juga ubat yang diberi. Ubat2an yang dibekalkan kebanyakkannya ke arah keislaman contohnya seperti habatussauda, minyak zaitun dan pati delima. And of course banyak tips2 berguna yang telah dikongsi oleh Dr.Hamid. Memamg terbaik!

Inilah si teruna kami Muhammad Umar Abbasy bin Imran yang membawa maksud hamba yang memakmurkan dan rajin berusaha. 6.44kg minggu lepas. Sudah bisa meniarap. Raut wajahnya persis wajah si kakak. Alhamdulillah sepasang sudah. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang perlu diusahakan. Apapun rezeki itu milik Allah S.W.T.  Satu katanya, maka satu lah. Dua katanya, maka dua lah. Begitu seterusnya.




Si kakak pula makin besar dan makin mahir menyusun kata2. Sudah bisa minta ditolong pada benda2 yang mudah. Alhamdulillah daripada seorang yang sangat tidak pandai tunjuk kasih sayang, sekarang kerap pula mahu mesra2 dengan si adik. Baguslah... Juga sudah banyak belajar ilmu2 dan skills baru dalam kehidupan seharian. Ini dia si kakak




Bila sudah bertambah ahli keluarga, sudah pasti urusan hidup juga makin bertambah. Komitmen bertambah dan rutin berubah. Pendek kata, banyak benda2 biasa jadi luar biasa. Banyak benda2 luar biasa jadi biasa.

Ini belum cakap soal kerja. Kerja kerja kerja... tight sangat rasanya! Masuk kerja pukul9-6 petang memang jarang dapat bersantai2. Ada pun hanya untuk pump susu, solat dan ke tandas. Nak baca suratkhabar pun tidak ada masa. Apalagi browsing tak tentu hala. Tapi  lucky keadaan dxi pejabat sangat selesa kerana dikelilingi kawan2 yang best dan bos yang sporting. Time otak sudah tepu, bisa stop chit chat2 gossip dan sebagainya. Heaven sangat walaupun penat!

Di rumah lain pula ceritanya. sibuk uruskan rumah dan anak2 juga suami. Penat mula terasa bila punya anak ke-2. Waktu tidur kebiasaan jam 12midnite dan bangkit jam520 pagi. Itu belum kira bangun susukan si adik. Pergi dan balik kerja menggunakan ktm sedikit sebanyak mengerah tenaga kami berdua. Penat sudah semestinya tapi asalkan selamat, alhamdulillah. Kami tidak berani ambil risk untuk naik motorsikal buat masa ini kerana parut luka pun masih berbekas.

Ok stop dulu sampai sini. Masih ada yang mahu ditulis. Moga diberi kesempatan dan kelapangan untuk sambung menulis lagi lain hari. 

#hasil tulisan sementara bersenang2 tunggu ktm sampai. Done in 30minutes. Not bad can do it next time#

Wednesday, June 25, 2014

Come Back

Thursday, January 23, 2014

Toys

Sejujurnya kami sangat jarang membeli toys untuk irdina. Adalah juga, bukan langsung tidak. Tapi kami lebih prefer membeli toys yang besar2 contoh macam slide, basikal, papan hitam dll. Motif? Tidak mahu toys bersepah merata-rata dalam rumah. Rasanya agak berkesan lagi2 untuk working parents macam kami yang hanya punya masa mengemas seminggu sekali.

Jadi last week, kami beli 2 toys untuk irdina. 1 is piano & 1 is kitchen cooking set. Tengok, seronok sungguh si minah ni.

                                      


Jadi, inilah aktiviti baru irdina. Seronok rasa membeli tapi selepas2 itu terasa juga letihnya. Letih bila perlu melayan, sekejap2 tarik tanggan kita, "ummi nyanyi...irdina play". Sekejap lagi, dia berlari pula ke arah kitchen cooking set dan mula ambil order dari kami "ummi nak makan apa, minum?". Itu saja yang diulang-ulang. Sangat kelakar! 











Friday, January 17, 2014

Sogo Member Card Sale 17.01.2014 & 18.01.2014

Sebut sogo siapa saja yang tidak tahu kan, malah majoriti daripada kita tentunya sudah menjadi ahlinya. Jadi di permulaan tahun 2014 sogo buat member card sale. Waktu ini memang teramat sangat meriah, memang meriah! Toksah cakap lah kan, bermula dari q nak masuk parking, q nak naik escalator/lift sampai ke q nak membuat bayaran semua panjang belaka. Mana saja kawasan sogo penuh dengan umat. Kalau setakat duduk di kaki2 jalan berbekalkan bakul2 untuk dibuat pilihan, itu bukan satu perkara yang asing. Rasa malu juga sudah ditolak tepi.

Jadi pada yang masih belum berkesempatan, anda masih punya masa esok sehari saja lagi. Rugi kalau tidak pergi, paling tidak sambar 3-4helai pun jadi sebab ada barangan yang menawarkan diskaun sehingga 90%. Just imagine! Murah bangat! Apapun section kegemaran kami adalah kanak2 dan juga lelaki dewasa. Dua section ini tempat wajib terjah kalau ke sogo. 

Satu saja, kalau nak shopping di sini anda perlu ada kekuatan juga kesabaran yang tinggi. Penat tu! Lagi2 mak buyung seperti saya. Sebab anda perlu bersesak2 dengan ribuan umat. Tapi saya pasti sogo tidak pernah menghampakan pelanggannya.

Perkongsian :-

1. Kalau kita bukan ahli, boleh masuk @ tidak? 
    - boleh sebab anda berpeluang mendaftar sebagai ahli pada hari kejadian dengan bayaran rm12

2. Parking di mana selain parking di Sogo? 
     - saya biasa akan parking di medan mara (bersebelahan Pertama Complex) kerana bayaran di situ sangat 
        murah rm4/entry sahaja
        Nota : jika di sogo kadar mengikut jam 

3. Kalau bawa anak kecil macam mana?
     - Apa yang selalu saya buat kami akan bergilir-gilir untuk memilih barang. Waktu giliran, anak2/pasangan 
        tidak perlu turut serta ke mana saja pergerakan kita. Apa yang perlu pasangan buat, bawa anak2 anda ke         
        bilik mainan di section kanak2 (percuma) atau bawa ke tempat permainan di tingkat 7 (ada bayaran). Jika    
        tidak, anak2 anda pasti tertekan. Huh...

Hasil tangkapan hari ini.





Friday, January 10, 2014

10 Januari

Salam,


Perghhh gile lama kot aku tidak menulis di sini.  sangat lama... memang lama...
Bukan setakat tidak menulis sahaja, tapi menjenguk juga jarang sekali. Baik belog sendiri ataupun belog kawan2 blogger yang lain. Bunyi macam sangat busy? Tapi realitinya biasa2 sahaja.

Tapi sempena ulangtahun kelahiran ku yang ke-29 (aku berkongsi tarikh lahir dengan dua tokoh hebat iaitu Nik Aziz & Khairi Jamaludin), tiba2 satu injection dan aura rasa mahu menulis dan berblogging kembali. Jadi dengan kerajinan yang ada (mungkin), dapatlah belog ini bernafas kembali. Insya-Allah...

Tidak mengapa jika tiada yang membaca, cukup sekadar aku menulis suka2. Semoga esok, lusa, tulat atau hari berikutnya aku punya masa untuk meninggalkan sesuatu di sini.

Nota Kaki : Sempena ulangtahun kelahiran kali ni, aku mohon doa kalian supaya aku sentiasa dilimpahkan dengan petunjuk, hidayah & iman yang teguh untuk berjaya dunia & akhirat. Amin...

Good Night!




Thursday, December 12, 2013

5th Anniversary....

Thursday, August 22, 2013

Color & Shape Class by Irdina :P


Tuesday, June 25, 2013

Her Akikah @ Mekah


Monday, June 24, 2013

His Birthday

Hari jumaat lepas iaitu 21hb Jun 2013 adalah hari ulangtahun kelahiran si dia yang ke tut... hahahaa. tut sebab rasanya kami masih muda belia lagi. Lalalalaaaaa... huhuhu sudah! Yang sebenarnya, yang ke-29.

Sebenarnya perwatakan kami berdua sangatlah sempoi #sebagai pasangan suami isteri# Tidak terlalu manja yang suka berjiwang2an, atau tidak terlalu romantik. Senang cerita, kami tidak sweet.

Kadang2 sifat sebegini buat kami rasa lebih selesa. Jadi bila masing2 begitu azalinya, maka kebanyakannya tiada rahsia. Contoh, jika mahu lakukan atau raikan sesuatu kami selalu akan saling memberitahu. Walaupun untuk memberi sesuatu di hari istimewa. Sudahnya tiada yang istimewa.
Tetapi kali ini sedikit berbeza. Seminggu sebelum tarikh di atas, muncul idea. Hati mula terdetik mahu buat sesuatu untuk hari ulangtahun si dia.

Muncul sahaja idea terus aku fikir itu, fikir ini. Beli itu, beli ini. Buat itu, buat ini. Sudah sangat lama rasanya tidak buat benda2 sebegini. Terasa agak teruja dan seronok juga sebab kerja2 tanggan sebegini memang kegemaranku sejak dahulu lagi.

Ceritanya,

Pada waktu hari kejadiaan kami berdua sama2 bekerja dan seperti biasa kami akan pool pergi dan balik kerja. Jadi agak payah juga bila perlu menyembunyikan barang2 untuk tujuan itu. Sudahnya, macam2 benda mula direka cerita.

Hati sangatlah berdebar tuhan sahaja yang tahu saat itu. Berdebar memikirkan bagaimana perlu aku selesaikan semuanya dalam masa yang singkat dan bagaimana pula mahu mengalihkan pandangan dia waktu itu.

Sampai sahaja di rumah, aku perlu bergegas ambil tempahan #sekali lagi terpaksa beri alasan untuk ke kedai membeli sesuatu untuk makan malam# Selesai. Balik sahaja dari ambil tempahan, aku perlu pastikan dia di atas. Alhamdulillah seperti yang dijangka dia memang di atas waktu itu. Yes! Pantas2 aku ambil kek2 dan simpan di dalam stor untuk sembunyikan kalau2 dia turun.

Hati makin rancak debarannya. Dalam kepala asyik terfikir sempat ke tidak, sempat ke tidak. Waaa cemas!

Kerja diteruskan. Capai sana capai sini, tiup sana tiup sini, gantung sana gantung sini. Berlari depan ke belakang sambil menyediakan menu akan dihidang #yong tauhu# Alhamdulillah dalam masa 30minit semua sudah siap tanpa disedari oleh dia #irdina juga berjaya simpan rahsia#

Siap sahaja terus ku suruh si kecil panggil abinya.
Lepas fikir2, beli itu ini, buat itu & ini, inilah hasilnya. Tadaaaa!



















Syukur kejutan yang simple dan secara kecil2an untuk 3beranak berjaya dilaksana. Yang penting birthday boy terkejut dan happy.

Sunday, June 9, 2013

Permainan Pertama...

Walaupun ini bukan satu2nya permainan yang irdina miliki, tapi ini adalah permainan pertama yang pernah irdina minta untuk dibeli.

Kami agak terkejut saat lalu di kawasan permainan kanak2, irdina terus sahaja mencapai kotak ini dan berkata "nak spiderman". Dalam hati terus terdetik, "biar betul anak aku ni". Kemudian kami cuba alihkan perhatiannya kepada permainan kanak2 perempuan dan cuba memujuk untuk ambil sesuatu dari situ tapi yang dimahukan tetap spiderman. 






Anak2! terkejut ummi, terkejut abi. Mana irdina tahu pasal spiderman pun kami tidak pasti. Rasanya tidak pernah lagi ummi / abi kenalkan superhero ini pada irdina. Tapi ummi dan abi pernah terbawa irdina masuk wayang tengok ironman. Maafkan kami ye nak. Tapi tidak mengapa, hari ini ummi rekod benda ini sebagai kenangan pada masa depan.

Nota Kaki : budak2 sangat mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka

Thursday, June 6, 2013

Anak...

Salam,

Waaa....

Kemalasan untuk menulis sejak akhir2 ini makin menjadi2. Adoi! Entah kenapa. Selalu saja rasa macam tidak mahu berkongsi apa jua cerita, pengalaman, percutian atau sebagainya. Baik di blog, instagram mahupun di fabebook, semuanya sangat jarang dikemaskini #teringat suami pesan; Hidup ni tak perlu show off sana, show off sini. Kena selalu wasatiah. hik hik hik# Tapi kekadang, rasa rugi juga. Iyelah, bila fikir2 semula bukan ke elok jika ada moment2 indah disimpan di sini supaya dapat dikorek pada masa hadapan.

Yes! That should be my main reason why I wrote over here. No hidden agenda please. Ok, I promise! (tq B)

Ok, cerita hari ini berkisar tentang irdina.

Pengalaman menerima dan menyemak progress report anak adalah fenomena baru untuk kami. Dapat sahaja progress report irdina (1st Term 2013) kelmarin, benda pertama terlintas di fikiran ialah "eh, betul ke aku dah ada anak yang perlu aku didik & bentuk?" Ishhh, tiba2 rasa macam dalam mimpi. Masih rasa seperti tidak percaya bebanan itu sebenarnya sudah ada.


Sampai sahaja di rumah, aku cepat2 mencapai buku hijau itu untuk melihat isi kandungnya. Dan selepas dibelek2 ulasan aunty (panggilan untuk cikgu di BBIM), kami rasa irdina masih pada tahap sederhana dan masih memerlukan bimbingan. Yes! I admit. She is very young. And for me, irdina still at level zero therefore needs lot of guidance. Jadi, apa sangat yang boleh diharapkan jika realitinya kami sangat2 jarang mengajar irdina di rumah.

Tapi ada juga bahagian yang aunty rasakan irdina sangat baik (cth : kebolehan memahami arahan dalam english) dan ada juga bahagian yang lemah (cth : kemahiran membaca). Pada kami, ini tidak membawa erti apa2. Andai kata irdina cemerlang hari ini, tidak semestinya irdina boleh kekal cemerlang sampai bila2, begitu juga sebaliknya. Jauh lagi perjalanan yang perlu dilaluinya.

Lagipun pada kami, irdina masih terlalu kecil (3 tahun) untuk dipaksa itu dan ini. Konsep kami, cukuplah sekadar memberi dan irdina menerima sekadar yang termampu. Yang penting, fokus pertama kami iaitu mahu perbaiki pertuturan irdina yang agak terkebelakang jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Dan setakat hari ini, syukur hasilnya sudah kelihatan walaupun pada kadar sedikit demi sedikit. Nampak caranya matlamat kami hampir tercapai. Dalam tempoh 6bulan, BBIM telah banyak membantu anak kami. Bukan sekadar pada komunikasi sahaja, malah dalam pelbagai aspek.

Realitinya kerja mendidik anak untuk berjaya dunia & akhirat bukan kerja mudah. Ia merupakan amanah daripada Allah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab oleh suami isteri secara bersama. Dan oleh itu, kami sangat kagum pada ibubapa yang telah berjaya membentuk anak2 yang cemerlang akademi dan sahsiah dirinya. Hebat, mereka memang hebat! Bahagian dan kemampuan kami masih belum diuji. Jadi mantapkan dan perkasakan diri dengan ilmu2 dan skill2 berkaitan keibubapaan ni. Semoga segalanya dipermudahkan, insya-Allah.

Terima kasih BBIM, terima kasih aunty!-












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...