Salam,
Perghhh gile lama kot aku tidak menulis di sini. sangat lama... memang lama...
Bukan setakat tidak menulis sahaja, tapi menjenguk juga jarang sekali. Baik belog sendiri ataupun belog kawan2 blogger yang lain. Bunyi macam sangat busy? Tapi realitinya biasa2 sahaja.
Tapi sempena ulangtahun kelahiran ku yang ke-29 (aku berkongsi tarikh lahir dengan dua tokoh hebat iaitu Nik Aziz & Khairi Jamaludin), tiba2 satu injection dan aura rasa mahu menulis dan berblogging kembali. Jadi dengan kerajinan yang ada (mungkin), dapatlah belog ini bernafas kembali. Insya-Allah...
Tidak mengapa jika tiada yang membaca, cukup sekadar aku menulis suka2. Semoga esok, lusa, tulat atau hari berikutnya aku punya masa untuk meninggalkan sesuatu di sini.
Nota Kaki : Sempena ulangtahun kelahiran kali ni, aku mohon doa kalian supaya aku sentiasa dilimpahkan dengan petunjuk, hidayah & iman yang teguh untuk berjaya dunia & akhirat. Amin...
Good Night!
0 comments:
Post a Comment