Friday, January 17, 2014

Sogo Member Card Sale 17.01.2014 & 18.01.2014

Sebut sogo siapa saja yang tidak tahu kan, malah majoriti daripada kita tentunya sudah menjadi ahlinya. Jadi di permulaan tahun 2014 sogo buat member card sale. Waktu ini memang teramat sangat meriah, memang meriah! Toksah cakap lah kan, bermula dari q nak masuk parking, q nak naik escalator/lift sampai ke q nak membuat bayaran semua panjang belaka. Mana saja kawasan sogo penuh dengan umat. Kalau setakat duduk di kaki2 jalan berbekalkan bakul2 untuk dibuat pilihan, itu bukan satu perkara yang asing. Rasa malu juga sudah ditolak tepi.

Jadi pada yang masih belum berkesempatan, anda masih punya masa esok sehari saja lagi. Rugi kalau tidak pergi, paling tidak sambar 3-4helai pun jadi sebab ada barangan yang menawarkan diskaun sehingga 90%. Just imagine! Murah bangat! Apapun section kegemaran kami adalah kanak2 dan juga lelaki dewasa. Dua section ini tempat wajib terjah kalau ke sogo. 

Satu saja, kalau nak shopping di sini anda perlu ada kekuatan juga kesabaran yang tinggi. Penat tu! Lagi2 mak buyung seperti saya. Sebab anda perlu bersesak2 dengan ribuan umat. Tapi saya pasti sogo tidak pernah menghampakan pelanggannya.

Perkongsian :-

1. Kalau kita bukan ahli, boleh masuk @ tidak? 
    - boleh sebab anda berpeluang mendaftar sebagai ahli pada hari kejadian dengan bayaran rm12

2. Parking di mana selain parking di Sogo? 
     - saya biasa akan parking di medan mara (bersebelahan Pertama Complex) kerana bayaran di situ sangat 
        murah rm4/entry sahaja
        Nota : jika di sogo kadar mengikut jam 

3. Kalau bawa anak kecil macam mana?
     - Apa yang selalu saya buat kami akan bergilir-gilir untuk memilih barang. Waktu giliran, anak2/pasangan 
        tidak perlu turut serta ke mana saja pergerakan kita. Apa yang perlu pasangan buat, bawa anak2 anda ke         
        bilik mainan di section kanak2 (percuma) atau bawa ke tempat permainan di tingkat 7 (ada bayaran). Jika    
        tidak, anak2 anda pasti tertekan. Huh...

Hasil tangkapan hari ini.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...