Hari jumaat lepas iaitu 21hb Jun 2013 adalah hari ulangtahun kelahiran si dia yang ke tut... hahahaa. tut sebab rasanya kami masih muda belia lagi. Lalalalaaaaa... huhuhu sudah! Yang sebenarnya, yang ke-29.
Sebenarnya perwatakan kami berdua sangatlah sempoi #sebagai pasangan suami isteri# Tidak terlalu manja yang suka berjiwang2an, atau tidak terlalu romantik. Senang cerita, kami tidak sweet.
Kadang2 sifat sebegini buat kami rasa lebih selesa. Jadi bila masing2 begitu azalinya, maka kebanyakannya tiada rahsia. Contoh, jika mahu lakukan atau raikan sesuatu kami selalu akan saling memberitahu. Walaupun untuk memberi sesuatu di hari istimewa. Sudahnya tiada yang istimewa.
Tetapi kali ini sedikit berbeza. Seminggu sebelum tarikh di atas, muncul idea. Hati mula terdetik mahu buat sesuatu untuk hari ulangtahun si dia.
Muncul sahaja idea terus aku fikir itu, fikir ini. Beli itu, beli ini. Buat itu, buat ini. Sudah sangat lama rasanya tidak buat benda2 sebegini. Terasa agak teruja dan seronok juga sebab kerja2 tanggan sebegini memang kegemaranku sejak dahulu lagi.
Ceritanya,
Pada waktu hari kejadiaan kami berdua sama2 bekerja dan seperti biasa kami akan pool pergi dan balik kerja. Jadi agak payah juga bila perlu menyembunyikan barang2 untuk tujuan itu. Sudahnya, macam2 benda mula direka cerita.
Hati sangatlah berdebar tuhan sahaja yang tahu saat itu. Berdebar memikirkan bagaimana perlu aku selesaikan semuanya dalam masa yang singkat dan bagaimana pula mahu mengalihkan pandangan dia waktu itu.
Sampai sahaja di rumah, aku perlu bergegas ambil tempahan #sekali lagi terpaksa beri alasan untuk ke kedai membeli sesuatu untuk makan malam# Selesai. Balik sahaja dari ambil tempahan, aku perlu pastikan dia di atas. Alhamdulillah seperti yang dijangka dia memang di atas waktu itu. Yes! Pantas2 aku ambil kek2 dan simpan di dalam stor untuk sembunyikan kalau2 dia turun.
Hati makin rancak debarannya. Dalam kepala asyik terfikir sempat ke tidak, sempat ke tidak. Waaa cemas!
Kerja diteruskan. Capai sana capai sini, tiup sana tiup sini, gantung sana gantung sini. Berlari depan ke belakang sambil menyediakan menu akan dihidang #yong tauhu# Alhamdulillah dalam masa 30minit semua sudah siap tanpa disedari oleh dia #irdina juga berjaya simpan rahsia#
Siap sahaja terus ku suruh si kecil panggil abinya.

Lepas fikir2, beli itu ini, buat itu & ini, inilah hasilnya. Tadaaaa!
Syukur kejutan yang simple dan secara kecil2an untuk 3beranak berjaya dilaksana. Yang penting birthday boy terkejut dan happy.
0 comments:
Post a Comment