Sunday, June 9, 2013

Permainan Pertama...

Walaupun ini bukan satu2nya permainan yang irdina miliki, tapi ini adalah permainan pertama yang pernah irdina minta untuk dibeli.

Kami agak terkejut saat lalu di kawasan permainan kanak2, irdina terus sahaja mencapai kotak ini dan berkata "nak spiderman". Dalam hati terus terdetik, "biar betul anak aku ni". Kemudian kami cuba alihkan perhatiannya kepada permainan kanak2 perempuan dan cuba memujuk untuk ambil sesuatu dari situ tapi yang dimahukan tetap spiderman. 






Anak2! terkejut ummi, terkejut abi. Mana irdina tahu pasal spiderman pun kami tidak pasti. Rasanya tidak pernah lagi ummi / abi kenalkan superhero ini pada irdina. Tapi ummi dan abi pernah terbawa irdina masuk wayang tengok ironman. Maafkan kami ye nak. Tapi tidak mengapa, hari ini ummi rekod benda ini sebagai kenangan pada masa depan.

Nota Kaki : budak2 sangat mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka

Thursday, June 6, 2013

Anak...

Salam,

Waaa....

Kemalasan untuk menulis sejak akhir2 ini makin menjadi2. Adoi! Entah kenapa. Selalu saja rasa macam tidak mahu berkongsi apa jua cerita, pengalaman, percutian atau sebagainya. Baik di blog, instagram mahupun di fabebook, semuanya sangat jarang dikemaskini #teringat suami pesan; Hidup ni tak perlu show off sana, show off sini. Kena selalu wasatiah. hik hik hik# Tapi kekadang, rasa rugi juga. Iyelah, bila fikir2 semula bukan ke elok jika ada moment2 indah disimpan di sini supaya dapat dikorek pada masa hadapan.

Yes! That should be my main reason why I wrote over here. No hidden agenda please. Ok, I promise! (tq B)

Ok, cerita hari ini berkisar tentang irdina.

Pengalaman menerima dan menyemak progress report anak adalah fenomena baru untuk kami. Dapat sahaja progress report irdina (1st Term 2013) kelmarin, benda pertama terlintas di fikiran ialah "eh, betul ke aku dah ada anak yang perlu aku didik & bentuk?" Ishhh, tiba2 rasa macam dalam mimpi. Masih rasa seperti tidak percaya bebanan itu sebenarnya sudah ada.


Sampai sahaja di rumah, aku cepat2 mencapai buku hijau itu untuk melihat isi kandungnya. Dan selepas dibelek2 ulasan aunty (panggilan untuk cikgu di BBIM), kami rasa irdina masih pada tahap sederhana dan masih memerlukan bimbingan. Yes! I admit. She is very young. And for me, irdina still at level zero therefore needs lot of guidance. Jadi, apa sangat yang boleh diharapkan jika realitinya kami sangat2 jarang mengajar irdina di rumah.

Tapi ada juga bahagian yang aunty rasakan irdina sangat baik (cth : kebolehan memahami arahan dalam english) dan ada juga bahagian yang lemah (cth : kemahiran membaca). Pada kami, ini tidak membawa erti apa2. Andai kata irdina cemerlang hari ini, tidak semestinya irdina boleh kekal cemerlang sampai bila2, begitu juga sebaliknya. Jauh lagi perjalanan yang perlu dilaluinya.

Lagipun pada kami, irdina masih terlalu kecil (3 tahun) untuk dipaksa itu dan ini. Konsep kami, cukuplah sekadar memberi dan irdina menerima sekadar yang termampu. Yang penting, fokus pertama kami iaitu mahu perbaiki pertuturan irdina yang agak terkebelakang jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Dan setakat hari ini, syukur hasilnya sudah kelihatan walaupun pada kadar sedikit demi sedikit. Nampak caranya matlamat kami hampir tercapai. Dalam tempoh 6bulan, BBIM telah banyak membantu anak kami. Bukan sekadar pada komunikasi sahaja, malah dalam pelbagai aspek.

Realitinya kerja mendidik anak untuk berjaya dunia & akhirat bukan kerja mudah. Ia merupakan amanah daripada Allah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab oleh suami isteri secara bersama. Dan oleh itu, kami sangat kagum pada ibubapa yang telah berjaya membentuk anak2 yang cemerlang akademi dan sahsiah dirinya. Hebat, mereka memang hebat! Bahagian dan kemampuan kami masih belum diuji. Jadi mantapkan dan perkasakan diri dengan ilmu2 dan skill2 berkaitan keibubapaan ni. Semoga segalanya dipermudahkan, insya-Allah.

Terima kasih BBIM, terima kasih aunty!-












Monday, May 13, 2013

Twinkle Twinkle Little Star (versi german*) by Irdina


Thursday, April 18, 2013

Irdina's Sports Day 2013

Salam,

Lama betul x menulis di belog picisan ini. Bukan setakat tiada masa untuk menulis, malah menjenguk untuk beberapa minit pun tiada kesempatan, apalagi mahu singgah ke belog kawan2. Sangat sukar mencari masa lewat ini.

Isunya tetap sama, sibuk dengan kerja, sibuk dengan kehidupan. Itu sahaja... Dua perkara yang mungkin tidak berpenghujung. Sebenarnya banyak sungguh cerita yang tidak sempat disimpan di sini. Tapi hari ini, zero cuba juga cari masa menaip talkala anak dara & suami sedang lena dibuai mimpi. Mahu memori ini terpahat di sini untuk bacaan irdina kelak. InsyaAllah.

Minggu lepas 14hb April, tadika irdina adakan Hari Sukan sesi 2013 di Kompleks Sukan, UPM. Ini merupakan program tahunan dan ianya wajib untuk semua pelajar. Jadi mahu x mahu, kena sertai juga. Tapi sebenarnya ok jugalah sebab pada zero aktiviti sebegini dapat memberi kepuasaan dan keriangan kepada anak2 tentunya #zero rasa kot lihat dari reaksi irdina#

Malah, kita sebagai ibubapa boleh melihat sejauh mana kemampuan anak2 kita. Maksudnya, waktu ini kita tahu lah anak kita berperwatakan macam mana bila berada di bawah kendalian orang lain. Dan alhamdulillah, kami lihat irdina begitu pandai membawa diri dan cikgu2nya tidak perlu memberi lebih perhatian kepadanya. Irdina juga nampak aktif orangnya. InsyaAllah moga yang baik2 untuk beliau. Ameen.

Irdina, this is for you.






      






Friday, February 15, 2013

After One & Half Month Going to School...

Alhamdulillah,

She did it! She can speak :)

Thursday, February 14, 2013

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri…

Sekadar berkongsi cerita daripada FB


Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini. Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…
“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”
“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.
Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

## Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Tuesday, February 12, 2013

Addicted

She addicted to Extreme Chocolate from San Francisco Coffee currently. Eventhough it is not good, we both have to say YES since she is a picky eater, unfortunetly.

Saturday, February 9, 2013

Salam, 

Pada yang ada rancangan mahu jalan di Melaka boleh jenguk sini http://www.groupon.my/deals/travelcity/hatten-hotel-melaka/716267392. 

Secara peribadi, zero suka hotel ini. Tidak terlalu mewah, tapi ianya cukup selesa dan cantik pada mata zero. Lokasinya yang strategik di tengah jpusat bandar juga memudahkan sesiapa yang datang ke Melaka untuk bersiar di sekitarnya.


Thursday, February 7, 2013

Pengalaman Berkawad...

Ini adalah pengalaman zero berkawad buat pertama kalinya bagi mewakili syarikat sempena perbarisan Hari Wilayah 2 Februari lepas. Pada awalnya, keputusan ini agak kurang disokong oleh suami tapi lama kelamaan beliau redha. Jadi, akhirnya zero teruskan jua demi hasrat yang satu.

Motif? Jeng jeng jeng... Hanya kerana cuti yang sehari. Itu sahaja, tiada yang terkurang atau terlebih. Bila difikirkan semula, kelakar juga sebab hanya disebabkan mahu cuti berganti sehari, sanggup pula menempuh sesi latihan selama 7 hari dan bermandi peluh di terik mentari. Ianya sangat memenatkan dan hasilnya kulit makin menghitam :P

Apapun, walaupun tidak menang pada hari tersebut (waktu sesi latihan penuh pasukan kami berada di tempat ke-3), sekurang-kurangnya kami dapat baju sukan, seluar sukan, kasut sukan, kasut kerja, seluar PDI, baju F1, tudung secara percuma sebagai kenang-kenangan yang mana kebanyakkannya juga boleh dikitar semula untuk hari biasa.

Selepas selesai semuanya, hati terasa cukup puas dengan hasil yang ditunjukkan secara berpasukan kerana rata-rata semuanya bersemangat waja. Dan inilah hasilnya;







Nota Kaki : 1 hari cuti ganti amat bermakna bagi mengekalkan rekod tiada cuti sakit seperti tahun lepas. InsyaAllah...

Wednesday, January 9, 2013

'Review from Aunty @ BBIM'

Alhamdulillah semalam genap sudah 5 hari irdina berada di BBIM. Setakat hari ini, tiada banyak masalah yang dihadapi terutama dalam membiasakan diri bagi menyerap rutin/tugas masing².

Secara keseluruhan, buat masa ini keadaan masih terkawal di mana irdina seolah-olah merelakan diri dihantar ke sekolah. Agak mudah untuk mengejut, memandikan, menyiapkan sehinggalah dihantar ke sekolah. Kadangkala irdina pula yang mengejutkan kami untuk bangun dari tidur. Sungguh lucu mengenangkan saat ini.Syukur semuanya seakan² lancar tanpa rungutan juga tanggisan daripada irdina (kecuali pada hari ke-2). Ini menunjukkan anak ummi semakin faham.

Setakat hari ini, kami yang akan hantar irdina ke BBIM dan waktu pulang emak pengasuh yang menjemput untuk ‘transit’ ke rumahnya. Kami terpaksa buat begini (walaupun ada kos tambahan di sini) kerana kebiasaannya kami agak lewat. Tapi disebalik itu, kami juga punya ‘strategy’ tersendiri bagi mengikat emak pengasuh untuk anak ke-2 nanti *kih kih kih*.

Selepas hampir seminggu, adalah dapat ‘review’ dari aunty secara tidak sengaja dan tanpa kami tanya.

Kata mereka mengenai irdina,

POSITIF;
1. 'she became a role model in her group coz she is the only one who not crying' (quote by Aunty Hana)
2. irdina ni sangat baik & sangat pandai (quote by Aunty Ila) *katanya lah. tapi zero pun tak pasti bab mana yang pandainya sebab irdina menyebut pun baru sepatah²*

NEGATIF;
1. irdina hisap jari, now one of her friend keep following her (quote by Aunty Oja)

Secara keseluruhan terima kasih pada all the aunty @ BBIM Putra Mahkota sebab sudi jaga dan didik anak zero. Bab hisap jari kami berdua minta maaf pada kawan yang terikut juga mak ayah beliau. Sedaya upaya kami akan cuba tegah irdina walaupun sebenarnya sudah boleh kata berbuih mulut kami. Apapun mungkin pertolongan aunty dapat membantu mengatasi masalah ini. Jadi dengan relanya kami bagi lesen pada all the aunty, bantah saja. Dalam masa yang sama kami juga will keep reminding my lil supaya tidak buat lagi. Harap² berjayalah hendaknya.

Amin…

'Review From Auntie @ BBIM'

Alhamdulillah semalam irdina sudah 5 hari ke sekolah. Agak mudah untuk kejut dari tidur dan kadang kala alarm berbunyi irdina pula yang kejut kami suruh bangun. Waktu hantar dan sesekalu jemput irdina, ada aunty (panggilan untuk cikgu di situ).

Irdina,

1. she became a role model in her group coz she is the only one who not crying (quote by auty Hana)
2. irdina ni sangat baik & sangat pandai (katanya)

Thursday, January 3, 2013

'Going to School'

Salam,

Semalam si tenit ni masuk sekolah, sekolah ala² je pun @ Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) , BSP. Fokus BBIM lebih kepada 'montessori method'. Di sini, irdina ditempatkan ke 'playhouse' dan bukan 'pre-school'. Jadi expectation kami tidak tinggi.


Sebenarnya tujuan utama kami hantar irdina ke sekolah supaya irdina boleh berkomunikasi dengan baik.Bayangkan setakat hari ini, perkataan yang keluar dari mulutnya sangat² terhad jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Apapun syukur sebab sebulan kebelakangan ni, irdina telah menunjukkan peningkatan dan jumlah perkataan pun telah bertambah.

Bagi kami sejujurnya, kami langsung tidak terdetik mahu irdina jadi bijak pandai dalam usia sebegini. Cuma hasrat kami yang satu mahu irdina belajar berkomunikasi dengan baik selain jadi lebih berdisiplin. Itu sahaja untuk 2013. Jika ditakdirkan DIA beri lebih dari itu alhamdulillah ianya satu bonus buat irdina.

Wednesday, December 19, 2012

Flora Cafe @ AmpWalk

Last weekend kami jalan² niat mahu cari tempat makan yang sedikit menarik semperna anniversary.  Planning awal mahu ke 10Bijai Restoran (PNB Darby Park) tapi entah macam mana mata kami tertarik dengan Flora Cafe di Amp Walk, Jalan Ampang. So kami singgah makan di sini.

Sebenarnya tekak terasa mahu makan makanan western tapi tak sangka pula tiada di hidangkan di sini. Sudahnya, kami makan (1) Nasi+Tenggiri Sweet Sour, (2) Nasi+Ayam Masak Kicap, (3) Fries, (4) Air Sirap Bandung & (5) Sirap Limau. Bedal saja lah labu. Harga RM52.90 sahaja. Overall, saya bagi 4 out of 5. Sebab tempat cantik, makanan terasa & layanan juga bagus di sini.









 


After 2years 4month, finally...

First sentences come out from my dotter's tongue tis morning (after waiting for 2years 4month), "mi,ni ubat ke?" so cute! *I'm pretty sure all mommy felt the same*


Thursday, December 13, 2012

4th Anniversary @ 12.12.12 (dedicated to Imran Sadiman)

B,

Happy fourth anniversary. We both (ummi & irdina) love u a lot. U r so special, u sacrified a lot. In 4 years married life, we achieved quite a lot. I'm so happy to be with u. Really need u till the end of our life. Anything we do, believe that the love of a family is life's greatest blessing. InsyaAllah.

Love u so much. Muuaaahh...


Footnote : I hope 'redha' Allah will be with our family forever. Amin...

Wednesday, December 12, 2012

B,


Happy third anniversary. We both (ummi & irdina) love u a lot. Really need u till the end of our life. You r so special for both of us. U sacrified a lot. Love u so much. Muuaaahh...



Your Love,

-Ayu-


Sunday, December 9, 2012

Pediasure vs Dutch Lady Activ Gold

Salam,

Sejak kebelakangan ni, selera makan anak zero (irdina) makin kritikal. Bayangkan apabila anak sekecilnya hanya minum 2 ke 3 botol (4oz/botol) sehari. Ibu mana yang tidak risau berdepan situasi sebegini. Tambah pula irdina sangat susah mahu menjama makanan. 

Bila tiada pengalaman, keadaan lebih mencemaskan. Jadi untuk sedapkan hati, kami bawa irdina berjumpa dengan Dr Azam pakar kanak² dari Hospital Pantai Bangsar bagi mendapatkan khidmat nasihat dari beliau. Walaupun sebenarnya pada hari tersebut kami dirujuk kepada pakar pemakanan (dietitian) iaitu Ms.Wong. Pada kami, consultation dari Dr. Azam sangat bagus dan kami sangat berpuas hati. Beliau tidak lokek untuk berkongsi. Ms.Wong juga seorang yang sangat membantu. Hampir 3jam kami berbincang bersama dan itu sudah cukup membuktikan kesungguhan beliau. Sampai tahap, botol susu irdina juga dibeleknya bagi mengenal pasti puncasebenar yang menghantui irdina. Tidak terhenti setakat itu, tiap hari beliau akan 'whatsapp' zero bertanya tentang irdina. Hebat!

Sudahnya solusi yang diberi adalah menukar susu irdina kepada susu Pediasure selain pengambilan vitamin dan tips pemakanan seimbang yang perlu kami titik beratkan.

Ya, Pediasure. Seperti sedia maklum, ini antara susu terbaik di pasaran yang kaya dengan nutrisi & protien bagi pertumbuhan kanak². Ia cukup setimpal dengan harganya.


Menurut kata Ms.Wong (dietition), jika kanak² tidak mendapat nutrisi yang mencukupi ia sedikit membantutkan pertumbuhan fizikal juga mental anak tersebut. Dengar saja fakta tersebut, automatik kami menjadi lebih cemas. Jadi wajiblah saat itu kami membuat keputusan bertukar kepada susu seperti yang dicadangkan.


Tetapi ianya tidak berpanjangan, kami bertukar pula kepada Dutch Lady Activ Gold (produk terbaru keluaran Dutch Lady) baru² ini tanpa memaklumkan kepada dietition terlebih dahulu *dasar buat kepala sendiri inilah jadinya*


Kenapa?

Pertama, kami lihat irdina masih tidak seronok untuk minum dalam kuantiti yang diharapkan. Hanya 2 ke 3 botol (5oz/botol) sahaja sehari. Jadi keadaan masih sama seperti sebelumnya.

Kedua, pada kami harga Pedisure agak mahal +/RM136 untuk 900gm susu. Pada kami ianya macam satu pembaziran sebab banyak lagi tempat yang boleh kami laburkan wang kami.

Ketiga, (juga merupakan penyubang utama kepada keputusan kami) kerana kami terjumpa susu yang ada logo HALAL dari pihak JAKIM dan dalam masa yang sama terbukti (melalui kandungan nutrisi yang tercatat di bungkusan) ianya lebih tinggi kandungan nutrisi tetapi pada harga yang jauh lebih murah iaitu RM53 untuk 1000gm susu. Malah, susu ini mempunyai kandungan isomaltulose yang dikatakan mampu menyokong dan meningkatkan prestasi mental serta daya tumpuan kanak².

Setakat hari ini alhamdulillah irdina semacam menerima. Jumlah botol meningkat menjadi 5 ke 6 botol (5oz/botol) sehari. Apapun, selera makan masih sama. Tidak mengapa. Kami akan terus mencuba untuk menaikkan selera makannya. Doakan kami berjaya.

Pada yang membaca, jika rasa inginkan kepastian anda sendiri boleh buat perbandingan. Caranya dengan mengambil kedua bungkusan susu seperti dinyatakan dan anda lihat satu persatu kandungan di dalamnya. Anda lihat, anda nilai. 

Sejujurnya kami rasa tidak rugi bertukar kepada Dutch Lady Activ Gold. Lebih nutrisi, lebih jimat. InsyaAllah.

Nota Kaki : Susu Dutch Lady Activ Gold masih tidak banyak di pasaran dan biasanya mudah didapati di Pasaraya Tesco
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...