Thursday, February 7, 2013

Pengalaman Berkawad...

Ini adalah pengalaman zero berkawad buat pertama kalinya bagi mewakili syarikat sempena perbarisan Hari Wilayah 2 Februari lepas. Pada awalnya, keputusan ini agak kurang disokong oleh suami tapi lama kelamaan beliau redha. Jadi, akhirnya zero teruskan jua demi hasrat yang satu.

Motif? Jeng jeng jeng... Hanya kerana cuti yang sehari. Itu sahaja, tiada yang terkurang atau terlebih. Bila difikirkan semula, kelakar juga sebab hanya disebabkan mahu cuti berganti sehari, sanggup pula menempuh sesi latihan selama 7 hari dan bermandi peluh di terik mentari. Ianya sangat memenatkan dan hasilnya kulit makin menghitam :P

Apapun, walaupun tidak menang pada hari tersebut (waktu sesi latihan penuh pasukan kami berada di tempat ke-3), sekurang-kurangnya kami dapat baju sukan, seluar sukan, kasut sukan, kasut kerja, seluar PDI, baju F1, tudung secara percuma sebagai kenang-kenangan yang mana kebanyakkannya juga boleh dikitar semula untuk hari biasa.

Selepas selesai semuanya, hati terasa cukup puas dengan hasil yang ditunjukkan secara berpasukan kerana rata-rata semuanya bersemangat waja. Dan inilah hasilnya;







Nota Kaki : 1 hari cuti ganti amat bermakna bagi mengekalkan rekod tiada cuti sakit seperti tahun lepas. InsyaAllah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...