Sunday, December 9, 2012

Pediasure vs Dutch Lady Activ Gold

Salam,

Sejak kebelakangan ni, selera makan anak zero (irdina) makin kritikal. Bayangkan apabila anak sekecilnya hanya minum 2 ke 3 botol (4oz/botol) sehari. Ibu mana yang tidak risau berdepan situasi sebegini. Tambah pula irdina sangat susah mahu menjama makanan. 

Bila tiada pengalaman, keadaan lebih mencemaskan. Jadi untuk sedapkan hati, kami bawa irdina berjumpa dengan Dr Azam pakar kanak² dari Hospital Pantai Bangsar bagi mendapatkan khidmat nasihat dari beliau. Walaupun sebenarnya pada hari tersebut kami dirujuk kepada pakar pemakanan (dietitian) iaitu Ms.Wong. Pada kami, consultation dari Dr. Azam sangat bagus dan kami sangat berpuas hati. Beliau tidak lokek untuk berkongsi. Ms.Wong juga seorang yang sangat membantu. Hampir 3jam kami berbincang bersama dan itu sudah cukup membuktikan kesungguhan beliau. Sampai tahap, botol susu irdina juga dibeleknya bagi mengenal pasti puncasebenar yang menghantui irdina. Tidak terhenti setakat itu, tiap hari beliau akan 'whatsapp' zero bertanya tentang irdina. Hebat!

Sudahnya solusi yang diberi adalah menukar susu irdina kepada susu Pediasure selain pengambilan vitamin dan tips pemakanan seimbang yang perlu kami titik beratkan.

Ya, Pediasure. Seperti sedia maklum, ini antara susu terbaik di pasaran yang kaya dengan nutrisi & protien bagi pertumbuhan kanak². Ia cukup setimpal dengan harganya.


Menurut kata Ms.Wong (dietition), jika kanak² tidak mendapat nutrisi yang mencukupi ia sedikit membantutkan pertumbuhan fizikal juga mental anak tersebut. Dengar saja fakta tersebut, automatik kami menjadi lebih cemas. Jadi wajiblah saat itu kami membuat keputusan bertukar kepada susu seperti yang dicadangkan.


Tetapi ianya tidak berpanjangan, kami bertukar pula kepada Dutch Lady Activ Gold (produk terbaru keluaran Dutch Lady) baru² ini tanpa memaklumkan kepada dietition terlebih dahulu *dasar buat kepala sendiri inilah jadinya*


Kenapa?

Pertama, kami lihat irdina masih tidak seronok untuk minum dalam kuantiti yang diharapkan. Hanya 2 ke 3 botol (5oz/botol) sahaja sehari. Jadi keadaan masih sama seperti sebelumnya.

Kedua, pada kami harga Pedisure agak mahal +/RM136 untuk 900gm susu. Pada kami ianya macam satu pembaziran sebab banyak lagi tempat yang boleh kami laburkan wang kami.

Ketiga, (juga merupakan penyubang utama kepada keputusan kami) kerana kami terjumpa susu yang ada logo HALAL dari pihak JAKIM dan dalam masa yang sama terbukti (melalui kandungan nutrisi yang tercatat di bungkusan) ianya lebih tinggi kandungan nutrisi tetapi pada harga yang jauh lebih murah iaitu RM53 untuk 1000gm susu. Malah, susu ini mempunyai kandungan isomaltulose yang dikatakan mampu menyokong dan meningkatkan prestasi mental serta daya tumpuan kanak².

Setakat hari ini alhamdulillah irdina semacam menerima. Jumlah botol meningkat menjadi 5 ke 6 botol (5oz/botol) sehari. Apapun, selera makan masih sama. Tidak mengapa. Kami akan terus mencuba untuk menaikkan selera makannya. Doakan kami berjaya.

Pada yang membaca, jika rasa inginkan kepastian anda sendiri boleh buat perbandingan. Caranya dengan mengambil kedua bungkusan susu seperti dinyatakan dan anda lihat satu persatu kandungan di dalamnya. Anda lihat, anda nilai. 

Sejujurnya kami rasa tidak rugi bertukar kepada Dutch Lady Activ Gold. Lebih nutrisi, lebih jimat. InsyaAllah.

Nota Kaki : Susu Dutch Lady Activ Gold masih tidak banyak di pasaran dan biasanya mudah didapati di Pasaraya Tesco

12 comments:

II riEnAsHaM II said...

salam...
irdina ni nampaknya sama ngn my doter... susu kurang..makan pon kurang... saya memang bg my doter pedia sure...memang bagus coz even tak makan nasik dia takde la kurus kering...cuma memang jenis my doter tak minum susu byk kot..sekali minum 4oz pon tak habis.. dlm sehari ada la 4 kali...tp tu la harga sgt mahal... but lps baca ur post ni rasa nk tukar jugak la ke dutch lady active gold... :)

ZERO VENDETTA said...

Hi rienasham. salam kenal. kih kih kih. kami bukan duty dutch lady tau! jadi tiada paksaan. niat berkongsi apa yang dirasa. tapi, b4u change ur mind, better u 'study' dulu ye. mana tahu info saya ni tersasar ke apa. anything, update lh if u rajin :P

mRs.fAriDnAnA said...

assalam...ayu akif pun susah nak makan jgk skrg ni...tp alhamdulillah mmg dia kuat minum susu...shari kdg tu dkt 10 btl 6oz/8oz...buat 6oz or 8oz pun abis jgk...hehe cuma risau kdg tu shari xmkn nasi...cuma jamah makanan lain sikit2 jer...

ZERO VENDETTA said...

Wsalam nana. thanks for sharing. x sangka rupanya ramai jgk mak2 yg facing the same prob like me. so mb this can be consider as normal lh kot. kan? cuma ayu nak cuba tambah rutin minum irdina ke 6-7botol=5oz irdina tiap ari. wish me luck

mRs.fAriDnAnA said...

yup btl tu...nana pun risau jgk sblm ni tp ble dah th kurang skt la rasa risau tu....kira normal laa...ok good luck dear

nad said...

salam sorry..saya tgh cari information pasal dutch lady active gold..sbb ada few of my frens kata susu tu bagus..so i just type duthch lady active gold n ur blog appeared.so i just scroll down n baca..hope u don`t mind..just saya nak shhare sikit..if u don`t mind ye..my son pun same prob mcm most of u susah nak makan..kadang2 sehari tu minum susu je tapi alhamdulilah my son mmg kuat minum susu..tapi as a mother kita still risau kan kalau anak tak makan..sbb takut tak cukup zat n nutrisi..sbb semua tu kan penting utk tumbesaran anak2..lagi2 my son baru nak masuk setahun 2 bulan n masih belum bole berjalan..so saya agak concern kat situ..tapi dalam bulan lepas..alhamdulilah ada 1 of my fren..ada suggest bagi anak i makan MEALSHAKES from shaklee..ni dalam bentuk powder mcm susu..bole campur dalam susu atau,minumana2 lain yg kita bagi pada anak2.air masak ke,ribena ke n etc,,dlm kuih2 pun bole..taburtkan je 1 sudu pagi 1 sudu malam..teh best thing masuk dlm susu atau minuman lain je..MEALSHAKES ni mmg elok utk anak2 yg taknak makan,susah makan,kurang focus..so mealshakes mmg membantu..alhamdulilah sejak bgi emakshakes ni my son makan lebih dari b4..kalau dulu nasi yg i bgi 2,3 sudu je pun susah ank habis sekarang 4 sudu pun habis..nestume pun dulu susah nak habis tapi sekarang 5,6 sudu habis semua..alhamdulilah kita ikhtiarkan..so kalau nak u rasa nak try atau ebrminat nak tau just let me know..can email me at pyink_butterfly@yahoo.com..saya sekadar berkongsi pengalaman saya dgn my on..hope u don`t mind :-)

FIZAALYA said...

Salam.
Thanks ya..
Sy ingat nk try gak susu nilah..sblm ni pki karihome..dh 2thn lebih..anak kena penyakit itp pulak...doc kata bukan pasal susu..tp sy rasa cm nk tukar gak

Anonymous said...

SALAM,
SAMA HAL DGN ANK SY JGK, SEJAK LAHIR XNK LANGSUNG MINUM SUSU FORMULA, CUMA MINUM SUSU IBU JE SAMPAILA UMURNYA SETAHUN MKN PN TAKNAK SGT, SY CUBA BG PEDIASURE, AWALNYA DIA XNK JGK,TP SY TETAP TERUSKN SAMPAI DIA DH UMUR 3 THN SKRG.BG SY PEDIASURE NI BYK MEMBANTU DLM MENAIKKAN BERAT DIA KIRA OK LA, SKRG SY CB NK TUKAR SUSU LAIN SBB HARGA SEMAKIN MAHAL LA, TP ANK TERUS REJECT, DIA NK SUSU MAHAL TU JGK, HADOI LA ANAKKU... APA SAJA UNTUKMU

Anonymous said...

Pediasure bkn ke 70+++ untk 900g,y 144 untk 2.4kg tin bsar.hr 2 my bby krus xnk hsap susu sgt,xnk mkn so bg pediasure pd mlm nye..so taw la hrge.bg y tin kck je,.400g hrga rm40++

Farina said...

Salam semua. Anak Saya dulu menyusu badan. Tp bila Saya pregnant susu badan terus merudum. Selama 2 bulan saya mencari susu yg sesuai. Mcm2 dah bg tp semua ditolak. Teknik2 nak bg dia minum pon dah cuba tp gagal. Last2 Saya beli karihome and anak cuma minum a few ounces je a day. Dah la kena suap guna gelas and tak nak botol. Sekali minum dalam 30 ml. Sikit!!

Anyway, saya ada bg dia sample active gold and to my surprise dia minum habis. And dia nak minum botol!! Perghhh lega Nya kalau dah jumpa susu yg sesuai. Tapi masalah Saya sekarang ialah sangat susah nak mencari stock stage 3 perisa asli. Saya rasa setiap Kali dapat gaji kena bororng beli banyak.

Anonymous said...

Just to inform Caring Pharmacy ada buat 4 days special 26 April-29 April buy 2 900g Pediasure at RM135.00 only. Jatuh RM67.50 setin! So bolehla beli buat stok ye..

al-saffiyallah said...

azfar pun minum susu active gold. dia memang suka. dalam 1 hari lebih 6 botol bancuh 9oz habis. saya pun baru jer tukar dari susu sastagen vanilla.memang berbeza kandungan. active gold lebih baik. Azfar pun bertambah active, cergas & bijak. tapi saya nak tanya najis anak puan kaler aper? anak saya hijau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...