Last weekend kami jalan² niat mahu cari tempat makan yang sedikit menarik semperna anniversary. Planning awal mahu ke 10Bijai Restoran (PNB Darby Park) tapi entah macam mana mata kami tertarik dengan Flora Cafe di Amp Walk, Jalan Ampang. So kami singgah makan di sini.
Sebenarnya tekak terasa mahu makan makanan western tapi tak sangka pula tiada di hidangkan di sini. Sudahnya, kami makan (1) Nasi+Tenggiri Sweet Sour, (2) Nasi+Ayam Masak Kicap, (3) Fries, (4) Air Sirap Bandung & (5) Sirap Limau. Bedal saja lah labu. Harga RM52.90 sahaja. Overall, saya bagi 4 out of 5. Sebab tempat cantik, makanan terasa & layanan juga bagus di sini.

2 comments:
happy anniversary :)
happy anniversary akak :)
btw , comel irdina pkai baju kotak2 .
Post a Comment