Salam,
Cerita sudah basi tapi zero tetap mahu simpan memorinya di sini. 2 minggu yang lalu, kami bertiga ke Gold Coast Morib, Banting. Dekat je pun... Pada mulanya, kami cuba merancang trip ini 2 bulan lebih awal untuk bersama-sama dengan teman rapat en.suami ketika di universiti tetapi atas kekangan masing² hanya 2keluarga dapat sertai iaitu keluarga kami serta keluarga man & mai. Ini bermakna 2/5. Alasan? 1. keluarga ezhar & suri : menetap di filipina 2. keluarga fairuz & uni : berkursus 3. keluarga usop & ana : terpaksa menghadiri seminar di saat akhir. Sedikit ralat, tapi trip perlu terus diteruskan. Kesudahannya, tempat keluarga usop yang sepatutnya bersama kami diganti oleh keluarga kakak saya di saat akhir.
Kami berada di sana hanya selama 2H1M. Walaupun hanya untuk tempoh yang singkat, tapi ianya cukup menghiburkan. Tarikan utama semestinya taman tema air mini yang ada di sana. Walaupun mini, tapi ianya sudah cukup bagi menampung kebanjiran pengunjung yang ramai ketika itu. Keadaannya menarik & selesa.
Seperti kebiasaan, orang yang paling teruja dengan air ialah cik irdina selain en.suami. Bagus juga sebab motif kami ke sini pun mahu menghiburkannya. Temanya, irdina suka, kami gembira.
Irdina sangat suka dan teruja dengan air. Nampak saja air, tak tentu arah kami dibuatnya. Cik irdina juga sangat berani, dan yang pasti lebih berani daripada umminya. Ketika di sana, semua slide yang daddy naik irdina juga akan turut serta. Berbeza dengan ummi yang hanya mencuba 2slide itupun sudah menjerit ketakutan. Sabar saja lah, tapi cik irdina tidak. Irdina menjerit juga, bukan menjerit takut tapi jerit suka. Dalam hati zero, ‘hero’ sungguh anak aku ni. Bayangkan irdina juga tahan diselam dalam air. Ini antara ilmu yang dipelajari sejak usia 6bulan bersama dengan daddy.
Apapun, kami suka dengan trip yang sebegini, cuti berramai²an. En.suami yang kebiasaannya lebih sukakan privasi dengan keluarga sendiri, pun sudah mula selesa. Bagus, ini petanda yang baik. Lepas ini boleh kami bawa bersama keluarga/kawan² dalam trip akan datang. InsyaAllah.
Secara keseluruhan, zero puas hati bercuti di Gold Cost Morib, Banting ini. Cuma yang paling kecewa adalah cafe & makanannya. Keadaan seperti makan di warung. Tidak tersusun, tidak kemas, dan kurang bersih. Bagi yang mahu ke sini, cadangan zero cari makanan di luar atau bawa bekalan bersama (kedai makan tiada di kawasan sekitar dan anda perlu memandu sejauh lebih kurang plus minus 10km jauhnya). Secara ringkas, ini 'review' dari zero untuk Gold Cost Morib, Banting.
‘Public Area’ : Agak kotor & kurang dijaga, jadi zero berikan C. Mungkin juga kotor disebabkan adanya taman tema air di kawasan berdekatan jadinya orang bebas keluar masuk dalam keadaan basah / kering
Café : Sangat tidak memuaskan hati. Tidak kemas & tidak tersusun, bersepah, tiada kawalan dari pihak hotel & makanan tidak membangkitkan selera. Rasa makan bukan di restoran tapi di warung gayanya. Jadi zero berikan C
Bilik : Zero sangat suka walaupun tidak semewah mana kerana tiada karpet dan hanya beralaskan tiles biasa. Temanya coklat pada dekorasi perabot hiasan hingga ke langsir memukau pandangan mata. Bilik besar menambah keselesaan. Jakuzi menambat hati kami. Jadi zero berikan A
Taman tema : Walaupun tidak sebesar mana, tapi ianya cukup selsesa & bersih. Kemudahan tersedia untuk pelbagai lapisan usia dari bayi sehingga mak ayah bayi juga. Jadi zero berikan A
2 comments:
wah , macam seronok je..hehe..boleh pergi nanti :)
Nabila Aziz : boleh lah kot, ajak ramai2 baru seronok. tapi bab makan agak 'spoil' sikit
Post a Comment